Isu Wanita Curang

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin andai sudi approve confession saya kali ni. Dan di sini bukanlah saya nak buat apa-apa confession berkenaan isu KRT atau berkaitan.

Maaf sebab saya tak pandai nak susun atur ayat untuk menulis tapi saya suka membaca dari waktu sekolah menengah lagi.

Kalau dulu saya sempat baca beberapa tulisan pandangan orang zaman dahulu yang buat otak kita akan ligat untuk berfikir.

Saya andaikan zaman sekarang saya dah tak jumpa kualiti buku yang setanding dengan apa yang saya pernah baca ketika saya masih remaja.

Agak sedih sebab kebanyakkan buku tersebut hilang sebelum saya ada kesedaran untuk menyimpan.

Lately ni banyak juga isu isteri curang pada pasangan setelah reda isu kecurangan seorang suami.

Dan hasilnya terjadilah pergaduhan yang mana ramai lelaki komen kenapa ea tak ramai yang perempuan yang masuk komen? Yang komen pun sebab tepek iklan… LOL

Baiklah, first time saya baca hadis Nabi Muhammad s.a.w mengenai kelebihan wanita untuk masuk syurga. Solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami.

Apa yang saya nak ceritakan saya tertarik pada ayat menjaga kehormatan. Dan kenapa pula isu menjaga kehormatan berada atas sikit sebelum taat kepada suami?

Alhamdulillah saya dilahirkan dalam kalangan keluarga yang titik beratkan agama, jadi di sekeliling saya belum pernah lagi saya menyaksikan isteri curang kepada suami.

Dan betapa sucinya jiwa masa tu bila saya cakap wanita itu kan fitrah dia setia bila sudah cinta.

Dan masa pun berlalu bilamana dah meningakat ke dewasa, sedikit demi sedikit realiti dunia terhijab. Rupanya memang ada isteri yang curang pada suami dan sebenarnya ramai.

Bermula dengan kisah salah seorang professor di Barat mengesahkan dalam kajian beliau bahawa rahim wanita Muslim merupakan rahim yang paling bersih kerana hanya ada satu sample air mani dan ianya kepunyaan suami mereka sahaja.

Begitulah Islam, bilamana isteri bercerai harus menunggu tempoh iddah untuk bersihkan rahim sebelum menerima kedatangan yang baru.

Pulang ke rumah, professor tersebut buat uji kaji pada isteri beliau dan mendapati terdapat lebih dari satu jenis air mani dalam rahim isteri beliau.

Dan hanya seorang anak dia dalam kalangan empat orang yang lain yang memiliki DNA yang sama dengan beliau.

Disebabkan kajian tersebut professor tersebut memeluk agama Islam. Dari tahun ke tahun, isu isteri curang sebenarnya realiti baik dari barat mahupun sampai ke sini.

Allah lebih tahu berkenaan hambaNya. Dan sebenarnya menjaga kehormatan itu adalah satu ujian besar buat sang isteri.

Sebagai manusia, kita tak boleh halang siapa pun untuk curang kerana curang itu pilihan.

Andai terdapat banyak kelemahan dalam penulisan saya kali ni saya memohon maaf kerana tak dapat nak recall dengan jelas tapi tetaplah benda tu tak pernah hilang dari dalam diri saya.

Saya menulis dengan fakta. Allah dan Rasul dah highlight peringatan buat para kaum wanita salah satunya adalah dengan menjaga maruah.

Allah Maha Adil. Sememangnya akan ada balasan kepada mereka yang dah ada yang HALAL di “rumah” tapi lebih memilih mencari yang HARAM di “luar”.

Nabi Muhammad s.a.w dah pesan cari pasangan yang ada agama.

In Shaa Allah selamat semuanya (akidah, harta benda, keturunan dll)

Sekian…

– Aku dah pamham (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *