Bukan Semua Orang Mampu Untuk Ada Anak

Assalamualaikum, terima kasih admin siarkan confession saya. Di sini saya juga nak beri sedikit nasihat. Jika ada yang berlainan pendapat dengan saya, silakan komen.

Berdasarkan tajuk saya ni, bukanlah bermaksud kemampuan untuk mempunyai anak dalam hal kewangan, tapi dari segi mental. Ya, mental yang stabil juga penting untuk membesarkan anak.

Kenapa saya cakap macam tu? Padahal saya baru saja ada seorang anak, umur 4 bulan lebih. Macam dah terer sangat ye? Begini..

Saya seorang pesakit anxiety, yang mungkin dah pulih sedikit. Start jumpa doktor masa 2018 dan stop masa saya dah kahwin pada 2020. Itupun sebab saya mengandung, saya stop makan xanax.

Suami saya sangat memahami saya dan selalu bantu saya jika saya rasa ‘tak okay’ atau ‘panik’.

Tapi apa-apa pun, hidup saya sangat-sangat baik selepas mendapat rawatan dari doktor dan saya mampu ‘counter’ dan berhadapan dengan penyakit ni jika diserang.

Tapi ini bukan cerita tentang saya, yang saya nak ceritakan ialah adik perempuan saya yang mempunyai OCD.

Adik saya ni dah berkahwin dulu sebelum saya lagi. Dah 10 tahun dah kahwin tapi masih belum dapat anak. Saya baru berkahwin tahun lepas, terus bunting pelamin. Saya dikira lambat juga lah kahwin kalau nak ikutkan umur saya ni.

Lagi pulak saya anak ke 2 dalam adik beradik dan adik saya tu yang ke 4. 7 tahun yang lepas mereka ada ikhtiar menggunakan ivf tetapi tidak berjaya. Tahun ke 10 perkahwinan baru berjaya setelah 3 kali percubaan membuat ivf. Alhamdulillah.

Tetapi masalahnya di sini, adik saya sukar menerima nasihat. Kalau nak tahu orang yang ada OCD ni dia pakej sekali dengan anxiety dan kadang-kadang depression. OCD dia jenis duduk lama-lama dalam toilet.

Sentiasa rasa diri dia tak bersih. Sabun sabun dan sabun badan banyak kali sehingga saya tengok badan dia pun dah teruk kulit mengelupas.

Itu belum lagi bab solat. Ambil air sembahyang sampai nak dekat 10 kali ulang alik toilet sebab was was.

Bila solat, angkat takbir sampai 10 kali sehinggakan saya memang tak boleh solat sebelah dia, sukar nak khusyuk. Bila dah solat berjemaah boleh pulak dia rasa tak sah solat, dia ulang solat lagi dalam bilik.

Saya sampai dah habis solat sunat ba’diah, pergi makan tengok TV pun dia belum habis solat lagi. Her OCD memang has taken a toll on her lah.

Penyakit dia ni bukan setahun dua baru ni ya, dah bertahan-tahun dan dia pun tahu dia ada penyakit ni dan mengaku sendiri. Diri pun dah jadi serabut, over thinking. Dengan kami pun dia selalu gaduh-gaduh padahal benda kecil.

Pernah juga berbincang dengan suami dia untuk buat rawatan tapi end up jumpa ustaz saja sebab dia kata isterinya lebih kepada gangguan.

Saya bukanlah nak menidakkan penggunaan rawatan Islam tapi itu lah melayu kita. Balik-balik ada gangguan. Orang hantar lah. Bagi saya mental illness ni kena ada kesedaran.

Kalau nak rawat cara Islam, secara jumpa doktor pun kena jugak. Lagi satu taknak ambil tahu mengenai mental health. Bila saya dan mak saya sendiri yang confront dengan adik ajak jumpa doktor dia taknak. Katanya bil mahal.

Ya memang mahal tapi hidup saya sangat berubah 360 darjah kepada positif selepas berjumpa doktor. Hidup saya sebelum mendapat rawatan memang teruk. Emosi tak stabil.

Banyak kali juga nak attempt benda yang bukan-bukan. Adik saya sejenis susah nak terima nasihat sehinggakan kalau tak jadi dekat diri sendiri selagi tu dia berkeras.

Oh ya lagi satu dia doktor ya. Doktor pun tak nak buat rawatan ya. Masih ada skeptikal dengan mental illness.

Padahal boleh sahaja buat rawatan free dekat hospital kerajaan tu.

Saya memang tak boleh bayangkan bila dia ada anak nanti. Sekarang dia dah mengandung 8 bulan, bulan depan akan bersalin.

Macam mana dengan OCD dia dan dengan ada anak tu? Saya masa berpantang pun stress menangis-nangis, dengan sakit dan sleep deprived.

Inikan adik saya yang jenis tak boleh kurang tidur nanti bad mood dan akan ada pergaduhan dalam family kami. Mangsa melepaskan emosi dia waktu mengantuk dan tak cukup tidur ialah kami anak beranak dan yang paling selalu kena ialah ibu saya.

Bukanlah salah dia yang ada penyakit ni. Memang bukan salah dia tapi salah dia yang taknak merawat diri sendiri. Kesian kan orang macam ni? Penat tau ada OCD ni. Ada anxiety pun penat.

Bagi saya mempunyai anak ni bukan saja-saja nak ada baby sebab comel, atau orang lain dah ada anak kami pun nak anak jugak.

Ianya memerlukan pengorbanan yang sangat besar bukan sahaja dari segi kewangan, tapi fizikal dan mental. Terutamanya ibu itu sendiri.

Bayangkan masa ada anak ni nak ke toilet pun fikir 10 kali tau. Saya pernah bawa saja baby sekali ke tandas sebab dah melalak sangat. Dah tak tahan perut ni sakit sangat takkan nak biarkan anak menangis nanti selok pula.

Solat pun saya buat yang rukun saja sebab takut baby menangis melalak lama-lama inikan nak solat sampai angkat takbir 10 kali. Mandi, makan pun terkejar-kejar.

Bagi saya memang penat ada anak kecil ni tapi at the end of the day kita rasa puas hati. Penat-penat tu la yang buat kita hargai momen-momen dengan anak kita.

Ouh ya, saya sayangkan anak saya sangat-sangat. Saya cerita ni bukanlah nak takut-takutkan atau nak kata anak ni menyusahkan. Saya menceritakan tentang realiti. Praktikal dia bila ada anak nanti.

Ha rasa hahahah. Tapi alhamdulillah setakat ni saya mampu kawal emosi kalau takpun saya akan bincang dengan suami apa yang saya tak mampu.

Nasihat saya kepada yang diluar sana, bukan semua mampu ada anak. Saya tak bermaksudkan dari segi kewangan sebab bahagian anak ada rezeki yang Allah tetapkan, tetapi mampukah dari segi mental? Bukan orang lain ada anak, kita pun nak ada jugak.

Saya juga tak cakap boleh nak pekakkan telinga peduli apa masyarakat nak cakap tapi pergi lah membuat rawatan dahulu.

Tak perlu nak malu dengan stigma masyarakat malah saya rasa sangat beruntung dan bersyukur selepas mendapatkan rawatan dan kaunseling daripada doktor psychiatry saya.

Macam mana nak menguruskan anak jika diri kita masih belum terurus. Saya sendiri pun tak tahu nak nasihat pada adik saya lagi nanti dia akan lebih sensitif bagi saya biar lah dia merasai kehidupan semasa ada anak nanti, baru dia tahu pentingnya kesihatan mental itu.

Macam saya kata, saya hanya beritahu realitinya, praktikal bila ada anak sendiri.

Mohon maaf jika ada perkataan atau ayat yang mengguris perasaan pembaca saya harap boleh dijadikan kebaikan dan pedoman untuk para pembaca.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *