Apa Nak Buat Kalau Suami Curang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/apa-nak-buat-kalau-suami-curang/).

Assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana meyebabkan pembaca berfikir saya ‘body shaming’ perempuan tu. Tapi yelah, bila baca balik, ye lah… saya dah salah. Tak boleh kata kat orang.

Tapi sebab kita bercakap tentang orang yang kita benci, nadanya jadi begitu. Amboi, dia body shaming dr Hanafi tu tak apa pula ya. Apa-apa pun, memang tak baik saya tulis begitu walaupun bukan bersebab ‘body shaming’.

Ada pembaca yang sebut tentang gaslighting. Anda, seorang wanita, sedang melakukan perkara yang sama terhadap saya.

Seolah-olah saya yang teruk kerana mempertahankan masjid yang dibina dan risaukan kesejahteraan psikologi anak-anak,

Manakala penyondol pula seperti mangsa yang kasihan kerana saya menggunakan perkataan tidak lawa terhadapnya walaupun niat asal saya adalah untuk menguatkan hujah faktor suami saya berskandal dengan dia (sihir).

Kalau cantik atau lebih serba-serbi daripada kita, saya tak hairan. Saya faham boleh ada faktor lain, tapi saya kenal suami yang tidur sebantal dengan saya, tidak seperti segelintir daripada anda yang seolah-olah berfikiran SEMUA lelaki adalah jahat dan buaya.

Saya masih ingat waktu pertama kali suami saya mengaku dia suka perempuan lain, perkara pertama yang saya tanya ialah, “cantik ke?”.

Sebab bagi saya lumrahnya, lelaki suka yang cantik. Kalau dah bahagia berkeluarga, tiada apa-apa masalah, dan katanya bukan salah kita, apa lagi sebab yang tinggal?

Pastilah saya beranggapan kerana wanita itu lebih muda dan lebih cantik. Kalau tak rupa, mesti tubuh. Sebab yelah, kita dah beranak menyusu semua kan.

Bukannya saya nak body shaming dia. Sebab tu saya ‘mention’ pasal penjual produk tu. Saya nak nyatakan rupa paras fizikal bukan faktor utama. Ada faktor lain (yang baru saya sedar selepas itu) seperti hasutan syaitan, licik menggoda, dan… sihir.

Saya faham kalau tak percaya bab sihir tu. Sebab saya tak cerita penuh sedangkan mengalami sendiri dan ada bukti.

Kalau saya sebagai pembaca yang tak pernah mengalami situasi disihir pun, mungkin saya akan skeptikal juga. Jangan kata pembaca, saya sendiri skeptikal sampailah bukti depan mata.

Sampai Allah ‘tunjuk’ ayat 102 surah Al-Baqarah (setelah abang ipar saya bagitahu, tapi sebelum kami jumpa perawat untuk keluarkan ibu santau tu) tu pun saya macam masih, “hmm…okay…..ish,….biar betul….”. Tapi saya bangkang bab ‘in denial’.

Waktu dia keluar rumah tu, memang saya nekad nak berpisah. Sepanjang saya hidup, itu waktu yang saya rasa PALING marah.

Tapi mujur ibu saya (melalui telefon, waktu tu pkp) nasihatkan jangan ikut emosi dan buat keputusan terburu-buru yang mungkin akan disesali kelak.

Ibu banyak beri nasihat zikir astgahfirullah 1000x dan sebagainya (in different events).

Alhamdulillah, Allah lembutkan hati dan beri ilham untuk beritahu abang ipar nombor dua (abang M) selepas saya baca surah an-Nisa ayat 35 yang kebetulan waktu tu dah sampai muka surat tu (BUKAN buka Al-Quran secara rawak.

Jangan buat begini ya. Mohon minta tolong dengan Allah, bukan buka Quran secara rawak semata-mata). Abang M jadi perantara untuk damaikan kami melalui telefon.

Tapi, bila nampak macam tak ada harapan, dia ikhtiar minta tolong kawan masjid dia punya pakcik yang merupakan seorang perawat Islam.

Mungkin Allah ilhamkan saya untuk minta tolong dengan Abang M, bukan abang-abang yang lain sebab dia dulu pun pernah kena buatan orang waktu zaman belajar.

Jadi, dia ada berfikir nak usaha ke arah itu juga. Dan orang yang diminta tolong tu pun orang yang tepat alhamdulillah.

**************************************

Untuk pengetahuan pembaca, sebab saya ada ‘vague knowledge’ tentang dosa aib ni, saya tak beritahu sesiapa pada mulanya. Tapi sebab terlalu sedih, saya minta nasihat seorang senior sekolah sebab bagi saya, dia tak kenal suami saya. Jadi, tak mengapa. Tapi tak membantu pun.

Saya cuba selesaikan sendiri. Saya fikir dah selesai. Tapi bila kantoi lagi (melalui sms) saya minta tolong bapa mertua saya (melalui telefon.

Kami duduk jauh dari ibubapa kami masing-masing). Tak selesai juga, saya merajuk dan pulang ke rumah ibubapa saya dan WhatsApp Head of Department (HOD) mereka minta tukarkan perempuan tu ke tempat lain.

HOD dia sangat baik dan beri jaminan akan bantu. Beliau juga beri sedikit nasihat ringkas daripada isterinya, “Minta pada Allah sahaja”, selain daripada pesanannya sendiri, “Allah bersama-sama orang yang benar”.

Waktu tu dan selepasnya, saya rasa agak ‘perit’ dengan nasihat minta pada Allah sahaja tu. Saya faham. Saya mengalaminya. Rasa nak bagitahu satu dunia. Rasa perlukan back up netizen.

Bukan tak pernah saya cuba tulis di fb. Tapi saya padam balik. Waktu macam tu (beremosi) juga syaitan mudah mencucuk.

Tapi semua usaha saya tu, dari nasihat suami, confront si skandal, lari rumah mak, minta tolong HOD, ugut nak laporkan ke pejabat agama, semua tak berhasil. Even minta dia ceraikan pun tak dapat.

Setiap kali kantoi dia pujuk dan kata masih sayang, nampak ikhlas. Jadi, saya macam nak gila bila kantoi lagi.

Tapi nampak la miserable sangat dia. Macam still sayang yang ni, tapi macam kena ikat dengan yang ni. Dia cakap dia tak boleh kawal.

Saya pun apa lagi, mustahil tak boleh kontrol. Macamlah saya tak pernah kena uji. Macamlah orang lain tak. Boleh je. Rupa-rupanya memang kena ikat, memang tak boleh kawal sebab dah kena santet.

Pendek kata, usaha-usaha saya tidak diizinkan oleh Allah untuk berhasil. Seperti penyakit, perlu cari penyebabnya dan diubati dengan benar penyebabnya untuk sembuh. Kalau rawat simptom sahaja, memang takkan sembuhlah.

Hanya apabila saya betul-betul berserah pada Allah sahaja, barulah alhamdulillah, jalan saya rasa terpimpin dan akhirnya masalahnya selesai siap saya tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Maaf kata, saya yang mengalaminya, saya yang tengok sendiri keadaan dia dari sebelum dia kena waktu kami okay-okay sahaja, sampai waktu perempuan tu datang dan dia kena benda tu, sampai lepas benda tu keluar.

Lepas keluar benda tu, dia balik ke asal semula. Memanglah payah kot kita nak bezakan angau yang asli dengan angau sebab jin sihir. Tapi kalau dah ‘obvious’ sebelum dan selepasnya, dengan bukti depan mata semua, nak kata apa?

Kalau angaunya ikhlas, mestilah tak hilang angaunya kan? Lepas tu terus perempuan tu hantar borang pindah (tak ada siapa tahu kami pergi berubat waktu tu kecuali kami, keluarga abang ipar, dan ibu saya).

Adalah sikit-sikit peristiwa mistik tapi saya malas nak cerita, panjang sangat dan orang tak percaya pun. Sebelum tu punyalah saya minta dia pindah, tak pindah-pindah. Saya ugut nak lapor pada pejabat agama, suruh dia bagi bukti, dia bagilah bukti dia isi borang pindah tu.

Lepas tu dia simpan tak hantar-hantar. Saya ingat prosesnya yang lama. Rupanya kantoi bila benda tu dah keluar, dan-dan hantar borang.

Minta maaf, kalau saya nak cerita semua memang terlalu panjang. Saya pun tak larat nak taip, apatah lagi orang yang nak membaca. Saya tulis yang pertama dahulu pun dengan niat semoga membantu saudara saudari yang ditimpa ujian, bukan nak cerita sangat kisah saya pun.

Saya elok je hidup bahagia alhamdulillah kalau tak cerita kat orang. Tapi malangnya, saya rasa macam tak berapa sampai sebab bila baca komen, ramai yang kutuk-kutuk berbanding mengambil iktibar sedangkan saya tak sentuh langsung tentang tindakan dr Najihah.

Saya hanya kongsi pengalaman saya dan tindakan yang boleh dibuat jika diuji. Yang ada, saya sebut nama Raihan dan sebutan tentang ada yang mengenali dr Hanafi dan katanya sepanjang mengenali dia, dia adalah orang yang baik.

Jadi saya curious, kenapa yang katanya orang baik-baik sampai jadi begitu sekali? Lebih-lebih lagi bila pernah terkena batang hidung saya dan ternyata, ada elemen yang asalnya bukan salah suami saya pun.

Nak cerita bab awal-awal masa perempuan tu masuk department tu tak ada apa-apa kemudian bila suami saya cerita (lepas dah sembuh) bila dan bila berlaku sekian sekian ‘tally’ dengan bukti yang saya ada,

Yang SETIAP gambar-gambar candid ramai-ramai perempuan tu kerling suami saya, campur cara licik dia goda melalui mesej-mesej yang saya baca, bagitahu suami saya tentang kalau saya yang minta fasakh, dia tak perlu bagi hadiah perkahwinan apa semua tu,

Macam mana saya bawa suami ke sebuah negeri dan lihat tanpa mata berkelip perawat tu keluarkan patung kayu sebesar kelingking yang diukir seolah-olah bentuk manusia dan diikat dengan benang merah hitam tu, memang jadi novel lah jawabnya.

Saya nak kongsi tentang ‘kebetulan’ yang TERLALU kebetulan sehingga saya anggap ia sebagai ‘miracle’, tapi bimbang tersalah kata atau pembaca tersalah faham sehingga berakibat buruk pada aqidah dan sebagainya. Tapi saya nak pesan, percayalah, Allah itu PALING berkuasa.

Kita fikir kuasa netizen besar? Allah yang cipta netizen. Selagi kita ikut panduan yang Allah dan rasulullah SAW beri, insyaAllah, kita tidak akan tersalah langkah.

Kuncinya adalah minta pertolongan dengan sabar dan solat. Kita takkan dapat, aku buat ni, ‘plup’ masalah terus selesai. Nama pun ujian. Allah nak tengok kesabaran kita, sejauh mana usaha kita, benarkah kita betul-betul percaya dengan-Nya?

Tapi ia akan selesai. Saya pun bukanlah bagus sangat, tapi saya banyak belajar daripada ujian tersebut dan harap dapat kongsi supaya jika orang lain juga diuji, mungkin dapat pertimbangkan perkongsian saya.

Saya tak terbayang kalau saya bagitahu semua, ibubapa mertua, adik-beradik ipar saya yang baik tu mendapat malu. Sudahlah sebenarnya sebab disihir. Saya tak cakap situasi orang lain, ya.

Saya kongsi pengalaman saya. Kalau saya paksa, apalah nasib suami dan anak-anak saya yang sayangkan kami?

Adakah kami akhirnya bercerai dan perempuan tu kahwin dengan suami saya dan akhirnya suami saya seperti lembu dicucuk hidung, miserable disihir begitu? Aduhai, tak terbayang saya. Mujurlah Allah turunkan pertolongan.

Kita ni hamba. Sangat terbatas bukan sahaja dari segi pengetahuan, tapi dari banyak segi. Akal pun Allah yang bagi. Ibu saya sendiri setuju dr Najihah buat begitu walaupun waktu anaknya diuji begitu, beliau mati-mati pesan pada saya jangan sesekali tulis apa-apa di media sosial.

Kalau tanya saya, saya sendiri tak tahu. Di satu sisi begini. Di satu sisi, begitu. Situasinya juga berbeza. Sampai berzina. Yang saya tahu, apa yang Allah larang dan suruh.

Jadi, cara yang tak akan pernah salah adalah minta pada Allah. Saya sedar yang kata-kata isteri HOD suami saya begitu benar pun setelah saya alami ujian ini.

Usaha minta pada Allah, insyaAllah Allah bimbing. Allah beri ilham, beri kita ‘kebetulan-kebetulan’ tak disangka dan bimbing kita.

Kena pergi mahkamah ke, kena buat itu, buat ini. Kalau kita minta yang terbaik, insyaAllah, Allah beri yang terbaik; biar apa pun pengakhirannya.

Mungkin suami tu tak baik, jadi akhirnya bercerai dan dipertemukan dengan yang baik; mungkin juga suami tu baik, jadi dipelihara hubungannya hingga ke akhir hayat. Allah lebih mengetahui.

Contoh terdekat lihat sahajalah netizen yang memberi komen pada saya. Kami suami isteri tiada apa-apa masalah hinggalah perkara itu terjadi namun selesai dengan mudah setelah perkara tersebut diselesaikan.

Waktu tidak bahagia kami hanya apabila suami saya diberi benda syirik itu melalui makanan.

Walaupun alhamdulillah kami bahagia kembali, netizen suruh kami bercerai. Ada yang tuduh suami saya gaslight saya, yang mempersenda saya, kata saya in denial dll walaupun cerita penuh sebenar pun mereka tidak tahu, apatah lagi mengalami. Speechless saya.

Jadi, adakah anda pasti anda mahu netizen yang menjadi ‘hakim’?

Bukan Tuhan yang menciptakan semua ini? Pesanan saya bagi yang belum terlambat, sedang mengalami atau bakal mengalami ujian. Saya sanggup tulis panjang-panjang ni kerana saya ‘concern’ dan terlalu empati dengan apa yang berlaku.

*Setiap ayat Quran yang saya nyatakan BUKAN yang saya buka secara rawak. Macam surah An-Nisa yang buat saya terfikir nak bagitau abang M macam yang saya cakap tu.

Kemudian waktu lain, waktu saya betul-betul rasa nak pergi serang perempuan tu, saya ambil wudhu, sambung baca Quran.

‘Kebetulan’ waktu tu juga terbaca ayat lain surah yang sama, tak ingat ayat berapa, tapi tentang memaafkan, itu lebih baik. Sakit hati tak hilang, tapi saya jadi lebih ‘cool’ walau merembes air mata.

Saya terasa yang tak apa, Allah bersama saya. Banyak lagilah, rasa macam Allah ‘communicate’ dengan kita (mohon teguran kalau salah cakap begini. Saya tak tau nak terangkan macam mana).

Tapi dengan ujian pahit ni, saya berpeluang rasa ibadah yang manis, yang dah lama saya tak rasa.

Mohon maaf jika ada sakiti sesiapa dengan tulisan ini.

– F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *