Hai, aku Miss Pemalu! Suatu ketika dulu aku pernah confess tentang “Couple- budaya salah yang dianggap lumrah.”
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=979436095472539&id=729187373830747&__tn__=-R
Lama dah. Aku menulis dari sudut pandang gadis yang dalam lingkungan umur kawan-kawan tengah galak hantar kad jemputan.
Tapi sebab pemalunya aku, aku masih lagi dalam golongan gadis yang belum ada couple. Masa zaman sekolah, aku memang teringin sangat nak ada couple.
Nak rasa bagaimana mencintai dan dicintai. Nak rasa bagaimana saat bertentang mata, jantung berdebar, hati berbunga-bunga lalu terbang jauh ke alam bahagia. Ala, macam drama atau novel-novel tu.
Lagipun biasalah kan. Tak couple macam mana nak kenal. Tak kenal macam mana nak kahwin. Ye tak?
Tapi bila aku beransur dewasa, aku nampak yang couple ni adalah salah satu cara untuk meragut rasa malu pada jantina berlainan. Pernah dengar, Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang tinggi sifat pemalunya.
Bahkan lebih malu berbanding anak dara yang baru dikahwinkan dengan suami yang tidak dikenalinya. Malah malu tu dianggap sebahagian daripada agama.
Dalam diri kita, Allah dah install satu perisai. Contoh budak kecil yang tak tahu apa-apa pun, bila disentuh pada bahagian sulit atau bahagian yang tak sepatutnya, dia akan rasa tak selesa, rasa nak elak, rasa nak nangis.
Tapi mungkin sebab tak diajar, dan sebab si pedophile tu orang yang dia percaya, dia jadi keliru dan tak buat apa-apa.
Kalau budak-budak pun ada rasa macam tu, apatah lagi kita yang dewasa ni. Kalau ada orang yang kita tak kenal tiba-tiba pegang tangan kita (lain jantina) mesti kita rasa nak tepis dan marah kan. Tapi kalau yang pegang tu bf/ gf, kita lenient.
Mula-mula memang akan rasa macam ada karen.. zrgtttttt. Ada rasa bersalah, rasa takut. Tetapi dibuai janji-janji manis, lebih-lebih lagi oleh lelaki yang dah berjanji untuk sehidup semati dengan kita,
Kita pun fikir, tak apa la, nanti kahwin dengan dia juga. Kawan aku pernah cerita, masa nak lintas jalan, bf dia pegang tangan dia.
Sekejap saja la. Masa tu memang ada rasa bersalah, tapi dalam masa yang sama rasa dilindungi, rasa disayangi, rasa best. Dan rasa yang dia paling takut, dia rasa nak pegang lagi hehe.
Benda dosa yang dianggap tak apa, pegang tangan contohnya, akhirnya tak akan lagi rasa dosa. Lama-lama timbul seronok. Lebih lama rasa nak explore lebih sikit, lebih sikit.
Bila mana ada ruang dan peluang, ditambah lagi dengan faktor luar seperti pengaruh rakan dan pornografi serta lemahnya iman, dosa besar yang sebelum ni kita tak terfikir pun untuk buat, akhirnya terjebak juga.
Bila dah terjebak, lama-lama jadi kebiasaan. Perkara yang biasa dibuat, bila tak dapat, jadi ketagih. Lalu bertambah la persundalan dalam masyarakat kita hari ni.
Dan inilah yang berlaku dalam masyarakat kita hari ni. Zina berleluasa, salah satu petanda kita telah makin dekat dengan kiamat. Salah satu punca utama, couple.
Faktor lain termasuk pelacuran, sumbang mahram, rogol/liwat, atau kes pedofil yang mana mangsa ni bila dah di gromming, lama-lama diorang akan jadi ketagih dan bertukar-tukar pasangan untuk berzina.
Statistik telah membuktikannya, di mana bilangan anak zina makin tahun makin bertambah. Yang pernah sekali termengandung, tengok-tengok lepas tu mengandung lagi. Macam tak pernah serik.
Tinjauan penceramah-penceramah di sekolah pun menyatakan, nak jumpa anak-anak muda zaman ini yang masih suci dan teruna, bukan senang.
Ada juga pengakuan seorang lelaki yang menyatakan anak muda di ibu kota, tipu jika kata masih teruna. Entahlah, mungkin dia bercakap dalam lingkungan diri dia sendiri. Aku percaya yang masih baik tu banyak.
Melihat budak-budak zaman sekarang , maaf la, nampak sangat kurang malunya. Zaman aku dulu, jarang nak tengok murid lelaki perempuan jalan beriringan dalam kawasan sekolah. Kalau ada mesti kena ejek, kena usik.
Zaman sekarang benda tu dah jadi sangat-sangat la biasa. Bertepuk tampar pun macam sesama jantina saja dibuatnya.
Aku faham, naluri nak diterima, nak disayangi dan menyayangi antara lain jantina. Aku faham keterujaaan di awal umur remaja ni bila melibatkan hubungan dengan jantina yang berbeza.
Tapi jika seawal usia sekolah telah kamu semai naluri ini, telah kamu rasai kemanisannya, apa lagi yang tinggal selepas perkahwinan nanti?
Yakinkah kamu hubungan kamu boleh bertahan selama itu sehingga kamu telah benar-benar bersedia untuk berumah tangga?
Yakinkah kamu mampu menjinakkan nafsu selama itu sedangkan hari-hari kamu keluar berdua, kadangkala hingga ke lewat malam, disambung lagi dengan panggilan telefon yang penuh bujuk rayu manja?
Di masa yang sama jangan dilupa pihak ketiga yang tak pernah putus asa untuk menyesatkan anak Adam.
Aku pun tak la mengatakan perlu kahwin tanpa suka, tanpa kenal, tanpa ada keserasian semua tu. Tapi bila suatu hubungan murni yang bermatlamatkan pernikahan dimulakan dengan percintaan, kadang kala pelbagai red flag pun kita letak tepi.
Paling-paling kita anggap, lepas kahwin berubah la tu. Hilang semua rasional, seolah-olah cinta kita terlalu agung hingga perangai yang dah berpuluh tahun mak bapak dia cuba ajar pun tak makan ajar, tiba-tiba kita boleh ubah pasangan kita.
Ataupun setelah bertahun-tahun kita menyemai kasih sayang, sampai usia yang sesuai nak berkahwin baru kita berbincang tentang hal lepas kahwin.
Dan baru masa tu kita tahu yang pasangan kita memang jenis yang nak duduk dengan family sendiri walaupun lepas dah kahwin, walaupun benda tu bertentangan dengan prinsip kita, tapi sebab dah bertahun-tahun bercinta, tak kan nak putus sebab benda ni saja.
Akhirnya lepas berkahwin, baru kita tahu benda yang kita mungkin anggap remeh tu, yang dulu kita rasa boleh tolerate sebelum ni, akhirnya benda tu juga yang boleh bawa rebah dalam sesebuah perkahwinan tu.
Cuba bayangkan, seseorang yang dah biasa bercouple, bertahun-tahun terbiasa ada orang wish sweet-sweet, beri macam-macam, cakap lembut-lembut, beri perhatian penuh, teruja bila jumpa, rindu bila jauh, angau, teringat-ingat.
Bila berkahwin, lama kelamaan semua tu akan hilang, jadi sesuatu yang biasa. Jumpa hari-hari, tak lagi teruja. Pakai depan pasangan pun apa yang boleh saja. Waktu ni tanggungjawab dan realiti hidup akan take part.
Ekonomi keluarga, anak-anak, keluarga sendiri dan mertua semuanya perlu dijaga. Tapi ada sesetengah manusia ni yang masih tak boleh move on dan masih inginkan sesuatu yang sama seperti ‘rasa bercinta’ dulu.
Ni lah yang banyak jadi punca curang dalam rumah tangga. Ada isteri yang beri alasan curang kerana suami kurang perhatian.
Ada suami yang curang bila isteri tak ada di sisi, atau ketika isteri sedang sibuk adapt dengan perkara baru dalam hidup, contoh mengandung dan pantang.
Bukan sikit kes suami curang waktu ni. Tapi untuk orang yang boleh hidup sendiri, boleh sunyi, boleh tahan diri dari couple, insyaAllah naluri nak ‘rasa bercinta’ tu dia boleh handle.
And last, wahai gadis, tiraikan malumu sebagai perisai. Ingatlah di luar sana, ramai fuckboy, tak kira bujang atau suami orang yang penuh dengan kata-kata manis, perhatian dan kasih sayang melimpah ruah hanya untuk menjerat kamu dengan cintanya.
Jangan diingat cintanya sejati bila yang diharap hanyalah body. Mungkin bagi kamu merelakan itu bukti cinta, tapi bagi mereka, kamu hanya perempuan murah yang dengan mudah menyerah diri pada lelaki. Jika dengan mereka boleh, pasti dengan lelaki lain pun sama.
Aku terpanggil untuk menulis ni pun bila baca banyak sangat kes gadis terlanjur dengan bf, kisah curang dan skandal suami isteri. Generally semuanya bermula dengan tak jaga ikhtilat, couple dan akhirnya terlanjur
Wahai pasangan bercinta, couple yang kamu anggap biasa ini bukan ajaran daripada agama kita. Perasaan cinta tak salah. Aktiviti menyemai cinta itu yang harus dijaga.
Jangan berdua-duaan, contact hanya untuk perkara yang perlu, jangan laburkan kasih sayang tanpa belah bahagi pada yang belum tentu menjadi milikmu.
Jaga jarak bila berhadapan, jaga pandangan. Jangan dimulakan sentuhan walau dengan sekecil-kecil perkara yang kamu anggap sweet seperti cuit pipi, sentuh bahu, pegang tangan.
Tanda akhir zaman semakin banyak. Biarlah menjadi golongan sedikit yang dianggap kolot ‘tak pernah couple’ asalkan kita mendapat redhaNya, tujuan utama hidup kita
– Akak anak dua a.k.a Cik Pemalu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit