Assalamualaikum dan salam sejahtera. Acik Mah di sini… perempuan melebihi separuh abad yang bahagia bersama keluarga.
Ini link cerita sebelumnya. Saya tukar tajuk sebab tak ada kaitan.
https://iiumc.com/buat-baik-
Beberapa hari di kota Mekah, saya buka FB. Baca setiap komen. Rasa terharu atas sokongan kalian. Terima kasih banyak2.
Pengalaman hidup saya banyak…. orang lama lah katakan. Mana tahu kalau ada yang boleh dijadikan iktibar… berpahalalah saya.
Ada yang cadangkan saya sponsor umrah untuk adik ke4 dengan isteri dia. Sebenarnya, semua adik2 saya belum pernah pergi umrah. Nanti apa kata mereka kan…. rasa tak adil pulak.
Memang adik2 saya yang lain tu rasanya mampu pergi umrah. Saya pernah ajak mereka tapi macam2 alasan yang diberi. Entahlah, saya pun tak tahu kenapa hati2 mereka tidak tergerak untuk ke tanah suci.
Di Mekah saya doakan kalian … dapat ke tanah suci … dapat jodoh yang baik2 bagi yang single… serta bahagia dunia akhirat
Dalam confession sebelum ini, saya cerita yang saya akan travel ke luar negara dua kali setahun. Tahun ini saya tak travel mana2. Sepi sangat rasanya.
Petang tu, bila F sampai rumah dari solat Asar saya kata…”Jom pergi umrah nak… berdua. Ambik hotel tepi masjid . Kita share “. Terkeluar sahaja pertanyaan tu.
Lagi terkejut saya bila F respond..”Jom. Abang bayar semua. Duit poket awak sponsor”. Allahu… bahagianya bukan kepalang. F suruh saya cari agent.
Saya Google sahaja. Dapatlah agent yang akan berangkat dalam masa tiga minggu lagi. Buku suntikan dan gambar tahun lepas masih boleh guna.
Vaksin saya Astra Zeneca. Tak perlu booster. F terus bayar habis. Allah permudahkan segalanya.
Tiga hari sebelum berangkat swabtest PCR saya negatif. Maka tertunailah hajat saya.
Lalu saya terfikir… apa lagi kebaikan F yang perlu saya nafikan.
Saya sediakan 5k untuk duit poket. Pada saya banyak sebab pergi berdua. Dulu2 kalau anak2 ikut, saya selalu bawa 3k dan F bawa 2k. Cukup sebenarnya sebab kami membeli sekadarnya sahaja.
Sehari sebelum berangkat, saya dapat wssp dari saudara terdekat. Nak pinjam RM 50 sementara dapat duit mengasuh. Sedehnya rasa.
Anak2 saya… beli starbuck sahaja pun dah lebih 40… Allahu.
Saya bagi RM 100. Saya halalkan. Macam biasa, rahsia tersimpan antara kami berdua. F tak boleh tahu.
Sewaktu di KLIA untuk berlepas, seorang lagi saudara terdekat wssp saya. Saudara belah F. Ibu tunggal. Setiap tahun saya dan F akan bagi sebahagian zakat kami pada dia.
Dia cuma minta RM 50. Nak buat belanja pergi hospital. Saya bagi RM 100 dan halalkan. Seperti biasa. Saya tak beritahu F.
Saya berdoa semoga kebaikan tersebut menjadi asbab untuk Allah permudahkan urusan kami di tanah suci.
Penerbangan kami terus ke Mekah. Bermakna mesti berihram di dalam pesawat.
Semasa di KLIA, F pakai kain ihram bersama kemeja. Sejam sebelum mendarat, barulah pakai dua2 dan berniat umrah.
Sampai di hotel Mekah jam 11.00 malam. Kalau sebelum2 ini, kami akan berehat sekejap dan terus selesaikan umrah. Kali ini berbeza.
Esoknya, saya beli simkad Arab . Download apps ‘tawakkalna’ dan ‘eatmana’. Lepas tu mohon permit untuk buat umrah. Alhamdulillah selesailah umrah pertama saya bersama mutawif.
Ada desas-desus yang mengatakan solat di masjid perlu permit. Saya mohon permit umrah untuk esok harinya. Lulus. Saya mohon permit solat untuk setiap waktu tetapi gagal. Alasan dah penuh.
Sedehnya rasa. Nak solat di masjid tak boleh sedangkan itulah tujuan saya ke tanah suci. Semasa di Malaysia, saya dah bagi tahu F.
Saya tak mahu ikut ziarah luar sebab nanti tak boleh solat di masjid. Lagi pun semua tempat2 ziarah tersebut saya dah pergi sebelum ini.
Malam tu F dah lena. Saya masih terkial2 memikirkan nasib. Datang jauh2 tak boleh solat di masjid. Saya pertaruhkan segala kebaikan yang pernah dilakukan moga Allah mendengar rintihan saya.
Malam kian larut dan hati semakin sayu. Entah jam berapa akhirnya saya terlena juga.
Azan subuh jelas kedengaran kerana hotel saya hanya 50 m dari masjid. Melalui tingkap hotel, saya nampak menara masjid. Kalau sebelum2 ni, sejam sebelum azan saya dah berada di dalam masjid.
Kadang2 dah penuh. Terpaksa berhimpit2 mencari ruang untuk solat. Tapi kali ini, saya berimamkan F. Berdua di dalam ruang kamar sahaja. Macam di rumah…Allahu Akbar. Sedeh sangat…
Semasa sedang bersarapan pagi itu, seorang teman beri tahu… “kita dah boleh solat di masjid. Tak perlu permit. Cuma tunjukkan muka depan apps tawakkalna sahaja”.
Hati saya berbunga2… bahagia. Allah dah dengar doa saya… barangkali.
Sejak itu, saya ke masjid untuk setiap kali solat lima waktu. Alhamdulillah.
Umrah2 berikutnya saya buat sendiri tanpa mutawif. Alhamdulillah saya berjaya melakukan 5 kali umrah sepanjang 7 hari di Mekah.
Kata mutawif, harga teksi untuk pergi balik termasuk menunggu adalah 40 riyal.
Ambil masa dalam sejam dari mula naik teksi di masjidil haram menuju ke masjid Siti Aishah di Tanaim, solat tahiyatul masjid, berniat ihram dan solat sunat ihram. Lepas tu pulang semula ke masjidil haram.
Puas jugalah F bertawar. Ada teksi yang minta 100 riyal, ada 70 riyal dan 60 riyal. Akhirnya dapat 50 riyal. Naik jugalah sebab dah tak larat menunggu.
Masa umrah dengan mutawif, saya berjalan kaki untuk saei. Separuh mati rasanya. Tenaga sangat kurang. Umrah kedua ini saya ajak F naik skuter. 115 riyal untuk berdua. Rasa bersalah pun ada. Moga Allah terima ibadah kami.
Kebanyakan orang Malaysia ni boleh memandu, jadi tak adalah kejadian2 pelik berlaku. Kalau perempuan arab yang bawak, memang terkejut dibuatnya.
Ada yang langgar dinding, langgar skuter orang lain atau langgar penghadang jalan yang plastik tu. Berdentum dentam bunyi. Kadang2 sampai staf skuter tu terpaksa tarik sebab dah tersangkut.
Lawak pun ada… haha. Saya sendiri pun pernah kena langgar oleh perempuan arab. Panik dia…
Sehingga selesai bertahalul, saya terus menunggu azan magrib. Seterusnya solat isya. Baru kami pulang ke hotel untuk makan malam.
Begitulah rutin saya setiap hari untuk kelima2 umrah. Walau pun sedikit penat kerana berada di masjid sejak jam tiga petang ( azan asar jam 3.15 petang & azan isya jam 7.08 mlm ) hingga jam lapan malam namun hati merasa puas.
Empat kali menaiki teksi, saya temui pemandu yang berbeza… orang Yaman, Syria, Pakistan dan India. Tak ada pulak saya jumpa orang tempatan bawa teksi.
Semasa umrah ke 3, F yang bawa skuter. Sebelum ni saya yang bawa. Bila dah dekat nak tamat laluan ke 7 untuk saie, ada banyak masa lagi nak tunggu solat magrib.
Tiba2 F cakap…”jom kita sambung lagi dua pusingan” saya angguk sahaja. Seronok pulak naik skuter tu kan…
Esoknya kami buat umrah ke 4. Selesai tawaf dan bila tiba di tempat saie, skuter tak ada. Banyak skuter sedang dicharge. 15 minit menunggu, masih tak ada,
F ajak jalan kaki sahaja. Takut buang masa. Penat sangat. Tiap kali melalui kiosk skuter, saya berhenti tanya. Kalau2 ada sluter. Masih tak ada.
Sampai dah nak habis saie saya, baru lah kiosk skuter dibuka. Orang ramai berbaris. Saya… tak kan nak sewa sebab dah dekat penamat pun. Allahu…
Kalau dengan skuter, saya habiskan saie untuk 30 minit. Dengan berjalan kaki, saya ambil masa satu jam setengah. Sebabnya banyak berehat dan jalan pun terlalu lambat.
Bila azan magrib berkumandang, saie belum habis. Kami berhenti solat dan sambung balik.
Dekat nak isya, baru selesai bertahalul. Dalam perjalanan pulang, saya cakap kat F… “Agaknya Allah bayar cash sebab semalam kita guna skuter lebih dari yang sepatutnya”.
F diam sahaja. Entah dia dengar atau tidak apa yang saya katakan. Jauh di sudut hati, saya rasa bersalah. Moga Allah mengampuni kami.
Untuk umrah ke 5, Allah permudahkan balik. Skuter yang nak disewa pun ada banyak.
Hari ke 7, saya pergi awal ke masjid. Mutawif kata, tawaf wada atau tawaf selamat tinggal tidak diwajibkan sebab pandemik. Hal ini telah diputuskan oleh pihak pembuat fatwa setelah mereka bermuzakarah.
F kata apa salahnya kita buat tawaf wada sebab kita nak tinggalkan tanah suci ini. Entah bila boleh datang lagi. Saya tetap berdoa moga Allah memberikan kesihatan yang baik dan menjemput kami lagi.
Sampai di masjid, kami tak boleh masuk untuk tawaf ground floor sebab laluan tersebut khas untuk umrah. Kami kena naik tingkat satu ikut laluan lain.
Sampai di atas, saya pandang orang sedang tawaf di ground floor. Sayup rasanya sebab pusingan tawaf sangat besar. Bayangkan…
Saya cadangkan naik skuter. Walau pun tak wajib kami rasa nak buat juga. Kata F, kita ni macam datang rumah orang. Jadi, kenalah maklumkan sebelum meninggalkan tuan rumah. Takkan nak pergi macam tu sahaja.
Alhamdulillah. Skuter ada. Orang tak ramai. Kami selesaikan sebaik azan zohor berkumandang. Balik ke hotel, makan dan terus gerak.
Selepas makan tengah hari, kami bergerak menuju ke Madinah.
Lima hari berada di Madinah, saya solat lima waktu di masjid. Saya tidak ikut ziarah luar.
Saya dapat memasuki raudhah 2 kali. Pertama dengan mutawif, ke 2 saya mohon permit dan pergi sendiri.
Nasib F kurang baik. Sewaktu nak ke raudhah seorang diri, dia melepasi pintu masuk pertama tetapi gagal di pintu masuk berikutnya.
Permit raudhah yang saya simpan dalam galeri hp dia tak dapat di kesan. Dia diarah ke ruang solat biasa.
Kata F, dia sangat kecewa namun berpegang pada takdir….” Allah tak izinkan “. Begitulah F bercerita sebaik saya sampai di bilik hotel.
Selain dari kisah2 ibadah saya suka mengambil iktibar dari orang2 yang saya temui sepanjang di tanah suci.
Semasa membuat pembayaran untuk umrah kali ini, saya tidak tahu tentang kesannya jika PCR adalah positif. Saya hanya tahu ketika dah sampai Mekah.
Mungkin itu adalah polisi syarikat atau pun saya yang tidak bertanya. Kumpulan saya ada dua orang positif. Agent tak refund langsung. Hangus… sedehnya hanya Allah yang tahu
Tiga hari sebelum berangkat, dimestikan buat PCR sendiri. Pandai2lah survey harga. Saya kena RM170 seorang. Itu paling murah yang saya jumpa.
Balik dari umrah, saya dapat tahu ada klinik yang hanya ambil RM105 untuk buat PCR. Lagi murah…. aduhhh
Dalam grup saya, ada sepasang jemaah yang usianya lebih 70 tahun. Bersemangat ikut semua ziarah luar. Sempat saya berbual dengan mereka ketika makan.
Itulah pertama kali ke tanah suci, katanya. Tunggu haji pun tak panggil2 lagi. Sibuk jaga cucu tambahnya.
Saya sangat sensitif pasal isu ini. Tak kisahlah kalau ibu bapa sendiri yang sanggup. Sebagai anak, janganlah bebankan ibu bapa. Kesianlah kat mereka. Mujurlah anak2 saya tidak begitu.
Ada satu subuh tu di Madinah saya di sapa pasangan muda …baru kahwin katanya. Dia minta kebenaran untuk isterinya ikut saya sebab kali pertama nak masuk masjid Nabi. Suka saya tengok mereka. Muda2 dah sampai ke tanah suci. Manis jer orangnya.
Saya pesan kat dia, biasanya hari Jumaat ada sujud sajadah. Jadi hati2. Takut nanti, orang lain sujud kita rukuk.
Doa qunut tak ada, tak apa. Sunat jer pun. Solat jenazah akan ada setiap kali selepas solat fardhu. Jadi, bersedialah untuk itu.
Selain itu, saya cerita juga tentang payung di dataran masjid yang akan terbuka selepas solat subuh dan akan tertutup sebelum magrib.
Juga tentang bumbung di dalam masjid yang akan terbuka pada waktu pagi, tertutup sebelum matahari meninggi. Saya sendiri pun dah beberapa kali pergi ada masa tidak sempat melihat keadaan tersebut.
Pada kali ini saya berpeluang melihat pekerja2 sedang berdiri diatas payung yang sedang kembang untuk membersihkannya. Baru saya tahu, teguhnya payung tersebut. Boleh menampung berat orang rupanya.
Pulang dari umrah, banyak versi cerita yang saya dengar. Ada yang tak betul. Jadi, jika kalian berhajat untuk pergi umrah di zaman pandemik ini, bertanyalah pada yang dah pergi.
Ada cerita, kononnya hanya hp apple sahaja yang boleh untuk download apps di Mekah. Salah tu. Hp saya samsung sahaja. Yang penting telefon pintar.
Ada sorang jemaah perempuan kumpulan saya menangis teresak2 sebab tak boleh nak download apps. Mutawif yang tolong tu kata, hp dia tak sesuai sedangkan masa tu 30 orang yang lain dah settle pun download.
Tak tahu lah saya apa kesudahan cerita dia atau bagaimana dia selesaikan masalah tersebut sebab saya tak sampai hati nak tanya. Tapi saya tengok dia ada jer keluar masuk masjid setiap hari.
Tiba di Mekah / Madinah kita tak perlu kuarantin apa2 pun. Terus sahaja lakukan ibadah.
Tiga hari sebelum pulang ke Malaysia, kena buat PCR di hotel. Kena bayar sendiri… 130 riyal seorang. Kalau positif kena kuarantin 2 minggu ditanggung oleh insurans.
Kali ini jemaah tidak dibekalkan air zam2. Itu polisi airport baru Jedah. Tetapi bagasi dibenarkan sehingga 46 kg dengan syarat dua bagasi atau lebih. Takkanlah satu bagasi 46 kg kannnn… sape nak tolong angkat nanti.
Dengar cerita airport Madinah masih bekalkan air zam2 kepada jemaah macam biasa.
Sebelum naik flight untuk pulang ke Malaysia, sebaiknya keluarkan simkad Arab. Aktifkan semula simkad Malaysia.
Jangan jadi macam saya. Sampai di KLIA, saya scan my sejahtera dengan yakin. Dalam telefon, masih simkad Arab.
Selepas settle paspot, kena ke tempat buat swab. Rupa2nya My sejahtera saya tak update apa2 pun. Scan pun tak masuk. Haha…
Di situ ada dua tiga orang staf yang tolong settlekan. Maklumlah kebanyakan orang tua2. Tunjukkan dokumen pdf kuarantin di rumah yang telah diluluskan (isi borang HSO/permohonan kuarantin dirumah semasa di Mekah), pakai gelang pink dan buat PCR di situ.
Lepas dua hari dapat result negatif tapi tak boleh bebas lagi. Hari ke 5, buat PCR lagi. Negatif. Tak boleh bebas juga sebab tarikh kuarantin belum tamat.
Tamat tarikh kuarantin, esoknya baru lah pergi “pusat” untuk potong gelang pink tersebut,
Maka selesailah segala urusan umrah saya bersama F … umrah paling mencabar dalam hidup saya kerana bertemankan covid19.
Wallahualam..
Salam sayang penuh ikhlas dari saya.
– Acik Mah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit