Ni sebenarnya cerita kawan aku. Aku tolong ceritakan. Aku dah minta izin pada kawan aku Jelo tu.
Nama Jelo, akhir 20-an, seorang pegawai kontrak yang bekerja di pusat bandar, KL. Pekerjaan Jelo memerlukan Jelo utk berkhidmat lebih drpd 60 jam seminggu. Pendek kata, kebanyakan masa Jelo terluang di tempat kerja.
Setiap hari Jelo berjumpa dengan kelompok yang sama. Bosan. Jadi bila ada masa atau hari ‘offday’, Jelo akan cuba mencari teman untuk keluar. Untuk mencari teman, Jelo gunakan ‘dating apps’.
Melalui ‘dating apps’, Jelo berjumpa ramai lelaki. Ramai yang memberi amaran mengenai kebanyakan lelaki menggunakan platform tersebut untuk mendapatkan khidmat seks. Tak dinafikan perkara tersebut. Tetapi semua itu terletak pada diri kita.
Nak dijadikan cerita, Jelo ter’match’ dengan seseorang yang bernama Am (bukan nama sebenar). Pada awalnya, Jelo merasakan Am merupakan lelaki yang menghormati seorang wanita.
Dia tak pernah bertanya tentang perkara yang tidak senonoh, mereka bertukar pandangan dan cerita mengenai keluarga dan pengalaman masing-masing. Jelo merasa senang dengan dia.
Waktu itu adalah waktu PKP pertama dilaksanakan. Jadi mereka tak pernah berjumpa langsung selama 2-3 bulan.
Tiba-tiba pada hari raya Aidilfitri, Am video call Jelo yang sedang bekerja. Agak mengejutkan sebab pada Jelo, hubungan mereka tidaklah begitu rapat sampai video call.
Katanya saja nak ucapkan selamat hari raya kepada orang yang bekerja di pagi raya. Okay la takpe. Mungkin Am memang begini dengan kawan-kawannya.
Satu hari tu Jelo mengalami mental breakdown. Yela, bekerja sepanjang PKP berlangsung, pergi kerja, balik rumah itu sahaja rutin hariannya. Nak hadap perangai bos-bos pula.
Jelo jadi sangat stress sampaikan Jelo mesej beberapa orang (kawan antaranya aku dan keluarga, termasuklah Am) semata-mata untuk luahkan rasa hati Jelo.
Pada waktu itu, orang pertama yang balas mesej Jelo ialah Am. Jelo pula bila terdengar sahaja suara Am, menitis terus air mata wanita.
Tidak tahu kenapa. Jelo bukanlah jenis orang yang menangis di hadapan orang walaupun dia sebenarnya orang yang sensitif. Sejak daripada itu, Am jadi salah satu tempat Jelo meluahkan rasa hati.
Lama kelamaan, Jelo mula rasa selesa dengan Am. Tetapi, Jelo ckap setelah beberapa kali keluar dengan dia, Jelo perasan sebenarnya Am nak jual insurans. Pada asalnya, Jelo cuba menolak beberapa kali sebab Jelo cakap kat aku yang dia hanya mahu berkawan.
Tetapi satu hari, Am buat status di whatsapp, dia marah pada seseorang yang menolak beberapa kali untuk ambil insurans dengan dia. Jelo pula bagi aku yang dah mula jatuh hati pada Am, ambil keputusan untuk ambil plan dengan Am.
Tak lama selepas itu, Jelo bagitahu aku yang dia confess dekat Am yang dia sukakan Am. Tapi Jelo kata dia tahu Am tak suka dia mcm mana Jelo suka Am.
Tapi, bagi Jelo tak salahkan kalau suka pada Am selagi dia takde girlfriend. Lama-kelamaan mereka jadi rapat berkongsi macam-macam cerita sampailah terbawa-bawa ke bilik.
Jelo ada juga cerita yang sebenarnya Jelo bukan orang pertama Am pernah bersama. Jelo syak sebelum2 atau sewaktu mereka berkawan, Am pernah bersama dengan orang lain. tapi untuk Jelo, Am adalah orang pertama Jelo bersama.
Tahu2 Jelo dah beberapa kali bermalam dengan Am (Jelo cerita pada aku pun setelah semua benda terjadi). Am tu pada aku muka macam jenis yang baik-baik.
Hm orang pun siap ada bagi gelaran alim. Jelo pula dah tangkap cintan dengan Am. Jelo cerita pada aku, mereka dah melakukan macam-macam perkara dan memori itu sangat segar dalam ingatan Jelo.
Dipendekkan cerita beberapa bulan lepas, Jelo ada cerita pada aku yang dia mula rasa Am makin jauh dari dia. Tak macam dulu. Jelo rasa Am dah ada teman wanita. Jelo pernah bertanya Am setiap kali mereka berjumpa atau mesej tetapi Am menafikannya.
Entah macam mana, Jelo dapat tahu yang Am memang dah ada orang tapi tak berterus terang dengan Jelo. Sebab Jelo pernah beritahu, kalau Am sudah ada orang dia sedia untuk undur diri.
Sudahnya Jelo mendesak Am banyak kali untuk berterus terang. Setelah diasak, barulah Am memberitahu dia sebenarnya sudah merancang untuk berkahwin. Luluh hati Jelo tapi terpaksa menerimanya.
Sedih-sedih si Jelo ni, ada juga dia bertanya bila Am akan berkahwin. Pada waktu itu, Am menjawab bukan dalam masa terdekat ni.
Tiba-tiba 1 minggu lepas itu, Jelo menangis memberitahu aku dia terlihat story Ig Am berpakaian seperti pengantin duduk atas pelamin dengan seorang wanita. Rupanya Am menipu dia lagi. Jelo sangat2 sedih dan marah.
Jelo pun serang dm IG Am yang mana Jelo dapat tahu sebenarnya Isteri Am boleh access akaun IG Am. Yang Jelo marah sangat adalah kerana sebulan sebelum tarikh pernikahan Am dan isteri, Am masih tidur dengan Jelo (waktu tu Jelo tak tahu lagi Am nak kahwin).
Bayangkan baru kawin 2 hari, isteri dapat tahu berita yang si suami buat dajal. Am berang dan marahkan Jelo kenapa bertindak macam itu.
Jelo kata Jelo faham kenapa Am layan Jelo begitu sebab Jelo beranggapan Am anggap Jelo seperti perempuan murahan. Tapi pada Jelo, Am tidak menghormati isteri dia.
Bayangkan engkau telah berjanji untuk berkahwin dengan orang lain tetapi masih tidur dengan perempuan lain atas alasan dia tidak mampu tahan.
Pada Jelo, kenapa Am nak berselindung lagi? Jelo pun banyak kali dah cakap Jelo sedia untuk undur diri. Jelo tidak boleh terima kenapa Am perlu menipu dia. Apa yang Am mahukan daripada Jelo pun tak tahu.
Jelo sangatlah marah dan sehingga hari ini, Jelo tidak mampu utk memaafkan Am. Menipu Jelo dan isterinya. Paling tidak pun, Am anggap Jelo sebagai seorang kawan pun sudah cukup baik. Bagitahu dengan baik. Setel dengan baik like an adult.
Sebab pada Jelo, dia telah memberi segalanya pada Am termasuklah duit. Am pernah meminjam duit Jelo, katanya keluarga memerlukan duit. Tak sebagai kekasih, anggap sebagai kawan pun boleh. Tapi, Am dah khianati kepercayaan itu.
Jelo pernah berkata,
“Iya aku tahu aku banyak dosa. Tapi, Am juga bersalah pada aku dan aku rasa seperti aku dianiaya. Jahat ke aku kalau aku doakan Am tak bahagia selamanya? Jahat ke aku kalau aku doakan Am tak dikurniakan zuriat?
At least takdelah dia melahirkan zuriat yang berperangai macam dia kan? Jahat ke aku kalau aku doakan semua benda dia buat atas dunia ni tak menjadi? Jahat ke aku kalau aku harap dia rasa serabut/ hati tak tenang sampai bila-bila?”
Nasihat aku, kalau nak pasang banyak-banyak tolonglah pandai putuskan bila dah decide nak kawin. Ini tak, masih nak menipu. Aku pun tak faham.
Perempuan; daripada cerita ni pun kau boleh nampak banyak sangat red flags yang Am tunjukkan. Jadi kita kena jadi orang yang lebih bijak.
Yang muka baik/ orang kata alim belum tentu alim dan baik. Jagalah maruah dirimu wahai wanita.
P/s: dengar cerita isteri Am cek fon setiap malam dan Am terpaksa delete conversation yang bukan sebab kerja dengan mana-mana perempuan.
– Jelo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit