Aku Dah Buntu

Assalamualaikum semua. Lama tak tulis diari. Tapi ni bukanlah diari, saja nak share dan minta pendapat semua.

Saya perempuan, umur 27 tahun. Start fikir dan focus soal jodoh, dalam umur 25 lepas habis degree.

Saya tak pernah berkenalan dengan lelaki dan saya tak pernah bercinta. Ada daftar postal cari jodoh masa 2 tahun lepas, dan ada berkenalan dengan seorang lelaki.

Dipendekkan cerita, kami tak pernah berjumpa. Friend kat fb dan chat kat whatsap je. Dia belajar luar negara dan sepanjang berkenalan, dia berada luar negara.

Saya dan keluarga juga sedang menetap luar negara. Kami plan nak jumpa depan-depan hujung tahun ni, sebab ayah saya habis contract dalam hujung tahun ni. Saya dan keluarga akan kembali semula ke malaysia dalam hujung tahun ni.

Begitu juga dengan dia, plan nak balik malaysia dalam hujung tahun ni, sebab dia habis belajar dalam hujung tahun ni. Saya pun sedang melanjutkan pelajaran, dan habis dalam hujung tahun ni juga.

Apa yang saya cerita ni, korang tak pening ke setakat ni? Saya teruskan ya..

Macam mana saya boleh yakin dengan pilihan saya?

Kawan abang saya ada mengenalinya. Ada dua orang. Seorang housemate nya, dan seorang lagi kawan satu daerah/uni. Dan dua orang ni ada cerita serba sedikit mengenai lelaki tu.

Dan setakat ni, semua yang mereka berdua cerita mengenai nya, sama dengan apa yang dia cerita pada saya mengenai dirinya. Jadi, nampak dia jujur lah kat situ.

Dalam 2 3 bulan awal perkenalan, dia yakin nak kawin (masatu dia masih kat malaysia). Selepas tu, dia ada kena panggil sambung belajar, which is luar negara.

Start tu, dia bagitau yang jangan tunggu dia sebab dia nak sambung belajar. Pendek kata, dia tak nak bagi apa2 harapan. Dan lepas tu, kami masih chat hingga lah hujung 2021.

Masa hujung 2021 haritu, saya ada rasa was2, sebab dia tak pernah nak bincang mengenai masa depan. Dan saya tak pasti kenapa. Samada sebab dia masih belajar, atau ada sebab lain.

Dia hanya asyik cakap, tunggu lah jumpa depan-depan nanti, masing2 dah balik malaysia, baru kita bincang pasal semua2. Sebab selalu apa yang dia plan, tak jadi. Jadi dia tak berani nak plan apa2 sebab tak nak saya berharap.

Dua point saya selalu tanya dia :

1) Dia sebenarnya nak atau tak, dan jawapannya nak.

2) Dia dah move on ke tak dengan bekas tunangnya, dan jawapannya ya.

Hujung 2021 haritu, kami berhenti contact. Sebab saya jenis tak contact lelaki kecuali atas sebab tertentu.

Jadi, disebabkan dia tak nak bincang mengenai masa depan dan selalu cakap jangan tunggu dia, saya fikir 2 3 kali nak layan ke tak kalau dia contact. Lastnya, kami berhenti contact hujung 2021 haritu.

Saya hanya nak minta pendapat semua. Apa yang saya buat ni, patut ke tak ye? Sebab saya tak contact lelaki, kecuali atas sebab tertentu (kalau untuk kes dia, atas sebab nak kawin).

Jadi, bila dia tak tunjukkan usaha ke arah tu, pendapat saya, tak perlu contact. Betul ke tak ye, apa yang saya buat?

Saya nak minta pendapat bagi lelaki2 yang kat luar sana. Samada yang berumahtangga atau yang belum berumahtangga. Pendapat anda semua, dia ni sebenarnya nak apa ya? Ada yang sama dengan situasi dia tak?

Saya nak minta pendapat dekat kakak2 juga hehe. Patut tunggu ke tak ye? Dan apa tindakan yang patut dibuat ya?

Untuk sedikit maklumat tambahan, background lelaki tu dan saya tak sama (bukan nak bangga) tapi hanya nak korang nilai. Disini saya senaraikan perbezaan latar belakang kami berdua ya :

1) Ayah saya pensyarah, ayahnya petani dan sudah bersara.

2) Saya master, dia degree.

Rasa nya, dua tu je lah dulu ye. Dia asyik cakap, yang dia tak layak untuk ciri2 yang saya ada. Dia cakap, saya solehah, bijak, hafizah. Dia pula takde apa2.

Bagi saya, lelaki kalau betul nak, kena ada keberanian dan keyakinan. Dan untuk dua ni, dia tak ada. Saya tak pasti, lepas financial nya dah stabil dan dah habis belajar nanti, dia akan datang semula. Atau saya perlu terus tunggu, tanpa kepastian.

Untuk maklumat semua, saya tak pandang sangat soal kewangan lelaki, asalkan ada usaha dan kemahuan untuk cari nafkah.

Saya nilai agama sahaja. Jaga solat, akhlak dengan keluarga, ibu-bapa, kawan dan kanak2 serta jaga pergaulan dengan ajnabi. Dan setakat ni, dia ada ciri2 tu. Tu antara sebab saya pilih dia.

Rasa nya, tu je lah dulu ya. Terima kasih banyak semua yang sudi baca hingga habis.

Tujuan saya tulis ni, saya nak minta pendapat semua. Terima kasih banyak ya. Moga Allah mudahkan urusan semua.

Assalamualaikum :)

– K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *