Hidupku Bertuhankan Nafsu

Hi, namaku Ain, dan aku berumur 27 tahun pada tahun ini. Sejak kecil aku dikenali sebagai anak yang sangat mentaati kedua orang tuanya,

Malah aku juga tidak pernah bercinta dari zaman persekolahan kerana menuruti permintaan ibu bapaku yang kecewa dengan keputusan kakak sulungku untuk tidak sambung belajar selepas SPM kerana mahu berkahwin.

Aku adalah anak harapan bila mana aku mampu menamatkan pengajianku diperingkat yang tinggi sekali menjawat jawatan pegawai tinggi dalam institusi syarikat.

Di mata orang sekelilingku dan juga keluargaku, aku dianggap sebagai seorang yang baik dan sopan tutur bicaranya.

Seorang yang tegas dalam pendiriannya malah aku menjadi ikutan adik bongsuku dalam pengajiannya sehingga dia juga berjaya menjejakkan kaki dimenara gading.

Dan aku dimata keluargaku seperti seorang yang tidak mempunyai perasaan cinta ataupun nafsu kerana aku tidak pernah membangkitkan soal ini dihadapan mereka atau siapapun sepanjang hidupku.

Namun sisi gelapku yang tidak pernah ada yang tahu, aku adalah manusia yang hidup bertuhankan nafsu.

Aku tidak pernah mempamerkan bahawa aku juga ingin berkasih sayang. Saat aku melihat teman teman belajarku mempunyai pasangan, aku jadi cemburu kerana aku masih berseorangan.

Jadi aku selalu bermain dengan imaginasi sendiri dikala sendirian seolah aku juga mempunyai pasangan.

Mewujudkan jalan cerita yang tidak langsung wujud direaliti. Hanya dengan cara begitu aku mampu meneruskan kehidupan tanpa melampaui batas yang ditetapkan oleh kedua orang tuaku.

Nafsu? Sebagai seorang manusia yang normal, aku juga mempunyai nafsu sendiri.

Dikala melihat cerita di TV, aku juga ingin merasai bagaimana rasanya dimanjai selayaknya sebagai seorang wanita. Lantas aku tempiaskan semua nafsuku didalam anganku.

Pernah juga aku melayari laman web lucah namun sesudah itu, aku rasa malu pada diriku sendiri.

Aku ingin berubah, aku tidak mahu hidup didalam dunia seperti ini, dunia yang hanya ada aku dan imaginasiku didalamnya.

Namun aku tidak mampu menghentikannya. Pernah aku berjaya dalam beberapa ketika namun ketika kesunyian mula menyelubungiku, aku kembali pada dunia yang aku ciptakan sendiri.

Kerana tidak pernah bercinta, aku taktahu dimana harus aku mula. Aku tak pernah tahu rasa dan cars berkomunikasi dengan orang yang lain jantina dariku lebih dari seorang kawan.

Dikala usia ini ramai temanku menamatkan usia bujang mereka, aku masih terperangkap dalam dunia hayalan yang telah aku cipta bertahun lamanya ini.

Aku ingin keluar dari dunia ini dan hidup berpaksikan realiti. Namun setiap kali berdiri dihadapan cermin, aku selalu bertanya sendiri, apakah layak diri ini menjadi seorang isteri?

Aku mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kerjayaku sehingga aku disanjungi namun aku tidak pernah ada keyakinan yang tinggi dengan diriku sendiri.

Tatkala aku melangkah dengan penuh keyakinan dengan baju mahal berjenama, berkasut tinggi dan beg tangan mewah, namun semua itu hanya menutup kelemahan sendiri.

Aku tidak tahu menamat kepada cerita ini kerana aku juga masih keliru dengan diri sendiri.

Aku cuma mahu keluar dari dunia ini. Doa aku bertahun lamanya agar diri ini dipertemukan dengan seseorang yang mampu membimbingku agar dekat padaNya kembali.

Namun, jauh disudut hati dan fikiranku, aku tidak yakin jodohku wujud didunia ini. Dan mahukan dia menerima diri yang kotor ini..

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *