Realiti Sebenar Boss Melayu

Aku tau apa yang aku tulis ni bakal membuatkan ramai boss melayu melompat tapi aku peduli apa. Pengalaman aku bekerja dengan boss Melayu cukup buatkan aku pulak jadi serik dan taubat nak kerja dengan boss Melayu.

Sebelum tu, aku pernah kerja dekat sebuah company Cina kat satu negeri ini. Dua tahun kerja, tapi lepastu dah tak larat sebab weekend and public holiday pun kena layan customer.

Badan nak guna lama, tapi tenaga kena perah. Gaji yang ditawarkan untuk mereka yang berumur 19 tahun (aku diploma awal) ketika tu memang kayalah. Cuma takde masa untuk diri sendiri dengan keluarga.

Dan ditambah pula dengan kempen politik Buy Muslim First time tu, pun buat aku terpengaruh jugaklah. Aku pun berhenti lah kerja dengan company Cina ni konon nak bagi peluang berbakti kepada kaum yang seagama dengan aku.

Lepas berhenti kerja, aku pun dapat kerja kosong di sebuah company kecantikan yang berasaskan Spa. Mereka baru first time nak venture dalam online sales and mereka perlukan khidmat aku untuk membangunkan bisnes online mereka.

Maka, aku setup lah kedai e-commerce mereka dan semuanya aku buat daripada asas, tanpa pertolongan sesiapa. Aku masuk kerja di situ tanpa ada bimbingan daripada superior langsung.

Promosi, uploading, snapping, copywriting semua aku buat. Environment pada mulanya nampak macam tak berapa nak sedap, nak2 kena bekerja dengan boss perempuan tua.

Lepastu satu lagi, boss Melayu ni memang modalnya nak bandingkan dia dengan Chinese boss.

Contoh: “Tengok company Cina tu, berjaya sebab bla bla bla” “Cina ni monopoli” “Cina amik kesempatan atas Melayu bla bla”

Aku tak nafikan semua tu memang ada. Tapi dia macam cuba nak cakap yang company Cina ni memang sumpah teruk sedangkan dia tak sedar ke perangai dia lagi teruk dari Cina kapitalis?

And dia cakap Chinese racist where in fact dia lagi racist. Nak pekerja, cina okay tapi India taknak. HAHAHAHHAAH BUTOH

Job aku hanyalah sebagai digital marketer. Tapi apa yang ditawarkan sebagai digital marketer dengan gaji 1.6k, aku dipaksa melakukan semua kerja di situ.

– Apply loan bank (kerja aku)

– Kerja asas kerani (kerja aku)

– Customer services (kerja aku)

– Digital ads (kerja aku)

– Tiktok content (kerja aku)

– E-commerce (Kerja aku)

– Copy-writing (kerja aku)

– Product shooting videos and graphic (kerja aku)

– Facebook/Instagram Live (kerja aku)

Semuanya aku lakukan berseorangan, tanpa ada team. Ya, semua. Tools pun mereka takde and tak nak keluarkan.

Jadi, aku yang gunakan sendiri untuk setup daripada asas. Aku tahankan sebab aku ingat mereka akan cari pekerja baru, rupanya tidak.

6 BULAN bekerja di situ, aku disahkan menghidap anxiety attack. Hanya dalam masa tempoh 6 bulan, memang power boss di situ membuatkan pekerjanya gila.

Itu belum lagi dengan konflik anak-beranak boss aku ini yang aku juga perlu menjadi kaunselor keluarga untuk anaknya yang tidak mendengar kata.

Anaknya asyik bermain bola sampai taknak tolong kat rumah? Aku yang perlu cakapkan kepada anaknya. Anaknya asyik bermain online games? Suruh saja aku yang nasihatkan. Takkan sampai macam tu sekali aku harus dedicated untuk kerja?

Dan kemudian, pada pertengahan tahun ini, PKP melanda. Syarikatnya kena tutup kerana bukan dalam sektor wajib beroperasi. Dan anda tahu apa yang mereka lakukan? Buka syarikat dalam keadaan senyap-senyap dan melanggar undang-undang kerajaan.

Tidak dilupakan juga, dalam pada itu, dua dari tiga pekerja (aku la yang seorang lagi tu) kena jangkitan covid. Dan yang paling kejam, walaupun 2 pekerja terkena covid-19, aku tidak dibenarkan WFH. Boss aku je yang WFH.

Aku masih perlu ke tempat kerja yang tidak langsung disanitasi selepas kes COVID-19. Yang paling kelakar, boss aku tak bagi scan mysejahtera sbb nanti kantoi dengan kerajaan.

Dari luar, boss aku ni nampak macam orang beriman. Aku ni nak kata alim sangat pun tak, tapi aku tau apa yang boss aku buat ni salah.

Solat 5 waktu tak tinggal weh, tapi bila bab berjualan produk, manjang kena tipu customer!

Shampoo rambut tamat 2016, tapi masih lagi dijual pada tahun 2021 dengan harga yang mahal. Tarikh tamat expiry product dia suruh kitorang padam guna alcohol wipe and jual je pada customer.

Aku sumpah tak tahu, tapi satu hari aku dah tertahu dengan sindiket dan mula daripada tu, aku dah mula mempersoalkan apa yang sebenarnya boss ni nak dalam kehidupan? Di depan orang ramai, buy Muslim First tapi hakikatnya macam butoh.

Korang semua menipu pengguna dengan jual Islam depan ramai orang. Orang pun percaya and beli sebab dia ingat kau ni jujur nak tolong dia. Padahal tak pun! Money is a new king.

Malah, lagu MCR, Green Days aku pun ditegur. Konon sebab tu, aku asyik kena anxiety attack. Sebab apa? Sebab asyik dengar lagu rock macam ni lah.

Balik tu, aku mempersoalkan balik diri aku. Adakah sebab dengar lagu rock membuatkan aku kena anxiety attack? Which aku tau, bukan itu masalahnya.

Antara sebab lain juga, boss aku ni… Hmm. Dia boleh bercakap di telefon dengan kita and then dia akan marah kita kalau kerja tak siap. Aku selalu dikacau juga.

Aku tengah busy buat copywriting and design, dia tetiba call and tanya apa update. Aku hanya jawab pendek sebab aku kena rush design yang diberikan last minute pada aku dan nak hari yang sama jugak. Itupun kena bebel ya.

Hari Sabtu dan Ahad hari cuti, betul? Tapi, untuk company bangsat dan penunggang agama ini, kalau boss aku call, aku kena angkat. Tak boleh tak angkat.

Kau mati sekalipun, kau tetap kena angkat. Dah angkat tu, kau kena dengarlah dia dok membebel macam haramjadah complaint itu ini. Semua benda nak free tukar tapi taknak keluar cost.

Tu belum lagi aku dapat sesi motivasi percuma tapi macam babi sesi tu bila dia cakap :

“Sampai bila nak pergi kerja jalan kaki je? Tak teringin ke nak ada kereta?” (sebab aku pergi kerja jalan kaki like rumah aku belakang office je kut WTF!)

“Tak teringin ke nak bawak mak ayah pergi umrah?” (Nak, tapi yang pasti bukan daripada sumber company yang menipu customer utk keuntungan dan eksploitasi hak pekerja)

“Itu bukan azam awak. Saya nak azam macam nak beli kereta ke, beli rumah ke” (HELLO FOR YOUR INFORMATION, AKU HIDUP BUKAN UNTUK MATERIAL BODOH.

Dia marah aku sebab aku cakap azam aku nak jadi orang yang happy je and dia reply cakap tu azam common.

Amende kau nak mempertikaikan azam orang lepastu paksa aku berazam dengan dia. Aku ni walaupun baru 22 tahun tapi aku takut mati. Boss aku ni dah 52 tahun tapi cara cakap macam tak takut mati)

and boss aku kalau time bayar gaji, sumpah liat. Selagi kau tak whatsapp tanya pasal gaji, selagi tulah dia buat bangang je. And yang paling kelakar, dia suruh kitaorang fikir dia as a boss yang nak bayar gaji.

Why should we think about you? Kami ni pekerja je dan salary tu memang hak kami. Oh, kau time suruh buat kerja, ada ke kau fikir kitorang ni macam mana?

Baru masuk gaji, belum masuk issues boss aku ni amik dana dari account company untuk bayar kehidupan dia dengan anak-anaknya. Orang kaya Melayu. Biar pakai LV tapi orang tak tau kau poket koyak di dalam.

Pakai kereta Vellfire takpe asalkan pekerja berlapar menagih gaji sendiri. Sedih tau kalau nak cerita balik semua. Macam mengemis aku dibuatnya di company tu.

Tu belum masuk pekerja kena hina macam takde maruah. Sumpah. Pengalaman bekerja dengan boss Melayu tu singkat tapi trauma dia? Sampai harini aku rasa weh. Sampai sekarang tak leh lupa.

Dan yang paling tak tahan, talent aku diwaste kan untuk orang yang tak boleh menilai bakat aku.

But now, I’m back in the industry and employed under international International Chinese company. Get paid and oh yes company Melayu tu tak bayar KWSP aku pun walaupun dalam offer letter ada.

Desas-desus, company melayu tu almost nak bankrap dah. Hah bankrap lah.

Doa orang kena aniaya selalunya dimakbulkan.

– Sonia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *