Assalamualaikum. Saya harap nukilan ini dapat disiarkan sebagai tanda kasih sayang saya kepada Ma saya.
Ini cerita Ma saya: saya ada seorang Ma, yang kini bergelar arwah. Ma seorang yang garang, tapi hatinya baik. Ma selalu marah kalau saya buat salah, tapi Ma penyayang sebagai seorang ibu.
Ma tak tahu membaca dan menulis, tapi sanggup lakukan apa sahaja supaya anak-anak berjaya. Ma selalu pesan, jangan jadi macam Ma, sekolah sampai darjah 3 saja, pastu berhenti sebab bagi laluan kat adik-adik sekolah.
Masa saya sekolah, setiap kali balik dari sekolah, mesti dah siap nasi dan lauk utk dimakan, cumanya tidak terhidang atas meja, mungkin kerana takut lauk cepat sejuk. Tak pernah saya kelaparan masa balik sekolah. Semuanya tersedia dlm periuk.
Masa saya lepas SPM, saya eksiden patah kaki. Saya tahu Ma marah, kecewa dengan saya sebab saya pergi pekan tak minta kebenaran kat Ma.
Tapi Ma jaga saya kat hospital tanpa meninggalkan saya walau sekejap. Ma buat tanpa merungut. Tak tau la kat belakang saya dia merungut ke.. Hihi..
Kemudian, masa saya mula-mula dapat kerja, Ma pujuk abah supaya bayarkan downpayment kereta saya sebab dia kesian tengok saya naik bas tetiap minggu untuk balik kampung, kadang-kadang kena tinggal kat bas.
Pandai Ma pujuk abah, abah bayar downpayment kereta saya. Kereta Malaysia saja, tapi amat besar harganya bagi saya yang baru setahun bekerja.
Masa saya kahwin, saya tau Ma menangis walaupun Ma tak tunjukkan pada saya airmatanya. Mungkin Ma sedih sebab saya akan ikut suami saya ke negeri lain.
Saya tak sempat berada lama dengan Ma setelah saya bekerja, hanya setahun setengah, kemudian saya kawin dan ikut suami ke negeri lain.
Oh ye.. Saya ada dua orang abang yang dah kahwin, saya sorang anak perempuan Ma. Abang sulung rumah dia sebelah rumah Ma saja. Abang nombor dua pula tinggal kat daerah sebelah saja. Kakak-kakak ipar saya pun baik dengan saya dan Ma.
Masa saya nak bersalinkan kat Rasya, Ma datang rumah sewa saya untuk tunggu saya dari sebelum bersalin hingga 9 hari selepas saya bersalin.
Ma jaga saya kat hospital masa saya bersalin, Ma uruskan segala-gala berkaitan baby. Suami saya bantu Ma uruskan saya dan baby.
Hari ke-9 selepas bersalin, suami hantar saya dan Ma balik kampung, kerana suami perlu bekerja yang tak tentu masa kerana suami kerja badan beruniform.
Ma hadiahkan rantai kepada cucu prempuannya, kerana semua cucu perempuan dia bagi rantai walaupun hanya kecik. Dia tahu kot saya dan suami tak mampu lagi beli rantai emas untuk anak kami, sebab masa tu gaji kami suami isteri gaji tak besar mana.
Dua tahun kemudian, saya mengalami keguguran. Masa saya keguguran anak ke-2, Ma datang KL dengan bas seorang diri semata-mata nak jaga saya.
Ma kata, abah bagi kebenaran dia datang jaga saya, manakala abah kena jaga kebun pisang dia kat kampung. Tak terucap dengan kata-kata jasa dan pengorbanan Ma.
Masa say bersalin kat Hazim pula, Ma dah tak berapa larat nak datang jaga saya kat KL.
Hari ke-4 lepas bersalin, saya minta suami hantar saya balik kampung untuk berpantang dengan Ma. Walaupun saya tahu suami boleh jaga, tapi keindahan tetap bersama Ma.
Ma jaga saya dan baby 100%. Waktu Hazim tak nak tidur malam, Ma akan berjaga bersama saya. Waktu Hazim menangis kembung perut, Ma yang gosok. Hazim nak tidur dalam pelukan, Ma yang peluk. Everything is Ma!!
Ya, Hazim banyak perangai sikit masa baby nak banding kan dengan kakaknya, Rasya.
Lepas abah meninggal, sebulan Ma datang duduk rumah saya, saya seronok sangat-sangat. Masa ni saya dah pindah duduk rumah sendiri yang saya beli di negeri suami di utara.
Rupanya itu kali terakhir Ma datang sini. Sebulan lepas Ma balik dari rumah saya, Ma mula sakit. Ma memang dah lama ada penyakit kencing manis, tapi terkawal sebab Ma memang makan ubat hospital ikut aturan.
Tapi.. masa Ma sakit, saya sempat jaga Ma kat hospital sekejap saja. Saya sempat mencuci najis Ma 2 kali sahaja. Saya jaga Ma kat hospital 1 malam sahaja. Semuanya gara-gara saya nak final exam pengajian sarjana.
Pada pagi exam saya, Ma telah pergi selama-lamanya. Terima kasih kepada kedua-dua kakak ipar saya yang sangat baik hati, menjaga Ma sehingga akhir hayat. Ma sakit seminggu selepas keluar wad sebelum meninggal.
Masa saya bersalin kat Rayyan, Ma dah tak ada lagi untuk menjaga saya. Rindunya berpantang bersama Ma. Suami jaga tak sama macam Ma jaga. Lain sangat walaupun suami jaga saya elok.
Ma membebel kalau saya makan sebelum barut perut, nanti perut buncit katanya. Tapi suami tak pernah membebel even saya lambat barut perut.
Ma everything. Hingga sekarang saya tak nak bersalin lagi sebab Ma dah tak ada untuk jaga saya. Hihi.. Alasan saja.
Sebenarnya, saya rasa saya dah tua untuk ada anak kecik, dah Umur 40 pun. Saya ingat pesanan Ma sampai sekarang: kalau Ma dah tak ada nanti, baliklah kampung.
Duduk rumah abang long.. insyaAllah Ma. Rumah pusaka arwah Ma dan abah bagi orang sewa, sebab abang long dan kak long tak sempat nak jaga rumah tu.
Setiap kali masuk waktu solat, Ma tak pernah lupa bertanya tentang solat saya, dah solat ke belum. Hatta saya dah ada suami dan anak. Solat suami saya pun Ma tanya jugak, tapi dia tanya melalui saya, takut menantu kecil hati kot.. Haha..
Semoga Ma tenang disana. Al-fatihah untuk Ma dan abah… Rindu sangat Ma dan abah. walaupun Ma dan abah selalu begaduh, rupanya sehidup semati.. Ma menyusul abah selepas 6 bulan abah pergi. Sekian..
– Anak Ma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit