Rasa Takut Melampau

Terdetik nak tulis kat sini bila ternampak postingan seorang Hamba Allah berkaitan trauma di zaman sekolah. Saya mulakan…

Aku seorang introvert. Aku boleh dikatakan pendiam tapi aku akan banyak cakap dengan orang yang aku selesa. Cumanya aku rasa ‘introversion’ aku makin teruk selepas kejadian ini.

Aku yang dah dewasa ni jadi makin pendiam dan lebih menyendiri jika dibandingkan dengan aku yang kanak2.

Ketika aku mula2 masuk sekolah menengah, aku dapati rata2 student semuanya muka baru. Adalah 5, 6 orang yang aku kenal ketika di sekolah rendah tapi aku tak begitu rapat sebab kami lain2 kelas.

Aku cuba untuk bersuai kenal dengan rakan sekelas dan rakan2 lama ketika sekolah rendah.

Tetapi aku taktau mana silap aku, setinggi mana pun effort aku untuk cuba nak kawan dengan mereka, in the end aku tetap tak boleh nak masuk dengan rakan sekelas.

Mereka pun takde effort nak berkawan dengan aku, cakap pun sepatah dua sahaja. In the end, aku ditinggalkan bersendirian tanpa kawan2 sekelas selama 2 tahun.

2 tahun aku berseorangan. 2 tahun aku tak makan di kantin ketika rehat sebab aku takde kawan. Aku lari duduk berlapar di library. 2 tahun aku duduk bersendirian di kelas.

Kalau ada masa senggang cikgu tak masuk kelas, aku sendiri2 saja while yang lain dah mula buat kelompok bersembang sesama sendiri.

Di tambah pula aku ditakdirkan dapat cikgu yang selalu memalukan aku hadapan classmates yang lain.

Aku dihukum sedangkan mereka yang buat kesalahan sama dengan aku dibiarkan sahaja. Aku malu. Aku trauma. Aku sunyi.

Saban hari aku tak tahan, aku cuba untuk minta pada parents aku untuk pindah sekolah. Aku ceritakan masalah aku disekolah. Tapi apa yang aku dapat? Aku kena marah balik.

Mak aku tuduh aku sombong dan berlagak sebab tak nak berkawan dengan classmates walaupun aku dah cuba sehabis baik. Ayah aku senyapkan aku, katanya “taknak dengar dah, stress abah nanti”

Aku sedih. Orang yang aku harap selama ni dapat bantu aku sikit pun taknak mendengar. DUA TAHUN.

Dua tahun aku menangis setiap malam, setiap pagi sebelum ke sekolah. Macam2 alasan aku bagi untuk tak ke sekolah.

Aku pernah berdoa pada Allah untuk jatuhkan musibah pada aku, supaya aku tak dapat pegi sekolah.

Aku doa minta aku dilanggar kereta, aku doa juga minta untuk mati. Banyak kali aku pikir “lagi baik aku mati dari hidup macam ni” pada usia 13 tahun itu.

Aku pernah pegang pisau dan aku letak di perut, bersedia nak tikam diri sendiri. Tapi aku tak mampu. Aku jadi murung.

Dua tahun aku merana. Ketika usia aku 13 dan 14. Nak dijadikan cerita ketika aku naik sahaja ke form 3, alhamdulillah aku turun ke kelas nombor 3.

Di situ aku jumpa dengan kawan2 yang aku boleh masuk, yang mahu berkawan dgn aku. Tapi timbul masalah lain. Aku perasan aku jadi gagap.

Dua tahun aku tak bercakap di sekolah dan di rumah. Boleh kira dengan jari saja berapa kali aku buka mulut.

Aku tak sangka effect kejadian tu sampai macam ni sekali. Gagap. Perkataan2 yang keluar dari mulut jadi sangkut2, terutamanya di permulaan ayat.

Aku tak boleh cakap laju or else mmg bercampu2 dan tunggang langgan ayat aku. Or worse, keluar angin saja dari mulut, perkataan zero. Masalah ni berlarutan sampailah sekarang, usia aku 23.

Aku trauma. dah 10, 9 tahun berlalu tapi sikit pun tak boleh lupa. Aku kena busykan diri untuk lupakan kejadian tu.

Kalau aku teringat saja, confirm aku nangis, sakit dada. Effectnya sampai sekarang. Aku jadi murung. Aku selalu takut melampau tanpa sebab.

Dah beberapa kali aku kelar tangan ketika aku di U. Aku susah nak open up dengan orang. Aku ada trust issue. Self esteem aku jatuh merudum.

Aku dah janji dengan diri sendiri aku taknak langsung cerita masalah aku dengan mak ayah aku. Aku tak pasti aku dah maafkan diorang atau belum. Aku hanya nakkan permohonan maaf dari mak ayah aku.

Yang membaca, mohon doakan kesihatan mental saya lebih baik. Hilangkan rasa takut melampau dalam diri saya. Terima kasih.

– Tiada Nama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *