We Are All Being Judged by Our Social Media

Assalamualaikum para pembaca yang dimuliakan semua. Aku sekadar ingin menulis di sini.

Betapa social media kita memberi first impression orang tentang siapa kita based on our socmed no matter how much we know how fake social media is. Orang tengok sosmed kita untuk tahu siapa kita, kononnya.

Aku bukan anti-social media. Aku ada few medium cuma tak la aktif hari-hari berupdate. Kalau ade update pun mungkin sekadar aktiviti tak bermanfaat aku buat sepanjang hari.

Suami aku plak sejenis conservative in a good way yang melimitkan post di sosmed beliau dan juga sering mengingatkan aku supaya berfikir sebelum post which I’m totally have no problem with it.

Sebabkan aku malas nak fikir, that’s why post pun sendu saja.

Few years ago sebelum zaman covid, aku ada bersembang dengan kawan-kawan.

One of them clarified that dia yakin dia ada better life than her ex,

Sebab bagi dia, ex dia tak pernah post gambar wife or their life sedangkan semua orang boleh tengok kawan aku ni hari-hari ada saja post bercuti sana sini dengan family, rumah yang cantik, kereta yang besar.

Aku tak setuju dengan statement dia sebab laki aku pun tak post muka aku frequently, mungkin sekali saja setahun time raya. Gambar bercuti tak pernah sekali pun beliau post, aku saja yang selalu post.

Adakah aku tak happy. I am more happier and grateful than everyone would know. Aku rasa disturbed how people judge kebahagian orang dengan post-post mereka. Tak post tak bahagia lah? Nonsensenya.

Another contoh melibatkan keluarga terdekat sendiri. Aku ni jarangla post aku makan apa, be it 5 star dine in atau kedai tepi jalan.

One day one of family ada sebut, kalau aku balik kampung memang depa takkan bawak aku makan kedai gerai sebab takut aku tak selesa dan panas.

Aku cuba recall balik adakah aku berlagak diva kat kampung sampai orang ingat aku tak makan kedai tepi jalan.

Aku dan suami selama ni makan kedai mana-mana pun okey saja asalkan sedap, cuma takdelah aku post makan mana dengan caption terpaling zuhud, makan di kedai murah saja.

Makan sedap or mahal pun jarang sangat aku post dah kenapa aku kena cop tak makan kedai murah. Adakah sebab aku tak post pun aku makan kedai biasa macam orang lain?

Lately pulak kes banjir di negara kita ni, janganla kita ingat orang tu tak post pasal banjir dia tak ambil tahu. Mungkin dia tak dapat bantu physically tapi kita tak tahu berapa dia dah sumbangkan senyap-senyap.

Tak perlulah concern dengan kebajikan orang, kalau kau mampu turun kau pergilah tolong tapi tak perlu judge orang yang nampak seperti tak tolong ni.

Betul la apa orang cakap sekarang, takda post pasal keluarga means kau tak bahagia, tak post pasal amal kebajikan means kau ignorance tak tolong orang.

Tak post pasal sedekah derma means kau tak buat semua tu. Tak post kau bercuti means life kau sangat boring tak happening.

Tak post buat kerja means kau mengular. Kalau boleh setiap hari kena email update kerja barulah semua orang tahu kau buat kerja, betol ke? Haha

Cuma aku nak mengingatkan sosmedia ni tersangat fake.

Aku kenal dan tahu kisah orang yang selalu post ayat-ayat manis tapi sebenarnya sedang mencurangi pasangan, she confessed to me dan mintak nasihat aku macam mana nak turn back sebelum terlajak.

Dah bahagia pun (based on her sosmed posting) masih jatuh cinta kat laki orang, macam mana?

Mungkin ada antara kita yang sincerely dengan post kita tu, it’s okey. tapi don’t fall into it too deep okey.

Bak kata suami akak, bahagia atau tidak, hanya kita yang rasa. You don’t need other people to acknowledge your life or tell us how to live it.

Selamat tahun baru semua dan doakan negara kita semakin pulih.

– Red Riding Hood (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *