Aku bahasakan nama aku Lia, seorang gadis yang hampir ke usia 30 an, bekerja di sebuah syarikat swasta.
Ingin aku kongsikan sebuah kisah perhubungan aku dengan seorang lelaki, kawan karib aku, aku namakan dia Zul. Zul sebaya dengan aku, satu sekolah semasa di zaman persekolahan.
Dia seorang yang boleh dikatakan mudah dalam memberikan senyuman dan ringan tulang apabila aku menyatakan memerlukan pertolongan.
Kami mula kenal dengan lebih rapat ketika di alam universiti. By the way, kami belajar di universiti berlainan tetapi dalam satu negeri.
Perihal tentang perasaan, aku kerap dapat rasakan Zul selalu memberi hint yang dia mempunyai perasaan suka terhadap aku.
Tetapi pada masa itu, status kami hanya kawan baik. Kerana sayangkan status itu, aku abaikan hint tersebut.
Bukan itu sahaja, pada masa sama Zul pun ada try gegadis lain tetapi selalu tak jadi di awal jalan.
Sehinggalah pada satu masa, Zul try kawan baik aku sendiri. Sungguh diluar pemikiran akal, hahaha, tetapi kerana sudah mengenali sikapnya, aku hanya memerhati dan memberi sokongan.
Tetapi hubungan itu juga terputus di tengah jalan. Okayla kan dari terputus di awal jalan kan. Dan sebagai kawan karib, aku hanya mampu memberi nasihat dan sokongan ketika dia dilanda kekecewaan.
Aku kerap juga keluar dan spendtime dengan Zul, sama ada dengan dia seorang atau dengan kawan- kawan yang lain. Aku keep anggap dia kawan karib, tidak lebih dari itu.
Sehingga pada suatu hari, Zul melafazkan yang dia ingin serius dengan aku dan ingin mempunyai hubungan yang sah. Aku terkedu.
Terpaku. Kali ini aku betul tak sangka dan marah akan dia. Kerana aku sayang akan hubungan kawan karib ini, aku nyatakan tidak.
Di sudut hati aku yang lebih dalam, aku menolak kerana dia telah lama bermain tarik tali perhubungan dengan aku sehingga aku tidak yakin yang dia betul betul serius atau apa.
Berlaku konflik besar antara kami. Aku sedih, tetapi aku harus melakukan ini untuk menyelamatkan perhubungan ini.
Sehingga seorang kawan kami telah menjadi orang tengah antara kami untuk memastikan final decision dan menjadi saksi. Dia bersungguh sungguh tetapi aku tetap dengan jawapan tidak.
Adakah aku ego? Sehingga hari ni, aku masih tidak ada jawapan. Aku yakin aku menolak kerana aku takut dia tidak serius dan kami kemungkinan akan putus dan hilang bersama persahabtan ini.
Aku sedih. Dia juga sedih. Kami tidak berhubungan seketika. Sehinggalah kami terface to face di sebuah tempat awam, aku melihat dia dengan penuh perasaan rindu dan gembira, tetapi aku tidak menzahirkannya.
Dia yang mulakan perbualan. Dia nampak cool. Aku melemparkan senyuman, dia seperti biasa, murah dengan senyuman.
2 bulan selepas pertemuan itu, aku mendapat khabar ,yang dia bakal bertunang. Aku gembira untuk dia dan pada masa sama sedih dan frust yang amat. Aku kesal. Aku akui, selepas pertemuan terakhir itu, aku mula sayang dan cinta akan dia.
Aku hubungi dia, nyatakan, apakah masih mampu diulang kembali apa yang dia rasakan dulu padaku, dia hanya senyap membisu. Aku kongsikan lagu bertemakan cinta di whatsapp story, Zul reply dengan emoji menangis.
Kami sama-sama menangis. Jelasnya, jalan pertunangan ini akan dia teruskan juga walaupun cinta akan aku masih tebal. Perit aku rasakan tetapi aku tidak mahu menjadi perosak antara mereka. Aku move on dan Zul juga move on.
Berlangsungnya pertunangan dan perkahwinan tersebut, aku terus fokus dengan kehidupan aku walaupun sukar pada awalnya. Aku kerap menggelamun dan sedih tapi aku cuba tunjukkan yang aku ni tetap okay di luar.
Selepas beberapa bulan mereka berkahwin, tetiba Zul ada menghubungi aku beberapa kali, sama ada call atau whatsapp, hanya bertanya khabar dan tanya soal perjalanan hidup aku.
Aku reply endah tak endah kerana aku sedar ini tidak baik untuk aku dan juga Zul. Sekian lama layanan ini,
Zul juga sudah tidak lama menghubungi aku. Sekarang aku hanya melihat Zul dari alam media sosial jika postnya terlintas di news feed.
Ataupun melalui cakap cakap teman kami.
Maafkan aku Zul kerana melukakan kau dulu, bukan sekali aku reject kau, tetapi dua kali, tapi itulah, kau lambat, asyik main tarik tali, masa yang pertama kau confess tu, aku baru berpunya,hahah,
Papepun, aku selalu doakan kau selalu bahagia dengan keluarga tersayang. Doakan aku juga supaya terus berjaya di dunia dan akhirat.
Begitulah sebuah kisah yang kemungkinan ramai juga melaluinya. Pahit rasanya, tetapi kerana cinta, kita berkorban. Kan cinta itu sendiri maksudnya sebuah pengorbanan.
Mungkin bait bait lagu ini memang sesuai untuk kita yang pernah malaluinya :p, ketahuilah, cinta akan orang lain, berkahwin dengan orang lain itu benar,
Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Di saat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon, maafkan aku
Aku menyesal telah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
– Lia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit