Hi, terima kasih admin kalau pengalaman aku diluluskan untuk page IIUM Confession ni.
Aku tergerak nak share pengalaman interview aku lepas aku terbaca confession pengalaman interview someone yang katanya buatkan dia down.
Ok, aku ni lelaki, umur dah 30 dan aku degree dalam bidang corporate administration. Keputusan aku tak gempak, cukup makan je. Tapi pengalaman interview aku almost 3 tahun.
So aku just nak share sedikit sebanyak pengalaman interview aku yang bukan dalam bidang aku.
Maaf sekiranya agak panjang.
First dulu, aku pernah join satu recruitment agency sebagai seorang recruitment consultant. Aku dengan seorang calon perempuan sebagai dua calon final candidate.
Kami berdua lepas bahagian writing skills, typing skills dan lepas interview dengan senior recruitment consultant.
Final step, kami berdua kena buat group interview. Aku dan candidate perempuan tu duduk sebelah sebelah dan interviewer nya adalah managing director agency tu. Seorang wanita berbangsa Singh dan nampak baik.
Lepas masing masing selesai introduction, MD ni tanya soalan dan kami berdua kena jawab based on knowledge kami dan kena pastikan dengan ayat sendiri.
Masa tu, aku dah nervous sebab jawapan calon lagi satu tu memang superb.
Aku terkedu dan aku dapat rasa aku lost battle dengan dia. Perempuan kan selalu menang? Haha. Kidding. So end up, rezeki aku tak ada dalam bidang consultation. Aku redha je.
Satu lagi interview yang aku dapat agak mencabar juga sebab aku di interview oleh seorang berpangkat Dato’.
Aku nervous ye sebab aku takut aku tersalah cakap atau jadi buntu masa interview. Untuk jawatan personal assitant Dato’ tu merangkap setiausaha, merangkap driver.
Interview aku dalam bilik Dato’ tu. Bilik dia besar sangat macam suite hotel. Dalam ada set untuk gym, set untuk berehat dan ada set home theater dalam pejabat dia.
Kau bayangkan, dia psiko aku dengan cara interview aku tapi dia buka TV kat belakang. Aku boleh dengar suara TV masa sesi temuduga tu.
Resume aku pun dia tak pandang sangat pun. Lagi pula masa tengah interview aku, dia boleh on call dengan client , dalam 10 ke 15minit jugalah, aku tunggu dia habis.
Baru dia sambung interview aku. Sama juga hasilnya, aku tak dapat jawatan tu. Aku move on lagi.
Aku juga pernah pergi interview normal, tak ada group, tak ada pressure. Just normal interview. Yang ni sangat pelbagai, dan salah satunya kerja sebagai telesales.
Aku disuruh jual sebatang pen kepada interviewer. Aku pun reka lah. Pen ni unik, ade ciri ciri spesifik murah. Ada free gift. Yang penting, intonasi, gaya kena ada. Dan aku dapat je jawatan tu, tapi aku tolak. Haha.
Aku pernah juga hadir macam-macam interview kerajaan Ged 17, 29, 41. Antaranya, pegawai tadbir diplomatik, pegawai sukan, pegawai penerangan, dll, lagi macam macam ragam.
Apa yang aku nak sampaikan, interview ni sebahagian daripada cabaran. Sebahagian daripada pengalaman.
Tujuan dia juga untuk menapis calon mengikut kriteria yang mereka nak. Aku pun ada makcik dan jiran yang berkerja sebagai penemuduga.
Tips mereka adalah calon kena ada attitude dan peribadi yang positif. Kelayakan tu mostly sebagai syarat je. Tapi dia akan tapis peribadi calon.
So janganlah down bila interviewer macam down kan orang. Macam kutuk tak ada sebab kau layak dapat jawatan ni.
Atau bagitahu kau jawatan tu, confirm kau takkan dapat sebab dah da ada quota. Kau janganlah mengamuk tak bertempat. Mereka sebenarnya menguji.
Kalau kau always positif, always bijak dan pandai tackle soalan, jawatan tu kebiasaannya dalam tangan.
From the moment kau masuk dalam bilik, kau dah diperhati cara duduk, penampilan, cara jalan dan lain-lain.
Memanglah rezeki dah tertulis. Tapi ingat, pembawaan diri kita dalam temuduga sebenarnya adalah peribadi yang kita bawa dalam budaya bekerja kita.
Kalau baran atau penyabar, kalau rasional, atau emotional . Jadi yakinlah rezeki tu memang ada. Jangan nak down sangat. Semoga yang menghadapi temuduga boleh persiapkan diri selengkapnya.
– Ex Job Hunter (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit