Aku Shahrul dari Utara. Tahun ini dah berusia 31 tahun dan hari ini genap 80 hari aku berubah dan ubah sikap aku dari buat benda2 mengarut.
Memandangkan aku datang dari keluarga yang banyak masalah dan masalah pun tak putus2 datang cari keluarga aku, banyak perkara yang dah affect kehidupan dan cara pemikiran aku.
Depress, Anxiety dan Suicidal Thought sentiasa berada dalam kepala otak aku.
Masyarakat sentiasa anggap aku normal dan tak sedar beban yang aku tanggung, dan dalam keluarga, aku dididik sentiasa letak keluarga dahulu dihadapan, sebelum perkara lain. Which toll me a lot.
Kecewa dan gagal yang berterusan ni memang boleh membunuh seseorang.
Memandangkan keluarga aku banyak masalah yang aku tak dapat nak ceritakan disini, masa remaja aku lebih banyak berkisar dengan kawan2 sahaja.
Dan, disini aku terjebak dengan ketagihan video tak senonoh. Benda yang paling banyak rosakkan hidup aku dari masa tenaga, pemikiran dan segalanya.
Aku anggap maksiat ini sebagai tempat aku lupakan masalah dunia dan hujungnya bertambah segala bala.
Aku sentiasa cuba berlagak normal dihadapan semua walaupun hakikatnya aku pun tak tahu kenapa aku hidup, aku hidup cuma sebab aku bangun pagi dan belum berhenti bernafas.
Kerja dan gaji pun biasa2 sahaja dan belum berkahwin. Hidup yang tanpa matlamat. PENAT yang bukan pada jasad, tapi pada jiwa.
Tahun lepas, terjadi sesuatu perkara yang ubah hidup aku dalam 1 malam dan mengakibatkan aku kecewa teruk (tak dapat nak ceritakan).
Dan aku yang selama ini selalunya subuh gajah, solat tunggang langgang, hidup yang tidak ketahuan, bangun awal 5.15 pagi setelah 30 tahun hidup untuk cari Tuhan.
Dan dalam masa yang sama, ubah perangai ubah sikap. Kalau dulu aku pernah nak berubah, tapi sentiasa sahaja gagal, yang ajaibnya ketagihan video tak senonoh pun terhenti dalam 1 malam.
Aku pun tak pasti dari mana datangnya kekuatan untuk restrain diri sendiri dan berfikiran positif dan ia berterusan sehingga sekarang.
Agaknya, kekecewaan yang terlampau teruk tu dah trigger positif side dalam diri aku.
Dan pertama kalinya juga dalam hidup, aku ada matlamat hidup untuk diri sendiri, kalau tak, matlamat untuk orang lain, matlamat yang buat aku rasa nak hidup, hidup macam orang lain.
Dan dalam masa 80 hari aku berubah ni, insyaaAllah akan istiqamah, terjadi banyak perkara positif yang aku tak sangka.
Dari 70kg turun kepada 63kg, dapat offer dari company MNC dengan gaji yang agak besar,
Ada gadis yang luahkan perasaan pada aku dan sanggup berkongsi suka duka, depress + anxiety dan suicidal thought yang tiba2 reda dalam hidup aku.
Jalan hidup aku yang dahulunya sempit dah semakin lancar. Rasa ajaib sangat2. Aku rasa aku hidup, hidup yang macam orang lain rasa.
Alhamdulillah dan segala pujian bagi NYA.
Perasaannya seperti batu besar telah diangkat dari dada aku. Besar maknanya usia 30 tahun bagi aku, pemikiran yang matang dan telah dienlighten. Nikmat dari ALLAH mana lagi yang aku nak dustakan.
Nak tulis panjang2 aku pun tak pandai. Mohon semua doakan kesejahteraan aku ya. Azam 2022 ni aku nak senangkan orang tua, perbaiki rumah yang makin uzur, dan nak kahwin.
Dari aku yang baru rasa nak hidup, hidup macam orang lain dan jalani kehidupan macam orang lain.
Dan juga sedang rasa hangatnya dicintai dan mencintai, menyayangi dan disayangi, mohon doakan dipermudahkan urusan kami berdua ya.
-one day or day one, you decide-
– Shahrul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit