Assalamualaikum, buat warga IIUM Confession. Aku adalah pembaca tegar kepada group ini. Maaf andai penulisan ini terlalu panjang dan membosankan. Aku sekadar ingin meluahkan yang terpendam.
Aku Ema. Berumur 34 tahun, berasal dari Selangor dan belum bertemu jodoh. Alhamdulillah sudah memiliki harta sendiri tapi tak beritahu orang lain termasuk si dia dalam confession ni. Hanya keluarga rapat aku sahaja yang tahu.
Sudah lebih 5 tahun lebih aku sendiri tanpa hadir perasaan cinta. Jujur aku takut untuk bercinta lagi. Takut kehilangan dan dipermainkan seperti sebelum ni.
Aku biarkan saja perasaan sunyi tu. Walaupun hakikatnya aku sunyi dan selalu berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik untuk aku. Cuma aku tak berusaha mencari. Sekadar berdoa saja.
PKP entah kali ke berapa, Julai tahun lepas, rakanku mencadangkan aku kepada dating app di fb. Tak dinafikan 2 orang kenalan ku berjumpa jodoh dari situ. Aku pun sekadar mencuba.
Walaupun pada mulanya aku rasa macam tak seronok berkenalan dan mudah rasa semak dengan mesej-mesej yang masuk. Mungkin hati belum terbuka waktu tu.
Namun, beberapa hari sebelum raya aidiladha, aku ada bersungguh-sungguh berdoa. Lebih-lebih lagi pada hari Arafah. Aku mohon dipertemukan jodoh.
Lebih kurang selepas 3 minggu di dating apps tu, ada seorang yang nak berkawan dengan aku. Dia tak seperti lain-lain yang aku kenal yang mana sibuk minta whatsapp number sedangkn aku tak bersedia. Nama dia Shah, 30 tahun. Bermula dia tegur aku bersahaja di dating app tu.
Sebenarnya dia berasal dari tempat yang aku pernah tinggal sehingga umurku 3 tahun. Dan dia juga pernah bekerja dengan Main Contractor untuk Syarikat Pemaju perumahan yang aku sedang bekerja sekarang. Mungkin itu membuatkan kami dapat berborak panjang dan cepat serasi.
Kemudian dia minta fb aku untuk dia follow. Dia bekerja di KL. Berasal dan keluarganya tinggal di daerah negeri lain yang bersempadan dengan Selangor/KL.
Di sebabkan PKP dan site pembinaan ditutup sementara, dia tak dapat bekerja dan pulang kerumah keluarganya. Sedangkan aku masih boleh work from home (WFH).
Dia ada beritahu aku akan ke KL untuk dapatkan dose pertama vaccine. Aku biarkan sahaja. Hari raya aidiladha, aku terima ucapan selamat hari raya daripada Shah. Aku balas seperti biasa.
Cuma kali ini panjang sedikit kami borak. Dan akhirnya menjadi 3 minggu perkenalan kami di fb messanger.
Awal perkenalan, dia ada tanya kepada aku kenapa tak kahwin lagi. Aku kata tak jumpa jodoh lagi. Aku juga pernah bercinta selama 8 tahun sebelum 5 tahun lepas. Manakala dia pula hampir berkahwin yang mana sepatutnya aidilfitri lepas. Tapi tak jadi sebab ex dia, Shira curang dan kembali kepada exbf dia.
Shah sedih dan malu dengan sekeliling setelah perancangan keluarga dah dibuat dan semua proses untuk berkahwin seperti kursus kahwin, HIV test dibuat. Even takde proses bertunang. Mereka hanya tunggu untuk dinikahkan saja.
Sijil kursus kahwin milik Shah dan cincin nikah yang telah dibeli juga masih dipegang Shira dan tak dipulangkan lagi katanya. Mereka kenal dan bercinta melalui online game pubg pada 2019. Di sebabkan tu dia tak nak aku terjebak dengan mana-mana game online, lebih-lebih lagi pubg.
Aku pernah beritahu Shah yang aku hanya rajin berdoa dan tak berusaha untuk mengenali lelaki lebih rapat, sebab takut. dia beritahu ayat tentang pencarian jodoh ni dekat aku.
Katanya dari kawan baiknya yang dah pun berkahwin. “Berdoa tanpa usaha itu bodoh, Usaha tanpa doa itu sombong”. Itu juga salah satu punca aku mula mahu berkenalan lebih rapat dengan shah. Aku anggap ini ikhtiar aku dalam mencari jodoh.
Dia kata pada aku mahu berjumpa dengan aku dan mahu serius dengan ku. Aku pun rasa macam cubalah dulu berkawan dengan dia. Mana tahu dia adalah jodohku.
Sepanjang 3 minggu berkawan di fb messanger tu memang nampak dia take care dan bersungguh nak kenal dengan aku. Bermula dengan bertukar no whatsapp selepas 3 minggu di fb messanger. Dan kami bermesej setiap hari tanpa pernah miss.
Shah pandai, dia siap-siap minta izin pada aku kalau dia nak tag aku kat mana-mana fb post. Aku okay saja.
Minggu kedua bulan 8 dia akan turun ke KL untuk dapatkan 2nd dose vaccine dan dia beritahu nak jumpa aku. Aku bersetuju dan kami berjumpa. Pernah kami berbual sebelum ni yang dia lahir tak cukup bulan, baby pramatang.
Dan aku ada beritahu yang biasanya baby takcukup bulan ni lahir bawah 2kg. Aku tersilap beritahu dia berat waktu lahir ada ditulis pada sijil lahir.
Jadinya balik dari pertemuan pertama kami dia kerumah sewanya di KL dan hantar kepadaku gambar sijil lahirnya. Aku terkejut dia tunjuk semua info termasuk no IC tulisan tangan yang tertulis diatas sijil lahir tu walaupun tak tunjuk berat waktu lahir.
Selepas pertemuan pertama, dia beritahu aku nak serius berhubungan dengan aku dan mahu berjumpa keluargaku.
Disebabkan PKP dan rentas negeri tak dibenarkan jadi hasratnya tertangguh. Dia minta aku bertanya ibuku tentang wang hantaran dan lain-lagi. Turut dia beritahu ibunya tentang hubungan kami.
Sebenarnya, kami tak bercinta yang selalu meluahkan kata-kata sayang dan cinta. Kami pilih jalan untuk serius dalam perhubungan untuk berkahwin. Setiap hari aku perlu beritahu kemana sahaja aku pergi termasuk ke office lagi-lagi bila tak perlu WFH lagi.
Sekiranya tiada whatsapp, aku akan dapat emoticon mata dari dia bermaksud mencari aku dan aku perlu update apa yang aku sedang buat. Perhubungan aku yang dulu aku bukan seorang yang suka whatsapp 24jam. Aku jenis cepat rimas.
Tapi dengan Shah, aku jadi boleh dan terbiasa. Mungkin cara dia yang bersahaja. Sepanjang perkenalan kami, hanya sekali sahaja kami video call. Itu pun selepas aku solat isya’ dan masih bertelekung di awal perkenalan kami.
Segala aktiviti harian dia share kepada aku termasuk jogging, futsal, badminton dan mandi air terjun berdekatan rumahnya. Membawa kucingnya, tomy berjalan-jalan naik motor, bermain dirumah, bawak ke klinik dan vaccine.
Kadang-kadang dia ada bagitahu yang terserempak dengan exgf dia waktu jogging. Aku taksuka juga mula-mula tu. tapi lama kelamaan aku biarkan saja sebab dia yang bercerita bukan aku yang sibuk bertanya. Nama dia Rina.
Rakan sebaya adik kedua Shah, Diana di sekolah dulu. Kalau ikut apa yang Shah beritahu, Rina ada datang rumah dia waktu majlis kahwin Diana bulan 9, 2020 iaitu pada hari lahir Shah. Rina siap panggil Shah depan ahli keluarga dengan nama “sayang” sebab nak mintak izin pakai inai.
Shah malu. Tapi takpernah beritahu aku sebab dan bila mereka putus. Aku pula jenis takkan tanya kalau Shah sendiri tak bagi tahu. Apa yang aku tahu semua yang Shah ceritakan saja. Tapi mengikut perkiraan aku Shah waktu tu dah bercinta dengan Shira.
Siap dia beritahu dia merajuk dengan Shira waktu tu sebab lambat wish birthday Shah. Shah dan Shira bergaduh bulan 10, 2020 dan officially breakoff dan tak jadi kahwin sebab Shira curang pada bulan 3, 2021.
Sebenarnya cerita Shira dan Rina, Shah ceritakan pada bukan pada waktu yang sama. Satu bila Shah geram asyik terserempak dengan Rina kat area rumah keluarganya. Dan lagi satu bila Shira selalu hadir dalam mimpi dia dan mereka bergaduh dalam mimpi tu.
Tapi waktu ni aku tak sedar lagi yang Shah sendiri curang dengan Shira bila dia bawa Rina kerumah keluarga waktu majlis kahwin adik Shah tu. Aku perasan bila aku baca balik whatsapp dan cantumkan puzzle based on apa yang Shah beritahu.
Apabila dah masuk bulan 9, dia masih tak dipanggil untuk bekerja. Ada juga dia meluahkan pada aku yang company masih tak panggil dia berkerja disite, sedangkan site-site lain dah boleh mula beroperasi dengan kebenaran kerajaan.
Dia juga beritahu yang dia tak dapat gaji dari company sejak dari PKP bulan 5. Perbelanjaan seharian dia gunakan duit simpanannya. Dia mula cari kerja lain, incase kalau dibuang kerja, dia ada back up.
Alhamdulillah, satu online interview dia lulus dan HR beritahu dia berjaya untuk jawatan yang sama seperti di company sekarang. Letter offer sahaja yang belum dapat lagi.
Seminggu selepas itu dan betul-betul pada hari lahirnya dia dapat call dari HR yang company takdapat ambil dia berkerja dan diberitahu sekadar calon simpanan. Sebab taknak dia sedih pada lahir dia lagi, aku search di fb dan upah deliveryman beli cake dan suprise hantar cake kerumah dia.
Sebenarnya dia memang ada minta aku cake waktu aku wish birthday tepat 12malam tu. cuma aku buat bodoh saja macam malas nak layan.
Dia terkejut ada orang hantar cake petang tu sebelum dia keluar bermain futsal dan call aku. Dia syak aku atau Shira yang hantar cake tu.
Sebab dia ada beritahu tahun sebelum tu Shira ada buat suprise cake juga pada dia. Dia tanya aku mana dapat alamat. Aku beritahu alamat dia aku ambil dari sijil lahir dia yang dia send kepada aku dulu.
Adik Shah, Diana post di ig story video shah tiup lilin cake yang aku beli tu sempena umur Shah yang ke 30 tahun.
Shah pun repost kat ig story & fb dia dan letak di highlight fb dan ig. Katanya nak bagi Shira cemburu dan sebab masih terima suprise cake walaupun bukan dari shira. Aku tak boleh brain waktu ni. Tapi aku malas bertanya kenapa. Aku biarkan saja.
Cuma dia tak mention atau tag aku. Dekat whatsapp story saja dia mention nama gelaran aku. “Thank you ahjumma for birthday cake”. awal perkenalan aku panggil dia harabuji sebab umur baru 30 dah banyak uban. Tapi Shah sorokkan uban tu dengan mewarnakan rambut dia.
Manakala dia panggil aku ahjumma.
Bulan oktober, kerajaan umumkan yang rentas negeri dibenarkan. Setiap hari dia counting percentage yang dah vaksin. Katanya taksabar nak jumpa aku kali ke2 dan mahu berjalan-dengan aku disekitar KL/Selangor.
Siap beritahu aku kalau dia nak datang weekday, aku kena apply cuti. Aku okay saja asalkan beritahu awal. Tapi end up kami keluar pada hari sabtu. Tak perlu apply cuti.
Waktu kitorang jumpa tu ada jugak dia beritahu yang kawan lama dia nak pinjam duit sebanyak 1K. Aku tanya banyak pulak duit nak bagi orang pinjam. Sedangkan dia sendiri dah tak ada pendapatan dari bulan 5. Hanya mengharapkan savingnya.
Itu pun dia selalu beritahu aku duit kahwin dah makin berkurang. Katanya sebelum ni Shah dah pernah bagi pinjam 5K dan kawannya tu bayar balik. Aku tanya lelaki ke perempuan. Dia kata perempuan dan seorang janda.
Aku tanya BFF ke sampai sanggup bagi pinjam jumlah yang banyak. katanya bukan. Sekadar kenalan lama zaman dia belajar di Politeknik dulu. Aku biarkan saja sebab percaya. Dan taksuka tanya lebih-lebih kalau bukan dia yang share kepada aku.
Selepas jumpa kali ke2 tu, Shah ajak aku keluar dengan BFF dari zaman universiti dia. 2 orang lelaki dan seorang perempuan. Kalini dia ajak aku ke sunway lagoon. Tapi last minit takjadi sebab salah sorang BFF dia ada hal.
Dalam bulan october ni juga dia diberitahu oleh company dia yang dia akan dibuang kerja dan dia turun ke KL untuk semula untuk ambil surat termination dari company. Waktu ni aku rasa macam pelik.
Kenapa dia tak ajak jumpa. Kan dah datang KL. Aku biarkan saja tanpa bertanya dia. Pada aku malas nak serabutkan dia sebab dah officially terminated by the company. Aku husnudzon mungkin dia pun serabut masa tu.
Aku mula buat solat istikharah. Sebab rasa macam lain. Rasa pelik dan kadang-kadang macam jauh walaupun setiap hari whatsap. Untuk makluman kami jarang berbual telefon. Ada pun kadang-kadang bila ada hal penting atau dia nak bercerita panjang.
Selepas istikharah tu, Shah rajin kejut aku bangun solat subuh. Macam awal perkenalan kami dulu. Walaupun aku tengah bercuti dengan family ke negeri lain pun dia rajin kejut. Untuk pengetahuan, aku jenis mudah saja bangun solat subuh.
Tapi aku suka bangun lebih awal untuk tahajjud sekali sebelum subuh. Tapi dalam 2 minggu tu sajalah. Lepas tu tak ada dah Shah kejut lagi.
Bangunlah sendiri macam biasa.
Awal bulan 11 dia ajak aku bermain ATV dan mandi sungai bersama BFF universiti dia yang hari tu. Aku ikutkan sahaja walaupun aku tak join mandi sungai. Sekadar main ATV. Aku berkenalan dengan BFF dia yang sama peramah dan banyak cakap macam dia.
Berbeza dengan aku yang sedikit pendiam diawal perkenalan. Tapi lama-kelamaan aku okay berkawan, lebih-lagi dengan BFF perempuannya Zai. Disebabkan tu, Zai add aku di IG.
Balik dari ATV, seorang lagi BFFnya add aku di IG, tapi lelaki. Aku approve saja dan aku juga maklumkan kepada Shah yang Han ada add aku di ig.
Aku dan BFF dia yang repost semua story Zai. Hanya Shah saja yang tak repost. Lebih-lebih lagi gambar kami berlima. Bila aku tanya kenapa?
Dia kata tak suka banyak kali post benda sama. Sebab awal pagi dia dah post lain dulu sebelum Zai punya story. Gambar dia naik ATV adalah dia post di fb dan ig. Banyak like yang dia terima. Lebih-lebih lagi perempuan. Aku biarkan saja malas nak bertanya.
Bulan november bulan kelahiran aku. Dia wish panjang. Aku terharu. Tapi ada nota kaki kat birthday wish tu. Dia kata minta maaf tak dapat belikan hadiah dan tunggu sampai dia dapat kerja. Dan ada orang hutang dia.
Bermulalah episod pelik hubungan kami. Lepas wish tu pun dia takada call aku atau ajak keluar. Aku tak kecik hati sebab dia dah bagi tahu awal-awal takada duit sebab takkerja.
Aku okay saja sebenarnya. Bukan nak kahwin esok pun. Cuma aku pilih serius dalam perhubungan dan saling setia dah cukup untuk kami menuju ke alam perkahwinan nanti.
Seminggu lepas birthday aku, dia beritahu kawan perempuan yang diceritakan kepada aku bulan 10 hari tu, pinjam duit dia block dia di fb, ig dan tak angkat call. Dia suruh aku follow IG kawan dia tu. Aku namakan dia, Indah. Disebabkan nak info adik Indah, Farah. aku pun ikut dia cakap.
Dia takut Indah tak approve aku add di IG sebab ada mutual friend dengan Shah. Jadi dia unfollow aku dan aku disuruh unfollow dia. Semua yang aku dan dia like gambar, dia suruh unlike balik. Termasuk di fb. Birthday wish aku di wall fb dia yang dia beri emoticon love juga dia hidekan.
Sebab taknak Indah tahu kami mutual friend. Padahal kalau ikut logic, dah block semua tak nampak dah. Waktu tu aku taksedar dan sekadar ikut saja permintaan dia. Genap seminggu Indah tak aprrove pun request aku di IG. Padahal dia instafamous yang ada 27K follower.
Tak sempat pun nak check satu-satu siapa yang follow dia. Ada juga Shah bagi tahu yang follower Indah di tiktok 70K. Dari situ aku cakap kat Shah, mesti Indah ni cantik tu sebab ramai follower. Tapi aku takpula tengok tiktok Indah waktu tu.
Aku malas nak ambil tahu sebab percaya Shah. Akhirnya Indah dapat dihubungi dan berjanji nak bayar 1K tu pertengahan december nanti.
Tapi Shah ada beritahu juga yang dia kena tipu dengan Indah.
Waktu pinjam dulu Indah beritahu Shah dia bekerja di Bank. Padahal Indah sebenarnya dah lama berhenti kerja dan sedang menumpang dirumah seseorang di KL. Tak tahulah betul atau tidak.
Sejak dari tu Shah whataspp aku macam biasa cuma aku yang rasa macam makin jauh. Walupun hari-hari whatsapp. Dah tak macam awal-awal suka bergurau.
Bila aku tanya kenapa, dia jawab tak mood nak kahwin sebab tak kerja. Aku beritahu yang aku okay saja yang penting setia dan tak bagi harapan palsu.
Pada aku yang penting berusaha. Shah pun dah pergi banyak hadiri interview di KL ataupun online interview. Ujian Psikometrik SPA dia, aku tolong dia separuh dalam mencari jawapan. Walaupun waktu tu aku sedang bercuti dengan family.
Semua yang ditanya aku tolong jawabkan walaupun soalan tu mengelirukan.
Pada aku cepat atau lambat, rezeki Allah akan bagi. Aku selalu bagi dia semangat dan selalu doakan dia selepas habis solat agar cepat dapat kerja. Yang ni dia tak tahu. Aku pula taksuka menunjuk kat dia yang hari-hari aku mendoakan dia. Aku sayang dan cintakan dia, tapi aku cakap kat Allah.
Minggu kedua bulan 12 dia dapat offer kerja, tapi di Penang. Katanya jauh. Dia tak nak terima sebab nanti dia akan jauh dari Ibunya. Untuk pengetahuan, Shah anak sulung dari 3 beradik dan arwah ayahnya sudah meninggal 4 tahun lepas waktu dia ditahun akhir universiti.
Ibunya juga minta dia cari kerja di KL sebab takjauh dari rumah keluarganya yang bersempadan dengan KL/ Selangor.
Peretengahan december, aku dapat jemputan kahwin rakan office, aku ajak Shah pergi sekali. Dia kata kalau hari sabtu boleh. Tapi disebabkan jemputan hari ahad dia tak boleh. Sebab jumaat dan sabtu dua hari berturut dia turun KL untuk interview.
Kali ni pun aku okay lagi. Sebab betullah. Jauh dia datang nanti. Padahal boleh saja dia bermalam kat rumah sewanya diKL daripada datang KL dua hari berturut. Jimat sikit.
Cerita hutang Indah berbangkit lagi bila dia masih xdapat duit 1K dari Indah. Kalini dia cuba cara lain sebab Indah reply whatsapp dia dengan tak sopan dn makin kurang ajar. Dia screenshot dan tunjuk kepada aku. Indah kata jangan call adik dia Farah lagi.
Dari beberapa screenshot tu aku perasan Shah dah Indah bergaduh dan guna bahasa aku kau. Walaupun ada conversation yang lama diorang guna bahasa saya awak. Shah minta Indah jual saja Iphone terbaru Indah tu dan bayar duit Shah. lagi lah Indah marah.
Indah taknak bayar 1K, katanya selalu keluar makan, Indah yang bayar sebab Shah akan buat-buat tertinggal kad. Indah beritahu yang akan bayar hutang 900 saja selepas ditolak duit makan yang Shah tak bayar tu.
Kat situ aku pelik, sebab dengan aku Shah takpernah la pulak buat-buat tertinggal kad atau tak bayar makan. Semua dia bayar saja. Dia pun walau tak bekerja takpernah nak pinjam aku duit.
cuma selalu Shah sebut pada aku, duit kahwin dah tinggal sikit. aku mula rasa pelik lagi apa hubungan Shah dan Indah sampai 2-3 kali keluar makan tak bayar. Bila di tanya katanya kawan lama saja.
Beberapa hari lepas tu, banjir besar berlaku di daerah keluargaku di selangor.
Selang sehari selepas tu dia juga turut ditimpa musibah yang sama dirumah keluarganya. Malah lebih teruk dari rumah keluargaku. Kerosakan perkakas rumahnya banyak. Aku takut dia down. Aku bagi dia semangat.
Satu hari tu dia call aku dan luah yang dia sedih sangat dengan apa yang berlaku. Aku bagi moral support dari jauh. Sebab nak tolong, aku pun ada keluarga kat sini yang perlukan aku. Aku kata, mungkin ada hikmah dah rezeki besar untuk dia lepas ni.
Walaupun rumah dia naik air banjir, alhmdulillah kereta dan motornya sempat diselamatkan ditempat tinggi. Cuma kereta ibunya dan arwah ayahnya tak dapat diselamatkan. Aku juga ada beri sejumlah wang kepada Shah.
Aku ambil no account shah kat screenshot whatsapp shah dan indah yang diorang gaduh dulu tu. Tapi aku takberitahu Shah sehingga kehari ini sebab aku tolong ikhlas.
Penghujung tahun aku ada checkup di hospital untuk sakit belakangku, scoliosis. Dia takde tanya apa-apa sangat pun waktu balik hospital tu. cuma tanya dah makan atau dah balik belum. Takde pun tanya apa doktor cakap yang menunjukkan dia caring macam awal-awal dulu.
Aku tergerak hati nak buka account tiktok. Sebab adik-adikku kata tiktok menarik. Banyak sharing info kalau guna dengan betul. So bila aku dah sign in, aku tak tau nak buat apa. Aku pun search account Indah yang Shah beritahu ramai follower tu.
Benar, follower almost 80K dan Indah putih juga cantik walaupun seorang janda. Tak seperti yang Shah khabarkan. Account Titktok Shah pun ada, tapi dia tak follow sesiapa. Bila aku scroll Tiktok Indah ke bulan 10 aku jumpa satu video yang mana sama seperti dalam kereta Shah.
Walaupun Shah takada dalam video tu. Aku senang cam sebab kereta tu jarang dijumpai dan warna kereta pun tak ramai yang pakai untuk jenis tu. Aku namakan kereta H kuning Type*. Kereta yang arwah ayahnya belikan waktu dia study dulu.
Bila aku forward video tu dia kata jangan percaya. Indah hanya repost video-video lama dalam kereta waktu diorang keluar bersama sebelum dia jumpa aku. Rupanya mereka pernah keluar bersama untuk 1st dose vaccine dan dia jumpa aku waktu 2nd dose vaccine.
Walhal waktu kitorang keluar bulan 10 tu Shah bagi tahu Indah sekadar kawan lama kat politeknik dulu saja. Sebab dia dah kata ada video lama so aku pun scroll ke bulan 7. Betul, ada posting dalam kereta Shah dan sama tiada Shah dalam video tu.
sama macam yang video bulan 10 tu. Tapi video tu sebenarnya taksama pun macam yang Shah cakap. Sebab bulan 6 & 7 takada gantung perfume kereta dan cuaca panas kat luar. Dan bulan 10 ada gantung perfume kereta dan cuaca hujan kat luar kereta.
Perfume kereta pun sama macam waktu kami keluar bulan 10 dulu. Aku ingat sebab dia yang beritahu suka gantung chrismas tree perfume car strawberry ni sebab kesukaan Shah.
Aku jadi marah. Kenapa keluar dengan Indah sedangkan mahu serius dengan aku. Aku whatsapp tanya dia balas lambat. Katanya ke Surau ambil sumbangan untuk mangsa banjir. Call pertama aku malam tu dia angkat sambil menjelaskan yang dia serius denganku dan tak pernah menipu aku.
Walaupun bukti ada. Katanya tak perlu call lagi. Whatsapp saja. Dia akan reply. Sebab dia takut air banjir lagi malam tu.
Dia berjaga dengan kawan-kawannya untuk bersedia. Terus dia post story diwhatsapp air hampir naik. Tapi whatsapp aku tak balas dan diam saja. Pagi new year esoknya dia wish morning macam biasa seperti takda apa berlaku.
Aku geram. Segala kemushkilan aku tak dijawab langsung. Aku jadi lagi bengang sebab dari awal kenal dia bukan yang macam ni. Selalu lepak dengan kawan-kawan dia akan reply dan xpernah menghilangkan diri ataupun diam.
Disebabkan dia buat rasa tak bersalah, aku biarkan saja. 3 hari aku tak reply morning wish tu. Aku pun busy pindah rumah baru. Sampai aku demam 4 hari lepas angkat barang pindah tu.
Tak tahulah sebab penat atau aku terlalu kecewa. Tapi memang selera makan aku terganggu juga. Aku makan bila dipaksa makan oleh ibuku.
Walaupun aku marah, aku simpan ego aku. Aku beralah dan hantar whatsapp mintak maaf jika aku menuduh dia melulu jika yang dia keluar dengan indah tu takbetul dan jika betul pun sekadar dia keluar dengan indah sebelum dia jumpa aku dan serius dengan aku.
Aku whatsapp dia xreply dan aku call tak angkat. Pagi keesokannya baru dia reply. Katanya baru lepas vaccine dan baru lepas baik demam.
Dia beritahu aku, interview isnin lepas dia berjaya dan akan masuk kerja lagi dua minggu. Aku ucapkan tahniah. Akhirnya ada juga peluang pekerjaan baru untuknya.
Dia kembali whatsapp aku seperti biasa. Tapi aku masih rasa tak sedap hati. Sebab rasa lain sangat. Aku mula perasan last posting fb dia ada satu new like dari Lisa. Aku lihat fb tak ada apa yang menarik.
Tapi aku perasan yang Shah dan dia baru friend di fb sebab dalam list Lisa yang terkini. Aku saja buka ig pula. Mereka saling follow. Dan kebetulan ig Lisa tak private, jadi mudah untuk aku lihat.
Rupanya beberapa hari lepas mereka berjumpa di KL. Kebetulan kali ni ada gambar dan video Shah juga disebelah Lisa yang sangat mesra.
Bila scroll lagi ig Lisa, aku nampak Lisa tulis seperti luahan untuk Shah dimana dia sedia buka hati untuk Shah sekiranya Shah mampu terima dia dan dua orang anaknya.
Oh ya, Lisa yang aku stalk rupanya pelakon baru dalam industri sebab ada beberapa posting shooting drama tv di ig & fb. Lisa cantik dan juga seksi. Mungkin itu yang Shah suka. Yang sangat berbeza dengan aku yang bertudung, sederhana dan tak bergaya terlalu menonjol.
Sebelum aku forward video dari ig Lisa, aku saja tanya Shah. Kenapa dia dah xreply whatsapp cepat macam sebelum ni. Katanya busy sebab banjir. Dan mengeluh dan minta aku faham keadaan dia sekarang.
Aku terus whatsapp dan forward video tu pada Man. Kali ni dia tak nafikan. Cuma dia pelik kenapa aku stalk dia. Aku beritahu lah, yang dia lain macam saja. Endah tak endah, tapi serius nak kahwin.
Bila aku tanya Shah, aku ada buat silap ke sampai dia keluar dengan orang lain. Dia kata aku tak ada salah. Jadi ku biarkan saja whatsapp tu berakhir begitu.
Tipu aku kata aku tak sedih. Aku juga punya perasaan. Aku jaga batas pergaulan aku, lebih-lebih lagi dengan rakan sekerja lelaki. Tidak berkenalan dengan mana-mana lelaki dari dating app dan delete account disitu selepas dia beritahu aku, dia mahu serius untuk berkahwin dengan aku.
Aku sabar tunggu dia walaupun tak dapat kerja lagi. Dia baru sahaja mendaftar dan berjaya mendapatkan lesen cidb untuk menjadi kontraktor kelas apa aku tak tahu. Sebab terlupa tanya.
Aku tanya rakan-rakan universiti aku yang kerja dalam sektor kerajaan untuk industri pembinaan seperti tentang sebut harga, tender dan lain-lain. Macam mana nak hadiri kursus tu untuk kontraktor baru dan kontraktor kecil. Sebab dia ada beritahu, arwah ayahnya dulu seorang kontraktor.
Tapi dia sedih taksempat belajar tentang tender dengan arwah ayahnya. Yang dia tahu kerja-kerja di site pembinaan saja dari pengalaman kerjanya. Apa yang aku buat sebab aku sayangkan dia dan taknak dia sentiasa sedih sebab tak bekerja. Tapi apa yang aku dapat?
Kepada Shah, terima kasih bagi pengalaman suka duka sepanjang perkenalan perhubungan kita. Tak sangka banyak juga janji-janji yang awak tabur. Saya pun tak tahulah.
Mungkin marah saya kali ni ni tak seperti yang waktu awak nafikan sekerasnya waktu saya jumpa video Indah dalam kereta awak tu. Atau mungkin sebab awak dah ada girlfriend baru, Lisa tu yang awak tak kisah tentang Indah bila saya suarakan rasa cemburu.
Cukuplah pengalaman 5 bulan lebih mengenali Shah. Serik untuk aku buka pintu hati lagi selepas ini. Biarlah aku bahagia sendiri. Takut berjumpa dengan insan seperti Shah lagi. Play victim dengan aku tapi sebenarnya dia yang buat hal. Doakan aku sentiasa kuat untuk hari-hari yang akan datang.
Kadang-kadang aku terfikir, dia tak takut ke kifarah hidup ni. mempermainkan perasaan dan memberi harapan palsu. Pandai pula meluah pada aku dulu marah sangat dia pada shira sebab curang. Dia sayang pada shira sampai account pubg & fb dia pun Shira tahu password.
Mungkin shira tahu dia kuat melayan perempuan. Shah pernah beritahu yang shira pernah saja post di fb shah beritahu yang diorang akan berkahwin.
Hampir setiap bulan Shah akan cerita pada aku, nightmare dia yang Shira kerap kali datang dalam mimpi Shah, mintak maaf dan beritahu yang dia tak pernah curang. End up Shah pula curang. Agaknya betullah tu Shira tak curang. Tapi Shah yang curang. Tu asyik datang dalam mimpi shah saja.
– Ema (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit