Sisi Gelap Penjawat Awam

Assalamualaikum pembaca budiman. Aku ada terbaca kisah wanita berpurdah toxic di tempat kerja.

Sesungguhnya fitnah diakhir zaman itu benar. Dan aku ucapkan tahniah pada dia sebab berjaya tukar tempat kerja dan semoga beliau gembira dan dipermudahkan urusan ditempat baru.

Aku perkenalkan diri aku sebagai seorang wanita yang biasa2. Kerja penjawat awam dengan pangkat bawahan yang biasa-biasa.

Bagi aku, aku bersyukur dengan kerja yang aku ada, keluarga yang ada, kawan-kawan rapat yang ada.

Aku tak ramai kawan tapi aku akan pastikan kawan aku tu bukan bermuka-muka. Aku seorang yang boleh kesana kesini keseorangan dan boleh bekerja dalam keadaan lone ranger.

Disebabkan aku cepat jemu dengan suasana kerja yang lama, aku target untuk kerja disuatu tempat tu 3 tahun sahaja. Lepas tu aku dah jemu dan akan cuba untuk mintak ditukarkan ketempat yang lain.

Sebelum ni aku dah kerja 5 tahun ditempat lama. Tahun ke 4 aku dah mintak tukar tapi susah nak dapat.

Jadi bila dapat tukar tu merupakan keseronokan buat aku. Aku agak excited masuk ke tempat baru.

Pada mulanya kerja ditempat baru agak penat Tapi disebabkan aku enjoy semua tak lah susah mana.

Cerita bermula bila aku dah penat balik kerja tertidur,aku dikejutkan panggilan telefon dari orang asing. Rupanya panggilan tu dari big bos aku disitu.

Beliau mengatakan bahawa kawan aku telah membuat cerita tentang kehidupan peribadi beliau dan mengaitkan nama aku dalam cerita tersebut.

Memang terkejut beruklah aku. Sebab seumur hidup aku tak pernah nak campur dalam hal kehidupan orang.

Of course lah aku tak mengaku dan takda bukti pun nak dikaitkan aku dengan cerita tersebut. Kawan aku ni pulak memang terkenal dengan mulut suka menyebar cerita dan pandai mereka cerita. So tak mustahil lah sesiapa pun boleh terpalit dan terpedaya.

Disebabkan aku mati-mati tak mengaku dan takda bukti nak dikaitkan dengan aku jadi bos aku salahkan kawan aku yang bingai ni punca kepada segalanya dan dia ditukarkan ketempat lain.

Tapi sebelum tu teruk jugak aku kena maki dengan bos disebabkan mulut puaka member aku ni.

Disebabkan kejadian itu aku dah tawar hati nak kerja situ. Aku tak sangka big bos yang aku hormati boleh termakan kata-kata mulut member aku ni. Sedangkan sebelum aku kerja situ pun dah ada kes lain pasal mulut dia.

Aku malas nak ulas bab yang berkait dengan diri aku sebab bagi aku tu hal peribadi dan memalukan.

Disebabkan kes ni aku cuba mesej big bos aku personal secara baik aku nak mintak tukar ke tempat lain. Tapi dia suruh aku mintak melalui hq.

So aku pun oklah aku panjat hq hantar surat.

Tapi dalam masa yang sama aku masih bekerja. Masih ikut arahan dan kerja diam-diam walaupun aku tau aku dah tak happy kerja situ. Aku cuma fikir pergi kerja buat kerja,habis kerja balik hujung bulan dapar gaji.

Setelah hampir beberapa bulan lamanya, terjadi perselisihan paham dalam group whatsapp. Puncanya aku dah lama bersabar dengan salah seorang kaki bodek big bos ni.

Kau bayangkan kalau mood dia tak ok, dia akan cari salah kau walaupun kau tak kacau hidup dia. Pendek kata semua orang kat situ dia dah cari pasal.

Tapi disebabkan orang malas nak gaduh orang pun diamkan je dengan perangai dia. Dia pun taklah berpangkat besar pun tapi besar kepala. Sebab dia tau akan ada orang yang akan back up dia kalau terjadi apa-apa.

Disebabkan dia,aku jadi hilang sabar dan berlawan balas cakap dengan big bos aku dalam group whatsapp.

Kau bayangkan orang dah penat kerja, member nak cover tak cukup, nak cuti pun susah, still dia cabar aku dengan cari kesalahan aku. Bila dah tercabar dan hilang kesabaran memang aku menjawab juga lah dalam group wassap tu.

Tapi still aku tahan maki dan aku tahan mulut aku dari keluarkan kata-kata yang tidak enak. Big bos aku macam biasa bela orang yang kipas dia. Macam-macam tuduhan dilemparkan kepada aku yang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Aku cuma ingatkan dia aku ada mintak tukar dengan cara yang elok dan aku masih lagi kerja ikut arahan.

Tapi akhirnya dia keluarkan ayat yang dengan caption yang besar ingatkan aku supaya jangan campur hal rumahtangga orang dengan perkataan yang mengakitkan hati.

Means dia pun tak lupa kes lama yang mengaitkan aku. Tapi waktu tu aku dah tak balas dalam group. Aku stop sebab aku tau tak guna aku lawan cakap dengan orang macam tu.

Dalam group kerja dan semua orang tengok dan baca dia sanggup jatuhkan maruah aku.

Sedangkan kalau ikut profesional kau tak perlu malukan aku dalam group kerja. Dahlah takda bukti kau tuduh aku macam-macam.

So korang boleh nilaikan sendiri sisi gelap penjawat awam. Tidak semuanya indah ye. Dan buli ditempat kerja itu benar. Bukan dialam persekolahan sahaja.

Nak dilawan bos, nak mintak tukar tempat lain kena melalui dia. Kita report ke pihak atasan silap-silap kita pun boleh kena. Nak viralkan pun jadi kesalahan sebab sebarkan salahlaku penjawat awam di tempat kerja.

Aku tak depress pun. Tapi Aku percaya akan hukum tuhan. Dunia ni bulat. Tuhan tu tak pernah tidur. Orang macam aku yang pegi kerja balik kerja tak ganggu hidup orang pun boleh kena inikan orang yang tak berani bersuara.

Lagipun bila diingat balik, bagi aku dia yang tak profesional. Memalukan diri sendiri bukak aib sendiri, sanggup kaitkan hal peribadi dia untuk serang aku.

Kalau kau baca tulisan dia memang kau takkan percaya dia seorang big bos yang berpelajaran tinggi dan berpangkat besar.

Macam budak2 umur 17 tahun je.

Dia pulak lelaki yang Allah taala bagi akal 9 untuk fikir. Tu pun aku tak boleh brain.

Aku boleh je screen shot semua hinaan big bos tu pada aku dan adukan ke pihak atasan tapi silap-silap aku yang akan kena balik.

Pernah pengalaman member aku sendiri report ke pihak pihak polis dan pihak atasan sebab dia kena gangguan seks dari kawan lelaki sekerja. Ada bukti perbualan whatsapp.

Tapi akhirnya dia dipaksa untuk mengaku yang dia pun mengatal jugak. Jadi kes tutup. Padahal ada bukti. Tapi disebabkan mungkin laki tu ada kabel kuat jadi selamat dan tak dikenakan tindakan tatatertib.

Jadi dimana keadilan untuk kami yang berjawatan rendah ni untuk melawan pihak atasan????

Dah lah penat nak fikirkan kehidupan yang sentiasa mendesak ni. Nak dilawan bos banyak benda jugak nak kena buat.

Mental dan fizikal kena kuat.

Aku selalu terfikir untuk resign dan keluar dari tempat toxic macam ni. Tapi biasalah kita ni mentimun. Harta tak banyak. Hutang menimbun. Tapi aku kena bersabar dan cuba cari jalan lain untuk aku dapat punca rezeki yang lain.

Untuk seketika aku terpaksa bersabar dengan dugaan hidup yang aku lalui ni. Kau orang doakan aku supaya aku dapat lalui benda ni dan diberi kesabaran yang tinggi untuk aku hadap.

Doakan juga perangai toxic tu tak berjangkit kat aku sampai bila-bila. Aku percaya akan ada kehidupan yang baik untuk aku diluar sana selagi mana aku tak menganiaya orang.
Terima kasih kerana sudi baca.

Wallahualam…

– Jaja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *