Nama Orkid nih nama samaran yang saya suka sejak dulu lagi. Cerita saya simple, tak panjang dan tak susah untuk difahami.
Berkahwin 4 tahun lalu dan mempunyai sepasang cahaya mata. Asam garam perkahwinan ada pasang surut dan pergolakan rumah tangga saya terjadi terlalu pantas dan sekejap sahaja.
Cuma sebulan semuanya terjadi non-stop dan akhirnya jalan penyelesaian pun diambil.
Permulaannya betol-betol awal bulan dan bermula dengan penipuan suami. Saya rasa lost dan kecewa yang tak dapat digambarkan.
Saya diam selama 3 hari dan apa yang saya rasakan hanyalah kosong, sampai saya duduk atas tikar sejadah bertanya pada Allah mana pergi sayang aku dulu pada dia, kenapa hilang tiba-tiba terus.
Saya pandang suami langsung tak rasa apa, kecewa tu terlalu tebal.
Saya mintak cerai. Sepanjang sebulan tu macam-macam perkara yang jadi.
Kalau saya cerita detail memang boleh buat novel tebal 5 inci.
Saya mengaku saya terlalu sibuk dengan kerja dan anak-anak dan saya biarkan dia terlalu lama sampai ada yang datang hulurkan perhatian dan kasih sayang dan dia sambut.
Yer, dia sambut kasih simpati tu walaupun hanya 4 hari dan dia sedar silap dia. Tapi saya takkan lupa apa yang jadi.
Cukup untuk segala kekecewaan sepanjang 4 tahun ini dan saya taknak hadap lagi. Saya nak diri saya yang lama, diri saya yang lama hilang kerana terlalu banyak saya korbankan.
Dan kerana itu saya ambil keputusan untuk teruskan perpisahan ini, Takkan ada jalan penyelesaian dengan apa yang telah tejadi.
Saya pandang anak-anak, saya kata mama minta maaf yer, mama tak boleh teruskan, anak mama strong kan, mama janji mama bagi kamu segala kesenangan dunia dan akhirat selagi Allah izinkan. aamiin.
Saya sedar saya dah tak ada hati dan perasaan sejak bermulanya episod penipuan tersebut.
Tapi saya diam dan masih berfikir lama selama sebulan demi anak-anak. Betul ke apa yang saya buat ini untuk anak jugak atau hanya kehendak pentingkan diri.
Lama saya fikir, hubungan ni tak kemana, saya dah bukan tawar hati saya dah takda hati dah. pandang dp whatsapp pun taknak sampai saya hide dia from everything.
Jadi saya fikir untuk apa saya fikir lagi, saya bukannya takda apa or takda sesiapa, saya ada family dan anak-anak yang nak saya happy,
Kalau saya stay dalam hubungan yang toxic dan tak happy dan anak-anak saya faham, saya akan rasa bersalah.
Saya pun angkat kaki lah, sebulan lepas tu adalah bulan yang saya dah start buat hal saya sendiri, segala jenis bill dan keperluan anak saya memang tak keluar duit sesen pun, saya cuma jaga makan minum saya di office sahaja.
Bila balik rumah saya akan suruh dia yang bayar, mana dia nak cari duit itu terpulang pada dia.
Yang saya dah tolong selama 4 tahun tu dah cukup sebab akhirnya kesibukan saya cari rezeki yang dia katakan penyebabnya.
Jadi untuk apa saya bantu lagi, sekarang saya dah tak sibuk dan happy tapi saya pilih jalan bukan dengan dia.
Saya keluar dengan kawan-kawan saya, saya makan apa saya nak, saya beli semua yang saya inginkan, tak menahan diri lagi untuk fikir tak cukup duit hujung bulan nanti.
Dan saya happy sebab takda beban dah nak fikir.
Dan saya tahu ini yang patut saya buat lama dah, tapi saya diamkan sebab bagi saya awal perkahwinan memang struggle nak stabil tapi slowly akan berjaya jugak kalau bertahan.
Tapi dah dia pilih untuk tidak bertahan buat apa saya tunggu lagi, saya banyak perancangan sebelum saya cecah umur 30 tahun.
Kalau dulu wishlist saya sentiasa ada nama dia. Sekarang saya akan pastikan wishlist tu berjaya dan saya akan berjaya sorang dan disokong anak-anak.
Saya memang dididik independent jadi tak susah, mungkin orang boleh kata saya nih garang, tegas boleh berdikari jadi senang nak move on.
Tapi tak, move on bukan bergantung pada personaliti, ianya bergantung kepada sejauh mana redha nya diri untuk terima perubahan yang Allah tetapkan.
Saya dalam proses muhasabah diri kerana lepas apa yang terjadi saya sedar saya benci dia dan makin lama bertukar jadi kekesalan. Saya menyesal dengan perkenalan dulu, saya menyesal dengan perkahwinan ini.
Saya nak kena ajar diri saya untuk tenang sebab kekesalan itu boleh bertukar dendam, saya taknak didik hati saya dengan rasa tidak baik.
Doakan saya untuk rasa senang dan redha dengan apa yang terjadi. Doakan saya untuk tidak menyesal dengan ketentuan takdir Allah.
Jodoh pertemuan semuanya takdir yang Allah aturkan. Saya kena percaya dan sedang berusaha.
– Orkid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit