Sampai Bila Aku Nak Macam Ini?

Nama aku dalam cerita ni adalah Zayn. Ini adalah cerita aku yang pertama kalinya aku ceritakan di sini. Aku Seorang lelaki yang berumur 25 tahun. Aku mengklasifikasikan diri aku sebagai seorang yang “ambivert”.

Aku boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa kira jantina, status, bangsa dan agama. Aku ada ramai kenalan di seluruh Malaysia hasil pengajian aku di sebuah universiti awam.

Seorang yang peramah dan mudah mengadaptasikan diri dengan orang sekeliling. Senang cerita jika aku berada dengan kawan yang gila, aku boleh menjadi gila. Jika berada dengan kawan yang serius, aku boleh menjadi serius.

Disebabkan diri aku yang boleh masuk dengan sesiapa sahaja, ramai kenalan yang selalu menceritakan hal peribadi/meminta nasihat daripada aku.

Alhamdulillah aku berasa bangga dapat membantu kawan-kawan yang memerlukan bantuan ku. Bermacam-macam jenis kawan aku ada dalam kehidupan ini.

Akan tetapi ada 1 masalah yang aku hadapi dari dulu sehingga sekarang.. AKU TAK DAPAT NAK KONGSIKAN SEBAHAGIAN CERITERA HIDUPKU DENGAN ORANG LAIN.

Aku tiada kawan yang betul betul aku gelar sahabat yang aku boleh kongsikan cerita suka duka kehidupanku.

Aku cemburu dengan sesiapa yang boleh menceritakan hal peribadi mereka dengan sahabat mereka. Ya aku ramaii sangat kawann tapi aku boleh anggap aku tiada sahabat yang sesungguhnya..

Aku pernah jugak berkongsi cerita dengan kawan yang ku anggap sebagai sahabat tapi punah.. Aku kadang diketawakan saat aku serius. Aku diremehkan diperlekehkan dipermainkan.

Saat dari situ aku tak lagi pernah menceritakan hal berkaitan diri ku kepada orang lain.

Mungkin para pembaca jugak rasa bengang dengan cerita aku sebab pelbagai masalah yang aku hadapi aku simpan sendiri walaupun dengan keluarga sendiri aku tak pernah kongsi haha.

Nak kata ada pasangan hmmm jauh sekali haha.. kawan kawan yang ada pasangan selalu mintak nasihat/ pendapat dari bab cintan cintun ni alhamdulillah menjadi nasihat/ pendapat aku tu..

Mungkin aku patut bukak klinik dan jadi Dr. Cinta kot walaupun tuan punya badan ni tak laku di pasaran, haha.

Sepanjang 25 tahun hidup ni aku tak pernah lagi bercinta. Aku sendiri tak tahu aku ni jenis macam mana kalau bercinta.

Tipulah kalau kata aku tak jeles tengok kawan kawan lain ada pasangan. Diorang ada kawan untuk meluah berkongsi cerita yang sedikit mendalam. Sedangkan aku tak dapat nak berkongsi cerita dengan orang lain.

Pernah jugak memasang angan carik pasangan untuk berkahwin tetapi apakan daya aku ni berdompet nipis dan tak handsome macam jejaka lain..

Nak kata average aku kurang dari average untuk tahap ketampanan. Kawan kawan kalau bergurau kadang buat physical shaming.

Insecure jugak kadang. Tapi tetap aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepadaku sebab aku boleh buat kerja kerja rumah.

InshaaAllah senang hidup bakal isteri aku lepas kahwin nanti. Tapi tu la nak approach mana mana gadis pun aku tak pandai tapi suruh orang lain pikat orang lain boleh pulak haha.

Aku selalu rasa sunyi tapi tu lah tiada siapa aku boleh luahkan dari lubuk hati. Nangis dalam hati je mampu, haha.

Mungkin disebabkan selalu memendam aku dah terbiasa untuk simpan sendiri. Takpelah kot selagi boleh simpan, simpan la kot. Tu je la kot aku boleh cerita.

Aku bab mengarang ni lemah sikit. Takutnya melalut sangat sebab sebenarnya banyak sangatttt cerita dalam kepala ni nak tulis.. nanti tulis bebanyak orang tak faham.. maaf ehh kalau tak faham apa yang aku ceritakan ni, haha.

Jaga diri semuanya ya semoga segala urusan kita dipermudahkan dan diberikan ketabahan dalam menghadapi segala rintangan. Zayn mengundur diri.

– Zayn (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *