Hai to all readers. Aku sekadar cerita pengalaman aku berdasarkan kisah aku beberapa tahun lepas. Maaf kalau penceritaan agak berterabur sebab bukan selalu buat confession. Cerita aku mungkin agak sensitive bagi sesetengah pihak.
Aku dan A satu tempat kerja. Pada mula aku mula2 dipindahkan ke tempat kerja aku tak tahu A dah bertunang. Mungkin pada mulanya A nak ‘test market’ sahaja dan aku yang naif dan baru nak kenal dunia terjebak dalam permainan A.
Long short story kami couple sebab si A memang tunjukkan minat ke arah yang serious dengan aku. Aku nampak si A ni rajin. Dia tidak mengharapkan satu income sahaja.
Sepanjang couple, aku ada bantu2 dia ambik stock jualan (untuk jualan runcit), teman dia jumpa bakal2 customer (orang tengah kalau ada nak beli kereta atau motor 2nd). Sambil teman tu kitorang dating masa tu la. Selalu juga dia bawa aku jumpa keluarganya.
A ni memang caring, soft spoken, jaga makan minum aku. Selalu bagi nasihat dan tunjuk ajar aku (aku fresh graduate) masatu.
Lama-kelamaan mungkin kami dah mesra sangat, rakan sepejabat dah mula pelik. Di situlah mula terbongkar yang si A dah bertunang.
Aku apa lagi, aku tarik diri walaupun masa tu aku dah sayang sangat2 dekat si A. Si A secara on the spot ajak aku kahwin masa tu. Aku tolak baik2 sebab masa tu aku taknak ambil hak orang.
Aku dan A berkawan macam biasa lepas itu, walaupun aku kecewa gila sebab A tak jujur dengan aku. Si A berkahwin dengan pilihan hatinya.
Mereka pjj atas faktor kerja. Selepas mereka berkahwin, baru aku tahu perangai sebenar si A. Aku yang dah terbiasa follow aktiviti A aku still melayan A walaupun dia A bertukar status.
A bawa aku ke club, ajar aku minum, merokok. Katanya untuk hilangkan stress. Sebab masa tu aku naif, nak kenal dunia, masih sayang, dan cinta tu buta aku follow je apa kemahuan A.
Lepas bawa ke club, ajar aku minum dan merokok, A mula minta badan aku lepas dia rasa dia dan boleh control aku. Memang aku tak bagi lah.
A mula pasang jerat, panggil aku ke officenya dan cuba untuk merogol aku. A menggunakan kekuatannya sebagai lelaki. Sumpah aku melawan, dan last sekali aku yang penat.
Masa tu Tuhan masih selamatkan aku, dalam masa dia tengah “menggila” tanggalkan pakaian aku, aku pujuk A bagitahu kalau nak aku malam ni kita keluar check in bukan di pejabat. A percaya dan lepaskan aku. Aku usulkan laporan atas nasihat keluarga.
Malam kejadian A merayu2 menyuruh aku tarik balik laporan. Aku tak tarik balik. Dalam masa yang sama aku yang bodoh ni cuba untuk selesaikan secara baik sebab serba salah dengan cara lain la kononnya.
Aku bantu A dalam urusan pemindahannya. Masa ni banyak masa kami terluang. Long short story, bila dah berdua yang ke-3 pastinya syaitan.
Masa ni lah kami terlanjur banyak kali. Aku menyewa seorang masa tu sementara menunggu ada penyewa lain yang nak masuk rumah itu.
Rumah aku sewa tu kami tinggal bersama-sama sementara A selesai pindah. Hubungan kami dan macam suami isteri.
Aku setia pada A sebab dia tahu semua password aku, akaun sosial media aku. Jika ada yang cuba untuk “try” aku pasti akaun tersebut diblock dan kami akan gaduh. Memang aku bodoh sebab terlalu percaya, dan berasa selamat di sisi A.
Kami sorok hubungan kami ni dari pengetahuan keluarga masing-masing dan rakan pejabat. Si A janji nak jadikan aku sebagai isteri kedua.
Masa tu aku setuju lah dah fikir terlanjur banyak kali. Dalam masa yang sama aku dah fikir untuk bagitahu keluarga aku. Selesai urusan, A pun dah berpindah tempat kerja baru dan A start ignore aku.
A hanya cari aku bila dia nak phone sex sahaja. Macam2 ayat keluar janji manis sebelum nak. Lepas dapat dia ignore aku balik. Jika dia outstation, memang dia akan cari aku nak phone sex pastu dia ignore.
Ignore si A tahap aku call beratus tak angkat. Semua akaun sosialnya dia block aku selama mana dia nak. Memang aku guna phone orang lain supaya aku boleh contact A balik.
Tak dapat cara tu, aku beli macam2 hadiah nak suruh dia lembut hati supaya aku boleh contact A balik. Padahal bukannya salah aku pun.
Benda ni berterusan dan aku masih tak tinggalkan A. Paling parah, A janji nak datang jumpa aku, selepas aku pujuk banyak kali nak jumpa face to face. Tapi janji tinggal janji. Sebab dia tak nak datang aku ambil keputususan aku yang pergi jumpa dengan A.
Bila aku sampai, A akan cari gaduh, block dan ignore aku. Sumpah aku bodoh sebab aku rindu A gila-gila sampai takboleh fikir mana yang baik dan buruk. Dua tiga kali aku datang ke negeri A bekerja dengan harapan supaya dapat bertemu mata dengan A.
Dah jadi macamtu pun aku tak tinggalkan lagi si A.
Aku pergi kerja selalu dengan mata sembap aku aku stress dengan A ignore aku, sampai berat menurun secara mendadak dan aku hilang fokus dalam bekerja. Aku tak tahu nak luahkan dekat sapa masa tu ye lah sebab A masatu dah suami orang dan ada konflik antara kami.
Aku tak tahu kenapa aku tak cerita awal2 apa yang dah jadi dekat aku. Aku asyik fikir yang roomate2 senior2 ni sibuk dengan hal peribadi aku. Padahal, diorang ni lah yang banyak tolong aku masa aku lost.
Kami lost contact selepas kami bergaduh dan A start hina mak ayah aku. Sebelum kitorang putus, aku tanya samaada A masih berdendam dengan aku ekoran A kena pindah,
Dan A akui A sangat marahkan aku sebab tak tarik balik laporan. Selama ni A hanya gunakan aku sampai dia puas hati.
Aku hanyut dengan A selama setahun lebih, nak move on tu sampai ke hari ini. Bila teringatkan kisah ini, mungkin ini kifarah untuk aku dapat setelah bermaksiat, dan bila aku meletakkan cinta manusia lebih dari cinta kepada pencipta.
– Sakura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit