Assalamualaikum. Hai semua. Aku gelarkan diriku Citra. Mungkin luahan ni agak sensitif. Sebab aku buntu. Aku ambil alternatif untuk bercerita disini untuk minta pandangan dan mungkin ada yang tahu bantuan mana aku boleh dapatkan.
Pertama sekali aku ada split disorder dan depression tapi masa proses diagnose tu aku dah berhenti rawatan sebab doktor kurung aku dalam wad untuk uji kaji.
Aku takut, mereka akan buat aku macam aku ni tak waras. Sistem yang entah apa-apa sebab mereka tak alami sendiri, mereka hanya belajar teori. Sebenarnya aku okay je tapi tak fully okay hahaha dan aku juga bekerja.
Aku ada keinginan untuk berkahwin tapi aku rasa aku ada masalah dari segi sexuality, waktu depressed kadang2 ada masa tak rasa langsung untuk ada pasangan, better single dan mostly enjoy cuma kadang rasa sunyi.
Cuma aku rasa aku ni bisexual. Kadang-kadang boleh tergugat tengok perempuan cantik, rasa ghairah membuak-buak bila tengok perempuan seksi,
Tapi side feminine aku tergugat jugak tengok lelaki, tak semua lelaki, lelaki yang aku tertarik sahaja sama juga dengan perempuan, tak semua.
Ada masa contoh seminggu nak period, aku normally akan tengok benda tak senonoh tu biasa setiap bulan dan ada buat onani. Seminggu nak period, seminggu sebelum habis. Aku rasa aku dah tak normal.
Aku takut nak kahwin kalau satu hari nanti suami dapat tahu benda ni. Aku ada wild imagination kepada orang yang aku suka sahaja. Bukan semua orang aku pandang dengan perasaan macam tu. Aku terfikir takkan nak hidup berpura-pura dalam perkahwinan?
Aku cuba baca Al Quran, solat pun selang seli cuba untuk istiqamah macam dulu, aku tahu iman aku dah tak segagah dulu.
Aku cuba untuk tak tinggal solat, seminggu sebelum period tu sangat kritikal, solat memang ke laut. Tapi rasa horny tu datang kuat yang teramat dan tak boleh nak stop.
Aku jadi stress kalau tahan. Aku lepaskan dengan masturbating. Aku tahu ianya dosa, aku takda pilihan, kadang-kadang tu aku rasa badan aku lembik atau lemah,
Aku pernah baca badan kita ada lebihan hormon, lendiran putih tu kena keluarkan dan kalau darurat dibolehkan untuk onani, tapi ini bukan pandangan imam Syafie.
Ada masa sebab hormon, ada masa aku buat sebab depressed, ada masa triggered ikutlah dari bacaan atau video. Bahaya la dunia sekarang ni.
Aku dah tak percaya doktor atau kaunseling. Mereka pernah pecah kepercayaan aku banyak kali. Dah tak tahu nak cari mana bantuan dah. I need a treatment. Aku rasa fikiran aku dh rosak. Tapi masih terkawal.
Haritu ada baca satu confession tentang cara berhenti onani. Aku baca surah Al-Waqiah tu, rasa lain rasa aku kembali pulang ke jalan yang benar.
Tapi tulah, rasa tu kejap je, nanti nak dekat period akan ada rasa horny teruk tu. Sebab tu digalakkan untuk berkahwin. Susahnya lahai nak cari jodoh.
Aku ada trauma yang teruk sejak kecil, membarah sampai besar, tapi tak nak buka cerita trauma tu cuma, adakah aku boleh jadi wanita yang normal semula?
Aku juga terfikir kalau kahwin nanti takut nak ada anak. Takut jadi macam aku, atas dosa2 yang aku dah buat. Aku rasa aku antara orang yang makhruh berkahwin. Sebab ini penyakit dan akan menyusahkan orang.
Kalau ada pun seorang lelaki yang memahami dan menerima tanpa menyakiti aku yang sudah sedia tersakiti ni dan aku berkenan. Entah, macam mustahil. Tapi ada je lelaki yang datang tapi aku tak rasa ngam, bukan sebab totally tetang rupa atau harta..
mungkin semua orang sekarang dah tak kenal erti kemanusiaan dan cinta aku rasa mereka pandang aku hanya sebagai objek dan sebagai alat atau sebab aku cantik. Aku more kepada handsome sebenarnya hahah.
Ada ke lelaki akan mengahwini dan boleh mencintai aku yang bernafsu bisexual?
Aku tertarik melihat saja cuma kadang terbayang jugak aku dengan perempuan, ya jijik sangat jijik aku tahu dan aku jugak suka tengok orang gay ada masa aku jijik dengan diri aku sendiri.. tapi apa boleh buat?
Ada pun suatu harini nanti aku bersuami, pasti aku belajar mencintai suami sahaja, itulah nak mengharapkan seseorang boleh terima kita dan memimpin kita sekarang sangat susah.
Orang nak menerima kita pun susah. Aku rasa diri ni dah tersasar jauh dengan pemikiran cara Barat. Tapi ini bukan sekadar pemikiran, ini termasuk semua faktor, ketagihan, depression, disorder2 yang berkait rapat.
Umumnya benda2, depression, split disorder, sexuality confused ni tak diterima oleh masyarakat, semua akan salahkan lemah iman. Aku dah penat nak cari jalan.
Cuma aku bersyukur, Allah masih melindungi aku, alhamdulillah aku tak pernah terjebak dengan zina, arak, rokok, pergaulan bebas. Doa ibu bapa masih bersama dengan. Aku lemas dalam diri sendiri, nafsu sendiri, perwatakan sendiri itu saja.
Terima kasih admin siarkan cerita aku yang kebingungan dengan diri sendiri ni.
– Citra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit