Assalamualaikum. Mungkin tajuk aku nak tulis agak kontroversi, tapi aku ingin tulis sini, agar kita semua berhati hati dalam menilai sesuatu. Terkadang tak semua seperti apa yang kita sangkakan.
Ya, aku salah seorang yang didiagnose memtal disorder, dan memang aku mengaku aku ada symptom mental disorder, tapi aku amat yakin bajawa aku memang tiada mental disorder. Aku tak kisah apa kalian semua akan fikir, tapi aku harap korang boleh baca sampai habis.
Aku didiagnose mental disorder kerana tertarik ke satu ‘alam’ yang aku pun tak pasti tapi ianya selari dengan dunia ni.
Dan waktu aku termasuk ke alam atau dimensi tu, memang ada perkara lain yang kawal tubuh aku, dan ni telah bawa fitnah besar dalam hidup aku, lalu terus saja aku dicop sebagai salah seorang pesakit mental.
Diringkaskan cerita, aku dipaksa menemui psikiatrist. Kali pertama psikiatrist tu memang banyak je toleransi dengan aku. Dia kata sakit aku ni memang orang cerdik pandai apa sume pun boleh kena.
Aku malas nak berdebat panjang, sebab femili paksa aku makan ubat, so aku ambiklah ubat, tapi dah lama aku tinggal, sekarang dah dalam 4 tahun aku tinggalkan ubat tak makan.
Memang pada awalnya psikiatrist tu banyak toleransi dengan aku seolah mengerti dan faham aku. Tapi ketika waktu aku tenggelam sekali lagi ke suasana berbeza, dipaksa masuk hospital oleh keluarga sendiri (sampai ayah aku sanggup pukul aku),
Kemudian doktor tu pun bagi ubat yang memang merosakkan saraf aku, buat aku terngaga dan air liur meleleh tak berhenti sehingga mak aku pun benci tengok aku.
Memang part sini aku dah frust. Tapi alhamdulillah ada doktor lain bagi ubat yang buat aku recover dari semua tu
Actually aku dah cuba, kalau dalam tempoh sebulan aku dok dalam suasana yang agak ‘mental’ tu, lelama memang suasana tu hilang sendiri tanpa aku perlu makan ubat.
Cuma kalau nak buat macam ni memang aku perlu sorok seboleh mungkin ketidaknormalan aku masa tu, seperti tak lalu makan, malas mandi (sebab aku rasa sakit sangat bila mandi masa tu),
So cuma sekali dua je aku boleh sorok dengan adanya bantuan beberapa teman yang hebat, yang faham keadaan dan suasana aku.
Tapi keluarga aku memang takleh tolerate langsung kalau aku berubah sekejap pun. Diorang nampak aku ‘macam pelik’ diorang terus paksa heret aku ke hospital mental.
Memang aku sangat terasa dengan keluarga aku dan sejujur ya sampai sekarang aku tak mampu maafkan diorang meski aku masih bermuka manis.
Puncanya, kekadang sebab aku jadi tak lalu makan, atau tidur lewat atau malas tolong diorang, terus diorang akan report ke psikiatri cakap aku tak normal dan beramai ramai heret aku ke spital.
Kekadang tu aku saja nak ambil angin kat luar je, so aku duduk dalam kereta, terus abang aku datang paksa masuk rumah sebab dia kata aku tak normal.
Memang setiap kali diorang cam pandang aku tak normal tu, kekadang bukan sebab aku wat menda pelik..
Memang aku agak trauma dengan femili lebih lagi ayah aku yang pernah pukul aku sebab aku taknak ‘ditiup’ oleh bacaan ruqyahnya. Bukan apa, sebab aku tak yakin ayah aku orang soleh, tu aku taknak.
Lagipun aku pernah tengok ayah aku pukul kucing sebab marah tersepak kucing. So, memang aku tak yakin langsung ayah aku orang soleh meski dia tahajjud tak tinggal.
Part yang paling memgecewakan setelah dicop sebagai pesakit mental ni, ialah, apabila ada je kenalan kau yang tau kau ada sejarah mental, memang segala perlakuan kau tak akan nampak normal, padahal kalau diorang tak tau tentang tu, perangai kau akan kelihatan normal je.
Dan juga, bila ada sakit kronik yan melibatkan simptom letih, cemas dan sebagainya, doktor akan terus label kau mental tanpa cek details penyakit sebenar.
So, ada juga masa aku rasa dan yakin ada sakit teruk, aku pergi ke spital yang tak de rekod kesihatan mental aku, bila cek buat lab test semua, Dr sahkan memang aku ada sakit kronik fizikal, alhamdulillah belum serius dan sempat buat rawatan sebelum terlewat. .
Lihatlah betapa zalimnya dunia kan bila kau dipandang sebagai pesakit mental. Kalaulah aku bagitau aku ada sakit mental, mungkin simptom aku penat, letih tu semua diorang akan anggap sebab masalah mental terus dan tak cek pun details yang sebenar, lalu ubat pun tak bagi.
Ok, macam jauh melencong pula. Memang aku nak cerita pasal Dr psikiatri yang rawat aku dulu tu. Aku jujurnya tak berdendam sangat atau terasa hati dengan doktor tu, sebab profesion dia mmg macam tu. Cuma aku amat terasa gila dengan keluarga aku sendiri.
Tak nak lah cerita lebih. Tapi memang sekarang aku hanya letak kepercayaan kepada Tuhan saja dan aku dah taknak percaya kepada manusia biasa.
Ada waktu aku kecewa sangat, aku menyumpah juga dalam hati.
Aku harap sungguh sungguh kepada Allah, kalaulah aku ni memang tak sepatutnya didiagnosa sakit mental, aku harap Allah balikkan sakit mental tu kepada orang yang anggap aku macam tu. Memang aku harap sungguh sungguh masa tu
Dan aku tak sure berapa lama lepas aku wat harapan camtu, akhirnya aku dapat berita Dr psikiatri yang pernah diagnose aku mental dulu, dia meninggal. Dan sebelum meninggal, dia pun memang kena masalah mental, ambil ubat pun tak sembuh sampailah meninggal.
Aku pun tak tahu, adakah memang tu kifarah untuk Doktor tu, atau memang kebetulan saja. Tapi aku dah lama maafkan Dr tu dan tak berdendam pun.
Apapun, hidup aku sekarang bahagia saja. Cuma tu lah, kalau ada orang yg asalnya tak tahu aku ada rekod kesihatan mental, tetiba dia dapat tahu, memang layanan dia alan jadi berbeza.
Memang aku dapat rasa layan acuh tak acuh, pandangan aku pun tak dipedulikan, semua perkara yang aku buat akan dianggap sebagai simptom penyakit aku .
Orang lain yang takde rekod masalah mental takde masalh tidur lewat kan, tapi aku ni yg ada rekod, kalau aku tidur lewat, mak aku dah pandang pelik dan takut dah, padahal dia selalu tidur lagi lewat dari aku.
Ok, yang penting jangan sedih dan terima takdir Ilahi dengan hati yang redha, inshaAllah.
– Comot (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit