Misi Mencari Anak Menantu Mak

Salam, Aku sekarang dalam lewat 20-an. Untuk perempuan yang ada kerjaya, dengan umur dan status bujang, aku salah seorang mangsa soalan-soalan “jodoh” dan “kahwin”.

Tapi aku tak pernah terburu-buru untuk bagi jawapan kat mereka yang tanya tu.

Sebenarnya dulu aku takut dengan alam perkahwinan. Dari komitmen, dengan diri aku yang serba serbi tak cukup sifat2 seorang isteri mithali, aku memang takut nak kahwin.

Aku tak pandai masak macam fazley yakoob, aku masak tengok resepi kat buku lagi untuk lauk-lauk.

Harap makanan panas je la yang aku boleh buat sambil tutup mata. Aku tak sopan santun macam gadis melatu terakhir.

Tapi aku ada keinginan nak berkahwin, sebab aku penat mengharungi hidup aku tak berteman.

Aku nak mencintai seseorang dan dicintai seseorang, share hidup aku dengan dia. Aku rasa sunyi bila balik rumah, aku rasa teruja bila dengar kawan-kawan aku cerita pasal anak-anak diaorang.

Sebelum tu aku nak bagi tahu, aku ada pendapatan, sebulan gaji bersih memang cecah 4k. Tapi dengan paras rupa so-so, dengan sifat awkward aku, buat aku memang susah nak cari jodoh (aku rasa lah)

Aku ada cuba kenal beberapa lelaki, tapi akhirnya semua lelaki tu cepat bosan dengan aku dan anggap aku macam geng diorang dan aku pun last2 memang tak ada perasaan yang mendalam kat diaorang sebab dah kena friendzone.

Dekat tempat kerja ada saja lelaki cuba nak kenal aku, tapi kebanyakannya lelaki orang lah, kalau single pun lelaki tu playboy.

Jadi aku memang hopeless untuk cari jodoh sebab semua kenalan lelaki aku dah berpunya

Sampai la tahun ni , aku kenal seseorang, aku rasa aku betul-betul suka dia tapi somehow aku rasa dia anggap aku macam salah seorang kawan biasa dia sahaja.

Aku tak pernah jadi perigi cari timba, tapi dengan dia aku jadi berani. Dah banyak hints aku bagi, dia buat tak endah je.

Dia pun umur dah lewat 20an, tapi aku tak nampak pun usaha dia untuk cari jodoh macam aku tunjuk kat dia (rasa macam terbalik pula perempuan yang buat banyak efforts kan).

Sejak dua tiga bulan ni, mak aku asyik tanya pasal jodoh. Aku selalu buat lawak je kat dia macam aku nak duduk bawah ketiak dia lah.

Tapi baru-baru ni mak aku minta gambar selfie aku. Tanya soalan aku nak jodoh yang macam mana. Aku pun pelik.

Rupa-rupanya buka handphone dia, aku nampak page salah satu web cari jodoh kat history dia. Jadi aku tanya dia, dia mengaku dia dah buat satu profile aku. Dia kata aku slow sangat.

Tapi dia kata nanti aku yang buat keputusan kalau dia berkenan kat sesiapa untuk kadi anak menantu dia kat dalam page tu.

Cuma sekarang, aku masih suka dekat kawan aku tu. Aku tak boleh bayang aku cakap kat dia, yang aku nak kahwin dengan seseorang.

Tapi bila difikirkan status aku di mata dia sebagai seorang kawan biasa, aku mula redha. Mungkin aku patut mengalah dan lupakan perasaan tu.

Buat masa ni, aku serahkan takdir kat Allah. Minta korang doakan yang terbaik untuk aku. Moga aku tak sakitkan diri sendiri dan sesiapa pada masa akan datang.

Sekian, jangan lupa check history phone mak korang kalau korang single lama.

– Rui (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *