Jerawat

Hai semua, aku Felicia. Hari ni aku nak cerita pasal jerawat, atau sesetengah orang panggil pimple, ataupun acne.

Aku ni memang dari keturunan yang berjerawat teruk. Jerawat yang cystic acne ataupun dikenali sebagai jerawat batu di Malaysia ini.

Kalau gambar family time raya tu memang nampak la yang kitorang satu family besar muka lubang lubang. Hahahah.

Yang peliknya muka atok nenek licin saja. Entah dari mana lah mak aku dengan adik beradik dia dapat genetik jerawat ni.

Dulu masa kecik aku tak pernah pun terfikir suatu hari nanti aku akan tumbuh jerawat. Tapi satu hari, masa tu aku darjah 4, aku bangun tidur tengok tengok muka aku merah merah penuh jerawat kecik kecik.

Aku fikir normal lah kot sebab akil baligh. Tapi aku malu lah jugak nak pergi sekolah sebab orang tegur tegur. So mak aku beli lah pencuci muka safi tu untuk aku. Yang flavour strawberry ke apa tah.

Tapi lepas sebulan, tak elok elok jugak, pastu aku rasa kulit aku macam ada benda keras dan besar dekat dalam kulit. Sakit woo pegang. Nak senyum pun tak boleh.

Aku fikir akan elok lah muka aku, rupanya makin teruk. Muka aku tumbuh jerawat batu. Bukan sikit, banyak. Satu muka.

Masa tu memang confidence aku drop gila. Semua kawan ejek. Best friend sendiri pun ejek.

Ada cikgu tu siap bagi nama gelaran “budak bengkak” dekat aku. Sebab muka aku merah merah bengkak bengkak. Bernanah nanah. Korang bayangkan bisul besar tu banyak banyak satu muka. Macam tu lah muka aku.

Beribu duit mak bapak aku habis untuk pergi doktor sana sini nak pulihkan muka aku. Aku rasa bersalah sebenarnya sebab aku mak bapak aku tak kaya.

Bapak aku kerja biasa biasa dengan gaji masa tu cuma RM4000. Mak pulak dulu kerja kerani tapi berhenti sebab nak jaga adik aku yang OKU.

Tapi itulah, duit habis banyak, pergi doktor macam macam pun, muka aku tak elok jugak. Aku mula lose hope. Aku tahan saja hari hari kena ejek dengan kawan.

Nama Felicia yang mak bapak aku bagi ni macam dah hilang sebab diorang semua panggil aku dengan gelaran “budak bengkak”.

Masuk sekolah menengah, mak bapak aku hantar aku masuk asrama. Aku masuk sekolah tu dengan harapan aku tak diejek lagi lah sebab sekolah tu terkenal dengan pelajar nya yang pandai.

Harapan aku musnah akhirnya. Aku diejek lagi teruk kat sekolah tu. Kat situ kitorang dibenarkan guna iPad. Jadi ada beberapa budak lelaki yang main tangkap tangkap gambar aku, buat meme dan post dekat ig story.

Ada yang siap print besar besar lepastu tampal dekat whiteboard kelas. Bayangkan betapa sedih nya aku tengok ada gambar muka sendiri diconteng dengan tulisan “FELICIA MUKA KERTAS PASIR”.

Aku bukan jenis yang bising bising, yang famous atau yang extrovert. Aku diam, tak ada kawan.

Disebabkan aku tak faham kenapa aku jadi target budak lelaki untuk diejek, ye lah mungkin aku ni annoying ke apa ke. Aku tanya lah dekat sorang lelaki ni.

Lepastu dia cuma jawab “Oh, kitorang ejek sebab kau hodoh. Mana ada sebab lain”.

Cikgu kat situ pun mulut boleh tahan kurang ajar jugak. Ada satu cikgu aku ni, cikgu sejarah. Dia tegur muka aku dalam kelas.

Dia cakap “Awak ni pengotor la. Cuba la jaga kebersihan sikit. Teruk sangat muka awak tu. Pakai la sabun muka. Murah saja kat econsave ada jual”

Macam macam aku lalui sebenarnya. Dari nenek aku tuduh aku kena buatan orang sampai la jadi bahan eksperimen sepupu aku untuk keluarkan produk skincare timbang kilo dia sendiri.

Sekarang aku dah nak masuk universiti, aku takut kalau benda sama berulang lagi. 8 tahun telinga aku dengar cacian orang.

Aku lagi rela mati dari kena buli lagi. Memang lah aku bukannya kena pukul ke apa ke. Tapi mental aku koyak. Aku dah letih. Aku penat nak usaha lagi. Aku penat bersabar.

Aku rasa bersalah sangat dekat Allah sebab setiap kali aku bangun pagi aku akan mengeluh sebab aku hidup lagi. Setiap malam sebelum tidur aku akan mintak untuk tidur sampai bila bila.

– Felicia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *