Diintai Ketika Mandi

Salam pembaca semua. Saya minta sahabat saya tolong postkan cerita ni. Saya harap apa yang saya ceritakan kisah saya sebagai pengajaran buat insan yang bergelar ibu bapa. Nama watak/ lokasi dalam ini bukanlah gambaran sebenar.

Pengenalan buat diriku, nama saya Nia. Berumur 25 tahun. Belum berkahwin. Anak kedua dari 3 beradik.

Kakak sulung dah pun berkahwin dan dikurniakan 3 zuriat sulungnya lelaki berumur 14 tahun namanya Aidil dan lagi dua kembar perempuan berumur 8 tahun. Saya ada adik yang kini berumur 19 tahun dan belajar di negeri pantai timur.

Seawal umur 11 tahun saya dah bantu kakak menjaga anak sulungnya kerana suami dan kakak pasangan pjj bekerja di sektor awam. Walaupun anak buah, sudahpun saya anggap anak sendiri sebab makan pakai, tukar lamping semua saya tolong kakak.

Makin berlalu waktu makin membesar anak-anak kakak. Saya nak bercerita tentang anak kakak yang sulung, Aidil. Syukur pada Allah diberikan rupa yang handsome, rajin dan pandai sampaikan semua subjek pelajaran peroleh A.

Semakin Aidil meningkat remaja saya perhatikan Aidil banyak menyendiri dalam bilik dan selalu menatap handphone.

Bila ditanya, katanya whatsapp group kawan sekolah berbincang kerja sekolah. Almaklumlah musim covid semua pdpc jadi saya anggap semua tindak tanduknya adalah normal.

Setiap pagi rutin mcm biasa bersihkan diri sebelum solat subuh. tapi saya dah diajar sedari kecil mandi mestilah berlapik. Maksud saya wajib pakai kain basahan. Tambahan pula tandas dan bilik mandi kami hanya bersebelahan dan ruang atas terbuka.

Sewaktu membersihkan diri saya terdengar bunyi pintu tandas sebelah. Namun saya tak ambil pusing. Masing masing ada hal personal.

Hahaha. Tapi agak pelik bila saya tak dengar langsung bunyi paip air. Tiba-tiba saya rasa seperti diperhatikan.

Spontan saya lihat diatas dan ternampak kelibat seperti kamera handfon tapi dalam beberapa saat saje. Lepas itu saya dengar bunyi pintu dibuka dengan tergesa gesa. Hati dah rasa berdebar debar. Saya cuba menyanyi perlahan untuk kurangkan rasa takut.

Hari tu ayah, ibu, kakak n anak² semua dirumah disebabkan pkp. Susah saya nak berburuk sangka pada sefamily saya. Semua orang saya tenung cuma saya perasan Aidil semacam tak berani bertentang mata dengan saya. Bercakap pun tak nak.

Saya takut nak bertanya hal pada ibu dan ayah. Takutnya nanti dikatakan saya buang tebiat kakak pun saya tak berani nak tanya nanti dituduh fitnah. Jadi perkara ini saya pendamkan sahaja.

Keesokannya saya bangun awal dalam pukul 5 pagi, saya cuba letak go pro di tengah² antara bilik air dan tandas. Disorokkan dengan span dan kain. Lupa nak bagitahu saya memang sangat minat dengan videographer.

Bila dah pastikan semua clear saya masuk bilik semula dan tunggu waktu biasa saya mandi. Dan seperti yang saya plan memang kejadian semalam berulang lagi. Saya berpura-pura seperti biasa. Selang 5 minit saya dengar pintu tandas dibuka.

Go pro itu saya stopkan. Saya terketar-ketar nak rewind balik video tu. Ya rabbi, sewaktu menaip cerita ini hampir² saya anxiety. Ternyata insan yang mengintai saya dan siap rekod lagi adalah anak buah yang saya sayangi sendiri iaitu Aidil!!

Allahu jantung saya seperti meletup. Jiwa saya menjerit. Malu sangat² dengan apa yang berlaku..

– Nia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *