Aku tertarik dengan akak yang tulis ni. Nampaknya dia belum faham soal aib.
Rentetan kes Hanafi ni aku rasa perlu tulis juga. Aku syak dia tulis penuh dengan kemarahan laki dia buat perangai sebelum ni.
https://iiumc.com/couple-
Si Farah bukan nama sebenarnya boleh kata Doktor tu cuma nak tunjuk muka suami dia sahaja. Jadi tak aib langsung. Haih.
Yang baca ni bukan budak darjah satu. Doktor tunjuk muka, tunjuk wasap, tunjuk bukti, bagitau dah berzina itu ini. Itu adalah tunjuk keburukan. Itulah aib kak.
Kisah ni isterinya kata dah berzina. Ok fine walaupun bukti hanya ada dalam wasap.
Aku nak bagitau dekat sini. Kes ni ada 4 bab.
Zina satu bab.
Curang bab.
Aib satu bab.
Netizen satu bab.
Zina, dosa antara mereka berdua dengan tuhan dan dosa kerana khianati isteri. Mereka perlu bertaubat.
Curang, dosa dia kepada isteri. Dia perlu mohon maaf atas apa dia buat.
Aib, isteri sebar keburukan suami. Dengan alasan? Nak pembelaan? Ini adalah alasan. Sebab terlalu ikutkan perasaan.
“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereke”. Al-Baqarah : 187
Kalau aku tak terjemah ayat ni pun korang still boleh faham..
Buruk mana pun suami, bangang macam mana pun suami, bodoh macam mana pun suami kau kena tetap jaga aib dia.
Kesan sebar aib ni akan pergi jauh mungkin sampai anak dia besar pun anak dia boleh tahu. Kau faham tak? Inilah kesan buruk.
Isteri dedah pada media sosial, mungkin rasa boleh hilangkan tekanan. Lama-lama hilang semua.
Suami? Rasa berdosa pada isteri. Malu pada keluarga. Malu kepada keluaga mentua. Malu pada masyarakat. Lagi panjang kesan suami kena hadap.
Ini ke maksudnya keadilan?
Dia memang berdosa, dia memang salah pada isteri. Tapi kalau Allah terima taubat dia, selesai.. Allah Maha Pengampun.
Kalau isteri maafkan dia. Adakah benda ni selesai?
Tak. Sebab aib dia tersebar satu Malaysia. Ini bukan cerita Spiderman No Way Home abang kakak semua. Boleh Nak undur masa biar semua orang lupa.
Netizen, lagi tiada kaitan dalam kes ni. Netizen datang hanya untuk mengutuk, hanya menjadi hakim, hanya untuk menganjing.
Ingat, dosa sesama manusia tak semudah nak diampunkan berbanding dosa kepada Allah.
Hanafi tak ada buat salah dengan netizen. Tapi berjuta manusia yang bersalah sebar aib Hanafi.
Nasihat aku sudah lah.. Kita ni semua bernasib baik sebab Allah tutup semua aib kita. Kita ni semua pendosa guys.. Cuba buat sesuatu guna akal.
Akal ada, gunalah.. Kalau tak guna akal, tak ada beza antara kita dengan lembu.
Sekian,
– Bukan Hanafi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit