Jodoh: Jangan Buat Kerja Tuhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Nama diberi Syed.. Buat pertama kalinya confessor bagi tahu nama sebenar.. Selalu confessor tak bagi tahu nama sebenar.. Just letak nama samaran je.. Tapi kali ini aku berani letak nama aku Syed..

Cuma korang still tak tahu Syed apa kan.. Hahahaha.. Ok la tu at least korang tahu nama aku Syed..

Serba sedikit latar belakang aku, umur tahun ini 29 tahun kalau ikut bulan still 28 tahun.. Haha.. Anak bongsu daripada 7 adik beradik..

Masih bujang dan sedang bekerja..

Kalau ikutkan umur memang dah sesuai untuk berkahwin and biasalah mesti family akan tanya bila nak kahwin, dah ada yang punya ke..

Tambah2 aku seorang je belum kahwin lagi la banyak tanya.. Haha.

Tapi aku macam biasalah hanya mampu tersenyum and terus tukar topik.. Haha.. Bukan tak nak kahwin, tapi dah belum jodoh nak buat macam mana..

Panjang lebar pula muqadimah..

Ok berbalik pada tajuk.. Apa yang aku cuba nak kongsikan adalah kita jangan buat kerja Tuhan spesifik kepada jodoh.. Sebab kerja Tuhan ini banyak boleh jadi pasal rezeki.. Tapi aku nak sentuh adalah pasal jodoh..

Cuma dekat sini aku nak perbetulkan salah faham and nak bagi korang faham dan yakin bahawa Allah sahajalah yang menentukan jodoh kita..

Bukan ayah kita yang tentukan, bukan kawan kita yang tentukan tetapi hanya Allah lah yang tentukan jodoh kita..

Bukan apa kadang2 ada orang cakap kau bila nak kahwin nanti dah tua tak ada siapa nak dekat kau.. Jadi tak betul la dekat sini, dia siapa nak tentukan dapat jodoh ke tak.. Ada je umur 30 lebih 40 lebih baru kahwin..

So point pertama nak bagi tahu jodoh ini tak kira usia.. Kalau dah namanya jodoh tak kemana juga.. Ok untuk situasi kedua ada orang cakap kau kena lah usaha dulu untuk pikat dia.. Mana nak tahu kot2 tu jodoh kau..

Ok betul kena usaha, cuma kita kena yakin yang usaha tu hanyalah asbab dan sunnahtullah sahaja.. Kalau dia dapat atas usaha dia maksudnya rezeki dia la tu.. Kalau tak dapat bukan rezeki dia la tu..

So point kedua nak bagi tahu bahawa, kalau kita tak usaha sekalipun kalau Allah nak bagi juga jodoh kita Allah akan bagi.. Sebab apa, sebab dia dah tentukan semua ini.. Kita tidak boleh menghalang dengan ketentuan Dia..

Kalau Allah mengkehendaki sesuatu pasti akan berlaku, tetapi kalau Allah tidak berkehendakan sesuatu maka pasti tidak akan berlaku.. Jadi usaha itu hanyalah asbab dan juga sunnahtullah sahaja..

Kalau korang tak percaya korang boleh baca dekat google kisah pemuda dan sebiji epal.. Aku just ringkas je la kisah ini..

Dia hanya termakan buah epal sahaja tetapi terus dapat jodoh dari Allah.. Dia tak ada sedikit usaha pun untuk memikat wanita tetapi Allah masih jua bagi dia jodoh..

Aku tak cakap usaha tu salah, bagus kalau usaha cuma korang jangan yakin disebabkan usaha korang dapat..

Korang kena harap pada Allah.. Letak harapan tinggi hanya pada Allah sahaja.. Jangan letak harapan pada manusia, sebab manusia ini hanya makhluk sahaja..

So itu je la nak bagi tahu dulu, kalau ada penambahan atau pembetulan boleh je tulis diruang komen.. Biasalah kita ini manusia mesti ada kesilapan.. Moga apa yang aku cuba sampaikan ini dapatlah sedikit sebanyak manfaat in sha Allah..

Aku tak kahwin lagi sampai sekarang bukan sebab tak usaha ke apa.. Aku ada usaha juga tapi dah bukan jodoh nak buat macam mana kan..

Cuma kita kena yakin dan sabar bahawa kalau Allah nak bagi kita jodoh Dia akan bagi.. Kalau tak dapat didunia in sha Allah diakhirat akan ada..

Jadi janganlah risau kalau tidak diberikan jodoh.. In sha Allah, Allah dah tentukan perjalanan hidup kita ini baik2 dah.. Kita kena sentiasa bersangka baik dengan Allah..

Jadi yang mana still single aku doakan korang dapat berjumpa jodoh korang yang baik2 dan berkekalan hingga ke jannah in sha Allah..

Dan yang dah berkahwin aku doakan semoga korang berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah in sha Allah..

– SYED (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *