Saya mengambil kesempatan untuk menulis di sini sebab isu yang viral mengenai housekeeping yang mana bilik yang ditinggalkan dalam keadaan bersepah dan pelancong mula mengamuk disebabkan kelewatan bilik yang diterima.
Diharap apa yang diceritakan, dapat membuka mata pelancong-pelancong untuk mengetahui situasi sebenar yang dialami oleh pekerja-pekerja hotel khususnya bahagian housekeeping.
Saya ingin menceritakan pengalaman saya bekerja dalam bahagian housekeeping selama beberapa tahun memandangkan aktiviti perlancongan kembali menjadi rancak selepas rentas negeri dibenarkan.
Cukuplah saya katakan bahawa saya bekerja di salah satu tempat tumpuan perlancongan yang mana PKP yang lepas turut memberi kesan yang mendalam kepada tempat kerja saya.
Bila dibenarkan sahaja rentas negeri dibenarkan, hati ini sebenarnya gembira. Selain dapat merentas negeri untuk pulang berjumpa dengan keluarga, ibu bapa khususnya,
Saya juga gembira kerana tempat saya bekerja juga kembali bernafas setelah 10 bulan tanpa kunjungan tetamu kerana PKP yang lalu.
Boleh dikatakan, selepas rentas negeri dibenarkan, tempat kerja kami menerima tetamu yang tidak putus-putus. Dan ya, agak sukar untuk kami memenuhi segala kemahuan pelanggan dengan kekurangan tenaga kerja. Pendek kata, ya, kami kekurangan pekerja.
Disebabkan PKP yang berterusan, pihak majikan terpaksa melepaskan staff yang resign dan tidak mencari pengganti. Kerana pihak majikan juga tidak pasti bilakah PKP akan berakhir.
Namun setelah rentas negeri dibenarkan, hotel menerima tempahan yang amat membanggakan, namun segalanya dalam notis yang singkat.
Pihak hotel terpaksa mengejar peluang ini untuk menampung kembali kerugian yang dialami selama 10 bulan dan dalam masa yang sama terpaksa kerahkan tenaga untuk mencari pekerja dalam tempoh yang singkat susulan pengumuman rentas negeri yang adhoc.
Maka di sini bermulalah perjalanan untuk kembali pulihkan keadaan ekonomi tempat bekerja. Ya, cabaran bekerja semula setelah sunyi selama 10 bulan tanpa kehadiran pengunjung.
Dan dengan ini, berjumpalah kembali dengan pungunjung-pengunjung yang datangnya dari neraka dan ada juga pengunjung yang datangnya dari syurga.
Saya ceritakan dahulu pengunjung dari syurga. Rutin harian kami setelah bilik yang sudah check-out, kami akan terus mengemas bilik tersebut kerana memikirkan akan ada pelanggan lain yang akan menginap di bilik tersebut nanti.
Jadi, prosedur kami, kami akan sanitize terlebih dahulu sebelum memulakan proses mengemas yang lain.
Rutin harian juga, purata dalam mengemas bilik mengambil masa selama 15-20 minit termasuk bilik dan juga tandas.
Bilik-bilik yang diinap oleh penghuni dari syurga ini, memang akan mengambil lingkungan masa yang ditetapkan atau kurang sebab bilik tinggalan mereka dalam keadaan yang baik.
Pengalaman saya, masuk saja bilik tersebut memang senang dibersihkan. Sampah2 diikat dan dikumpulkan setempat, perabot tidak dialihkan, bilik air bersih, dan bilik tidurpun bersih dan kemas.
Adakalanya, penghuni sudahpun mengumpulkan cadar dan tuala di atas karpet atau atas meja untuk memudahkan kami mengumpulkan linen-linen yang kotor untuk dibersihkan.
Malah ada juga penghuni2 syurga ni, meninggalkan tips berbentuk duit dan makanan untuk kami di meja beserta nota.
Perasaan memang sangat mengharukan bila berjumpa penghuni sebegini kerana mereka telah memudahkan urusan kami. Dan kami tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengemas. Sekali gus, dapat mengelakkan guest complaint disebabkan kelewatan bilik.
Berbeza dengan penghuni dari neraka. Bukak sahaja pintu bilik, bau yang kurang menyenangkan keluar sebaik sahaja pintu dibuka. Sampah bertaburan sebaik sahaja masuk.
Tisu-tisu, kertas-kertas berselerakkan termasuk mask (pelitup muka) yang telah dipakai mereka yang dibuang merata-rata tanpa memikirkan pelitup muka itulah yang berisiko tinggi dan perlu dibuang dengan elok.
Ini belum lagi dengan sisa-sisa makanan yang bersepah di segenap sudut bilik. Malah ada sisa makanan yang berminyak terkena di cadar putih di tilam menyebabkan kotoran tu susah untuk dicuci.
Adakalanya hotel baru sahaja beli cadar baru dan cadar baru tersebut dikotorkan dengan sisa-sisa makanan, muntah, diconteng oleh penghuni-penghuni yang tidak bertanggungjawab.
Sudahlah hotel terpaksa tanggung kerugian disebabkan PKP ni, tak semena-mena kena tanggung kos untuk rawatan cadar-cadar yang kotor.
Kadang-kadang cadar yang kotor ini masih meninggalkan kesan walaupun telah dicuci dengan bersih dan bila diguna semula memang akan mengundang complaint dari guest lain sebab guest yang terdahulu tidak bertanggungjawab.
Ini baru pasal cadar. Tak masuk lagi bab alih perabot. Salah satu ciri penghuni dari neraka ini, mereka akan alihkan perabot ikut keselesaan sendiri.
Kalau alih perabot, tapi kemudian disusun semula ikut keadaan asal, tak mengapa. Tapi dibiarkan sahaja dan menjadi satu bebanan untuk kami mengemas dan menyusun semula perabot tersebut.
Ada penghuni neraka ni, yang sanggup bawak turun tilam yang berat ke atas carpet dan membiarkannya begitu sahaja. Ada juga yang bawak tilam turun ke karpet lepas tu bed divan (single bed) ditindankan antara satu sama lain.
Ke semua tilam-tilam ni bukannya ringan. Penghuni dari neraka ni memang mudah mengalihkan perabot sebab mereka berteman. Kami yang kerja housekeeping ni, kadang kalanya seorang diri untuk incharge dalam 10-15 bilik.
Bayangkan macam macam mana kami nak mengangkat kembali tilam-tilam ni seperti sedia kala dengan keadaan fizikal kami yang kebanyakkannya kecil molek.
Ini bab bilik. Nak tahu keadaan bilik air penghuni dari neraka? Nama pun penghuni dari neraka, sudah pasti sisa-sisa najis dalam bilik air tu merata. Ya memang ada. Even parents yang ada anak kecil pun, sisa najis dalam pampers anak dibiarkan terbuka dalam tong sampah.
Memang ‘harum semerbak’ dan kadang kala meloyakan! Namun, terpaksa buat demi tugas dan sesuap nasi.
Bilik-bilik penghuni dari neraka ni, sememangnya akan mengambil masa yang lama untuk dibersihkan. Dari standard masa 15-20 minit sebilik, terpaksa mengambil masa 30-45 minit bergantung kepada sejauh mana tahap ‘kenerakaan bilik tu’ ditinggalkan oleh penghuni.
Malah ada juga penghuni dari neraka ni jenis yang panjang tangan. Sampai towel yang disediakan pun nak ambil jadi souvenir! Ini pun satu hal jugak untuk kami jawab, bila towel yang disediakan itu tiada dalam bilik!
Dalam situasi covid-19 ni, hotel terpaksa membuat SOP yang baru untuk pengemasan bilik yang mana bilik hanya akan dikemas sewaktu guest keluar sahaja. Bukan semasa guest menginap.
Ini untuk melindungi guest dan juga pekerja-pekerja dari jangkitan covid-19 sama ada dari guest ke pekerja atau dari pekerja ke guest!
Jadi tolonglah patuhi SOP yang telah hotel tetapkan. Kami pun ada family untuk kami jaga dan untuk diberi makan! Memo SOP yang baru ini sudah diletakkan di setiap bilik hotel untuk pengetahuan guest.
Namun ada sahaja guest yang tak faham bahasa. Nak jugak kami kemaskan bilik walaupun memo dah diberikan!
Tolonglah faham, situasi sekarang tidak sama macam dahulu! Adakalanya guest ini akan melenting disebabkan SOP baru ini! Nak jugak dikemaskan bilik setiap hari tanpa memikirkan risiko ke atas orang lain!
Agaknya rumah sendiri memang dikemas setiap hari, tulah sebab kenapa housekeeping pun terpaksa kemas bilik dia setiap hari!
Berbeza dengan penghuni dari syurga, mereka memang patuh SOP yang hotel tetapkan. Sekiranya perlukan barang-barang yang lain, mereka sendiri yang akan datang ke troli kami dan meminta barang dari kami.
Mereka juga tidak mahu pekerja masuk ke dalam bilik mereka untuk refill apa-apa sebab faham akan situasi. Dan kami sememangnya menghargai apa yang mereka lakukan!
Beginilah rutin harian kami dan perkara-perkara yang terpaksa dihadapi oleh pekerja-pekerja housekeeping yang selama ini tidak ramai yang tahu.
Saya mengambil kesempatan ini untuk bercerita supaya kita saling hormat-menghormati dan memahami akan pekerjaan ini demi meneruskan kelangsungan hidup.
Apa yang saya ceritakan ini hanyalah sebahagian dari lumrah kerja sebagai housekeeping. Saya percaya ada lagi yang lebih dahsyat dan biarlah mereka yang lain, yang menceritakan selanjutnya.
Maaf sekiranya saya terpaksa menggunakan term penghuni dari neraka! Salah satu cara untuk saya memberitahu kepada yang lain, hidup janganlah bertuhankan duit! Ya saya tahu, semua-semua penghuni bayar duit untuk menginap.
Tapi harus diingat, duit yang anda bayar untuk menginap itu sebenarnya untuk service yang kami berikan, bukannya tiket untuk menjadi tuhan dengan menjahanamkan harta benda tempat penginapan!
If nak dibandingkan dengan penghuni neraka sebelum covid dan semasa covid ni, maaf cakap, penghuni dari neraka ni dah bertambah bilangan semasa covid ni!
If dulu, boleh kira dalam sehari, kami akan jumpa 1-2 bilik penghuni dari neraka. Sekarang, satu hari dalam 3-5 bilik! Agaknya waktu PKP ni, tidak menginsafkan mereka!
Buat penghuni-penghuni dari syurga, terima kasih banyakbanyak sebab permudahkan urusan kami dan kami amat menghargainya dan mendoakan agar urusan anda dipermudahkan juga.
Buat penghuni-penghuni dari neraka, hidup jangan bertuhankan duit! Apa yang anda buat dekat orang lain, anda pun akan menerima kesan yang sama!
Buat yang nak pergi melancong, bawalah AKAL anda Bersama! Bila AKAL dah tinggal di rumah, itulah yang akan MENYUSAHKAN ORANG LAIN!
Sekian luahan dari,
Housekeeping yang kepenatan (mencari rezeki untuk kelangsungan hidup)
– Qaseh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit