Fujoshi

Assalamualaikum, aku just nak confess, mungkin confession ni berguna jugak untuk mak bapak alaf baru ni yang mana anak-anak terdedah dengan internet, gajet dan sebagainya.

First, baca tajuk tu, aku nak terangkan apa tu Fujoshi?

Tu satu terms dalam bahasa jepun yang bermaksud “rotten girl”, senang cerita someone yang baca atau tengok anime atau manga (komik) yang berunsurkan g*y atau man-man relationship,

TETAPI dia bukan sebahagian dari geng pelangi in real life (ok maybe ada tapi aku tak), aku hanya baca atau minat sahaja.

Aku nak cerita macam mana aku terjebak as part of this community. Aku minat anime tapi takdelah sampai cosplay ke atau level otaku (bilik penuh patung anime/ poster dan sebagainya sampai taksub).

Kalau kau tengok aku depan², aku berpakaian normal macam perempuan biasa. NORMAL.

Permulaan aku “ter”-addicted dengan genre shounen-ai (light g*y) atau yaoi (g*y) bilamana aku di”recommend” oleh website yang aku biasa tonton anime.

Masa tu aku dah je hadam satu season anime, and website tu recommend, so since aku tandus nak tengok anime apa, aku tengok recommendation tu sebab aku curious.

Lama-lama aku rasa dia jadi sangat interesting dan menarik. Ya, benda dosa memang menarik.

Walau hanya sekadar lukisan imaginasi manusia, benda tu tetap berdosa, dan aku jadi guilty-pleasure. Masa tengok aku cam fangirling, lepas tengok aku succumb to regret, rasa berdosa.

Aku tahu dia jadi addiction, bilamana aku rasa TAK BEST tengok anime atau baca manga biasa/normal. Aku cam tercarik-carik the “X” factor dalam anime biasa tu (sebenarnya apa aku carik is unsur g*y).

Bila tengok anime biasa, aku akan ada rasa nak ship(pasangkan) satu karakter lelaki dengan karakter lelaki yang lain.

And kemuncak addiction ni bilamana aku terjumpa website yang boleh access this “genre”.

Ya, aku jumpa satu website yang memang specific untuk anime genre tu sahaja.

And ingat tak kat atas tu aku cakap, bila aku tengok anime biasa, aku akan pasang-pasangkan karakter lelaki?

Aku jumpa doujinshi(fan art yang orang buat berinspirasikan anime lain) yang ship pasangan karakter yang aku nak. So yes, nafsu aku puas.

Tapi macam aku cakap, dosa is dosa.

Turning point aku nak buang habit dan addiction ni, bila family aku nak pergi umrah, aku rasa cam takut sangat, takut terima bala kat sana.

So aku berubah, satu benda penting aku rasa sangat membantu, JANGAN DUDUK SORANG-SORANG.

Betul kata orang, dosa yang paling susah nak buang adalah dosa ketika kau sorang-sorang, bila ramai aku normal tapi bila sorang aku fujoshi.

So aku amek inisiatif untuk sentiasa tak sorang-sorang, aku hanya berseorangan bila mandi dan tidur.

Lepastu aku block dan buat safety search kat semua browser aku baik fon atau laptop supaya aku tak jumpa website tu lagi.

Constantly bertaubat, berazam untuk tak ulang dan alhamdulillah sekarang kalau aku sorang dan ada rasa nak tengok atau ulang dosa aku, aku rasa takut dan bersalah. Doakan aku istiqamah jaga nafsu.

Aku harap confession ni boleh bagi pendedahan kat ibubapa moden luar sana agar peka dan prihatin apa yang anak korang tengok atau baca, mungkin anime mungkin juga bukan.

Harap membantu dan doakan aku.

– Na (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *