Suami Orang Banyak Yang ‘Try’ Aku

Aku harap admin bantu aku untuk luluskan confession aku kerana aku terpanggil kerana tanggungjawab aku berkongsi untuk kebaikan semua. Maaflah kalau ada SUAMI yang tak suka tapi aku perlu sampaikan atas rasa tanggungjawab.

Aku ni single, memang terbuka kalau siapa nak try atau mengenali aku lebih dekat. Aku alukan saja. Tapi sejak tahun lepas, aku dapat banyak mesej dari aplikasi Whats app yang tiba-tiba mesej, “Hi, boleh kenal?”, “Saya Shah, 29, klang, Intro back plsss”.

“Hi, dapat nombor u. Katanya san**p? Kenal jom”. Dan banyak lagi. Semua mesej berpuluh-puluh tu dari LELAKI dan masalahnya, aku pun LELAKI!!

Dalam Disember tahun lepas, aku dapat banyak sangat mesej nak kenal. Aku cuba lah risik dari mana, siapa? nak apa? Rupa-rupanya, tu semua adalah golongan LGBT, atau golongan minat sesama jenis.

Selidik punya selidik, rupa-rupanya ada orang pergi jual atau conteng nombor aku belakang pintu tandas di 3 tempat berbeza. Di mall, rnr dan tandas awam. Aku tak tahu siapa yang pedajalkan nombor aku atau siapa yang nak gurau kasar atau dengki dengan aku.

Tapi yang pasti, aku dah dua kali tukar nombor termasuk nombor kesayangan aku, nombor yang aku mula-mula sekali pakai. Kalau aku tahu, siapa yang jual nombor aku sampai privasi aku terganggu ni, aku kerat kerat dia ni.

Menunjukkan bertapa marahnya aku dengan perbuatan bangang ni. Seingat aku, aku memang tak pernah sakitkan hati orang, jadi aku tak tahulah motif sebenar perlakuan ni.

Balik pada topik, bila dah kerap dapat mesej, aku cubalah melayan beberapa orang dari berpuluh tu. Untuk nak selidik juga rahsia mereka.

Rupa-rupanya, ada antara mereka yang bergelumang dengan sesama jenis ni memang dah berumah tangga.

Ada isteri, ada anak. Benda ni baru bagi aku, tapi rupa-rupanya, kata mereka, yang benda ni dah lama, dah memang meluas. Cuma kata mereka, pandai makan, pandailah simpan.

Maknanya, suami-suami orang ni memang dah berkeluarga, tapi mereka memasang skandal lelaki pula tu dibelakang isteri dan berapa banyak dah yang dah ke ranjang pun dengan safety atau penggunaan ko***m.

Sumpah aku terkejut, dan aku tak sangka, mereka yang dah berkeluarga, dah ada wife, tempat fitrah pun tak dikisahkan dah. Bila aku tanya kenapa cari lelaki bila bini dah ada. Nak tahu apa jawapan aku dapat?

Antaranya, wife tak pandai layan atau sibuk dengan kerja. Dan ada juga yang jawab, kepuasan dengan sama jenis ni tak dapat nak digambarkan, memang berlipat ganda kepuasan dia. Automatik aku terfikir, dalam kepala lelaki sekarang, memang ada nafsu saja ke?

Itu saja kah yang difikirkan? Ada yang nak goda aku, katanya dia boleh bagi video dia berjimak dengan isteri dia, tapi aku kena puaskan dia pula selepas tu. Mengucap panjang aku.

Bagi aku, ni antara salah satu masalah sosial yang teruk. Kalau dibiarkan, lama-lama boleh jadi barah. Siapa sangka, suami orang. Nafsu pada sama jenis . Kemungkinan biseksual atau mungkin kahwin hanya untuk menutup perlakuan terkutuk tu.

Aku nasihatkan kepada golongan ni, tolonglah sayangi keluarga anda. Hentikan lah perbuatan anda kerana itu pun dikira menzalimi hak isteri.

Aku tahu memang banyak ada nafsu sebegini dan mungkin meraka tetap kahwin pun sekadar untuk mempunyai zuriat saja tujuan nya, bukan untuk ke syurga atau bahagia bersama pasangan.

Kepada para isteri, sila jaga atau perhatikan suami anda, adakah benar-benar suami anda lurus?

Pernahkah anda semak handphone atau rahsia suami? Atau ada tindakan mereka yang mencurigakan? Mungkin ada yang berpendapat, tak perlu semak sampai terlalu detail, anda percaya suami anda.

Tapi bagi aku, kalau anda suami isteri, sepatutnya tiada rahsia. Tiada syak pelik-pelik. Tiada privasi password handphone, dan sebagainya, kerana anda sepatutnya berkongsi segalanya. Zaman sekarang ni, musuh isteri bukan saja perempuan lain, tapi juga lelaki lain.

Tapi siapalah aku untuk menetapkan. Aku cuma pesan kerana apa yang terjadi pada aku menunjukkan ramai suami orang yang nak try aku, bukan perempuan.

– Ijal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *