Nama aku Minah. Seperti yang tajuk dipaparkan, aku nak tulis sedikit tentang hidup aku yang aku nak kongsi pada semua orang yang selalu dicanang kehidupan selepas berkahwin adalah sesuatu yang menakutkan.
Dan aku rasa sini adalah platform dimana bila aku kongsi, kau takkan kenal aku siapa. Lagi2 yang ingin aku kongsikan adalah tentang kehidupan aku selepas berkahwin.
Aku adalah ibu anak 2. Kedua2nya lelaki dan suami aku hanyalah orang yang biasa2 sahaja dan kerjanya pun biasa2 juga.Rumah kami kecil sahaja dan ada sebiji kereta jenama tempatan tapi cukup la nak ini kami 4 beranak.
Aku orang yang tak pandai tunjuk kebahagian aku dimedia sosial sebab aku pegang prinsip kebahgiaan tak semestinya ditayang. Lagi2 kalau aku bagitau aku bahagia disamping lelaki yang biasa2 pun tetap babi boleh sondol.
Aku suka nak ceritakan bahagia dengan cara aku sebbnya, mana tau kalau korang boleh tiru cara ni. kalau aku stress kat tempat kerja, aku selalu terbayangkan apa yang kami dan anak2 buat kat rumah.
Contohnya, malam semalam laki aku ambil whudu time maghrib. Lepastu aku pergi la kan kacau dia konon konon nak batalkan whudu’ dia.
Tengah kacau2, sekali tersentuh. (sebab kau sampai rumah awal, so aku maghrib siap2 untuk prepare makan malam).
Jadinya laki aku ni kalau dah situasi macam tu, alang2 dah terbatal tu, memang misi dia akan geletek aku sampai aku terkencing la kan.
Situasi tu anak2 aku yang kecik2 ni akan join sekali sebab laki aku ajak diorang.
Berbalik pasal kisah aku strees kat tempat kerja, bila aku ingtkan tu aku terus tergelak sendiri. Senyum sendiri dan automatik strees aku terkawal.
Terkadang, sebelum tidur, kami suami isteri akan selalu cerita masalah di tempat kerja, pendek kata kengkadang kami laki bini mengumpat la cumanya benda tu adalah diantara kami.
Bila cerita pasal orang tu orang ni, jadi lawak. kami akan gelakkan sampai katil bergegar2.
Kengkadang gelak tu sampai terbatuk tak boleh berenti punyalah teruk tahap kami mengutuk si polan sipolan.
Macam aku beritahu tadi, antara kami berdua sahaja. Itu je cara kami hiburkan hati sebab kami tak ada masa nak me time minum kopi stabak makan roti gulung perancis dan hirup udara segar.
Aku ade perangai yang boleh buat laki aku naik angin. Contohnya kalau buka seluar mesti bergulung sekali dengan seluar kecik aku. So, benda tu triger la kan, boleh cari gaduh. Macam biasa,’ besar kesilapan ku, besar lagi kesilapan mu’.
Aku menang hanya ungkit kesilapan yang dia buat 2 hari lepas hanya kerana lupa cuci pinggan lepas makan. Jadinyah, gaduh kami mengomel2 lepastu dia akan kata, cakap depan2 la. Ape hal cakap belakang2. Tak gentle. Aku kutuk la dia.
Dia pun kutuk aku balik. Gaduh mulut nanti hanya reda dengan diam. Tak tegur dan tarik muka. Korang nak tau baik masa bila?
Baik bila anak2 buat hal ataupun ada antara kami yang ajak makan ke, hulur gula2 ke. Mestilah kita bertegur sapa kan?
Lepastu hilang lah masalah gaduh tadi. Dan benda tu akan berulang lagi, argue, ungkit mengungkit bila antara kami buat hal sampailah abang jamil mampus. Kadang2 benda nilah modal untuk aku buat lawak nanti aku dok kutuk muka dia kalau gaduh.
Itu sajelah aku nak cerita tentang isi rumah aku yang b40 ni. untuk korang2 yang dah kawin, tak salah untuk buat salah bagi memeriahkan suasana dalam rumah. Kita semua manusia dan cara tersendiri membahagiakan diri serta pasangan.
Kalau aku teringat kutuk mengutuk, gelak ketawa, gelagat anak aku pelat sebut nak mandi jadi nak mati, semua punca pengikat kasih sayang aku dari tinggalkan keluarga dan cari kebahgiaan diluar. Ada je aku keluar dengan kengkawan tapi setahun adalah dalam 2x.
Sebab suami aku dah boleh jadi kawan, suami dan pendengar yang baik. Jadinyah aku bersyukur tuhan kurniakan aku suami yang baik dan memahami walaupun kadang2 jenuh nak terangkan.
Lagi 1 aku nak kasitau. Suami aku tak hensem dan aku pun bukan ada rupa. Jadi tagline tak hensem tak apa janji kaya tu ade sikit bergunalah pada laki aku tu.
Korang doakan2 la supaya rumah tangga aku tak diuji pergolakkan melainkan mati memisahkan. Yelah hati dia dengan hati aku Allah yang pegang.
Tapi kami cuba sebaiknya untuk bahagia cara kami kerana latarbelakang keluarga kami bukan lah dari cerita yang baik untuk dicontohi melainkan kami sendiri usaha untuk tidak kearah keluarga yang kacau bilau.
Para pembaca juga insyaAllah terima cerita ni dari sudut positif sisi kami yang serba kurang.
Aku juga doakan korang juga berjumpa jodoh dengan manusia baik dan bertolak ansur seperti suami aku. Yang penting bukan suami aku yek.
– Minah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit