Hi semua. Tergerak untuk menulis disebabkan kisah si purdah dan sisi gelap penjawat awam. Aku juga salah seorang mangsa kepada si mulut puaka. Nama aku Didi.
https://iiumc.com/fitnah-dari-si-purdah/
https://iiumc.com/sisi-gelap-penjawat-awam/
Aku bekerja di salah sebuah syarikat multinasional yang agak terkenal. Mula masuk, bukan saja dipalau, takde seorang pun yang senyum,
Well, kita pakai mask but kita masih boleh tahu orang senyum atau tak kan? Ya aku faham aku baru, jadi aku taklah ambil hati.
Hari demi hari, aku beranikan diri bertegur sapa tapi masih mengawal perbualan, lawak jenaka atau isu. Sebab aku perhatikan ada seorang staf ni memang sejenis mulut puaka.
Semua orang dia kutuk, hal laki bini orang lain termasuk penyelia, boss, pakai apa makan apa atau pergi ke mana, semualah takkan terlepas daripada umpatan dia termasuklah aku yang baru ni.
Aku pernah dengar sendiri, ada yang kawan2 lain ceritakan tapi aku abaikan sebab fikir “dia memang begitu” dan ayat itulah yang semua staf gunapakai bila ada isu disebabkan dia.
Jadi dia dah rasa kebal, dia rasa dia senior lama yang semua staf wajib hormat dan kena ketawa bersama sekiranya dia buat lawak bodoh.
Kalau tak, kau bukan geng dia. Kelakar kan? Kerja tak buat sangat, yang dia tahu cuma makan2, menempel di meja staf lain, mengumpat dan membawang.
Aku memang tak pernah rapat, tak terlintas nak masuk dalam ‘geng’ dia yang sejenis tengok orang atas bawah, sebab aku fikir aku datang kerja untuk buat kerja, aku dibayar untuk itu.
Walaupun begitu, aku masih bertegur untuk tanya hal kerja, dijawab acuh tak acuh.
Kasihan staf baru, kalau diam dikata sombong tak bercampur, kalau ditanya soalan, dikata soalan bodoh nama saja ada degree master bagai, tapi kerja tak reti,
Kalau cuba tegur borak ketawa, mesti dipalau, dijeling, atau 1 group akan diam. Bila dah terlalu penat nak berasa hati, aku malas dah.
Takpelah nak cakap kutuk umpat, asalkan kerja aku jalan. Alhamdulillah setelah beberapa bulan bekerja, aku semakin mahir dengan skop kerja aku.
Yang mana tak faham, aku akan tanya dengan kakak/ abang senior yang tampak baik dan tidak sombong.
Kalau aku terlalu peduli tentang staf mulut puaka tadi, memang sakit hati boleh buat gocoh, tapi aku sabar aku tenang aku chill saja.
Aku pergi makan pun sorang, duduk meja aku takde siapa nak borak pun aku okay, better macam tu sebab lebih cepat kerja aku siap bila kurang gangguan ni.
Aku tak kisah dikutuk sebab berkawan dengan makcik2 cleaner, akak kerani yang dah berumur atau guard. Sebab semua ni baik, tak pernah judge, walaupun diorang awalnya segan bila aku tegur.
Pada aku, jawatan yang ada tu pinjaman. Tinggi mana pun, kalau takde adab, baik kau jadi batu kikir.
Sampailah satu hari, terjadi satu isu yang disebabkan oleh si mulut puaka tadi. Dikaitkan pula aku. Masa tu aku takde kat pejabat, aku mc.
Aku dituduh sebagai punca keretakan hubungan boss aku dan isterinya sebab masa tu memang satu pejabat tahu isteri boss pernah datang pejabat dan mengamuk sebab boss aku ada skandal.
Aku tahu daripada staf lain keesokan harinya, remuk hati aku, mentang2 aku belum kahwin, sesuka hati sesedap mulut menuduh aku begitu.
Satu pejabat dengar apa dia tuduh, dan bila aku masuk pejabat, semua berlagak seolah tiada apa jadi. Termasuk si mulut puaka.
Hati aku sangat marah, terasa nak smackdown saja dia, tapi aku sabar. Salah seorang staf yang kasihankan aku cerita, si mulut puaka nampak sangat cemburu dengan aku selama ni rupanya.
Kehidupan dia tak bahagia, suaminya berkahwin lain, hutangnya banyak sebab ada yang cari dia di pejabat, anak nya di penjara,
Ya Allah, patutlah teruk dia mengganggu kehidupan orang lain. Dia tak bahagia dan cemburu lihat kehidupan aku?
Ya setiap kali gaji aku akan makan sana sini, bercuti dengan keluarga atau membeli apa aku mahu.
Rupanya dia tahu whatsapp status aku, walau aku hide dari dia, rupanya ada yang share dengan dia. So pathetic. Ada geng menyampai pula tu. Betapa ‘pentingnya’ aku sebagai isu utama dia ya.
Isu berkaitan bos tadi reda bila isteri bos yang sememangnya rapat dengan PA bos, bagitahu skandal bos tu bukan sepejabat, tapi adik angkat bos aku tu yang berada nun jauh dia utara.
Nah, kan malu si mulut puaka bila PA bos hebahkan isu ni?
Aku pandang dia masa diorang semua bergosip pasal isu ni dan dia nampak gelisah bila mata dia bertemu pandangan aku.
Ching! Banyak isu lain yang dia kutuk aku, yang mana kalau orang lain ni confirm kena dah dia ni.
So apa aku buat? Tak, aku tak serang dia, aku tak balas dendam. Aku masih sama, buat kerja aku, tanya pasal kerja walaupun dipalau haha and teruskan kehidupan indah aku. Its okay.
Di luar pejabat, aku ada kawan2 dan family yang sangat sayangkan aku. Kaw2 punya sayang tau.
Jadi buat apa aku nak murung disebabkan seketul makcik puaka ni?
She can say anything, I will always smile. Aku akan selalu sabar. Aku ada ramai yang sayangkan aku, di luar sana. Aku kena jaga mental health aku di zaman mencabar ni, dan paling penting, aku ada Allah swt.
Aku anggap dia sebagai ujian untuk aku, mampukah aku? Whatsapp status? Aku unhide dari dia. Dia nak sangat tengok my beautiful life, silakan. Tak payah susah2 suruh staf lain sampaikan :) Silakan sakit hati sendiri ya. Ching!
Akhir sekali, siapa pun yang diuji dengan makcik bawang serupa dia ni, korang sabar. Indahnya sabar tu akan nampak hikmahnya. Jangan dilayan sampah macam ni. Buang masa. Baik kau happy2 saja.
Kalaupun kau dah selamat dari makcik bawang for now, katalah dia bersara atau kau tukar kerja, akan ada the next makcik bawang or ujian lain. Reality ni. So chill. Life is short, enjoy it while we can. Please take care of your mental health guys.
Lidah setajam pisau,
Ku tidak akan risau,
Dengan dugaan, cabaran,
Ku pasrah, ku akur,
Alhamdulillah syukur!
Sekian.
– Sis Didi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit