Tertarik dengan perkongsian Puan Lina mengenai “KISAH CURANG SUAMI PALING BAIK DI DUNIA” (https://iiumc.com/kisah-curang-suami-paling-baik-di-dunia/).
Saya juga mengalami masalah lebih kurang sama iaitu suami baik yang curang. Semoga Allah beri kekuatan untuk saya share pengalaman sebagai teladan buat semua pembaca.
Saya Zara (bukan nama sebenar), telah berkahwin selama 7 tahun dengan pilihan hati. Belum dikurniakan zuriat tetapi hidup dengan bahagia tanpa ada tekanan dari mana2 pihak berkenaan soal zuriat.
Dari segi kerjaya pula saya merupakan pegawai tinggi kerajaan manakala suami pulak bekerja sebagai pemandu grab.
Walaupun pangkat dan gaji saya jauh melebihi suami, tetapi suami lah orang yang mendorong dan sentiasa menyokong sehingga saya berada di kedudukan sekarang.
Suami juga seorang yang sangat ringan tulang serta suka menolong kerja rumah.
Tetapi, malangnya suatu hari ketika suami mandi saya terbaca pesanan whatsapp dari nombor yang tak disimpan dan tertera gambar seorang perempuan.
Luluh hati saya ketika terbaca. Suami yang paling saya percaya dah yakin tidak akan khianati saya rupanya telah menduai saya.
Saya bercakap dengan perempuan tersebut dan minta penjelasan dari suami. Rupanya sudah beberapa bulan mereka berhubungan dan sudah banyak kali berjumpa.
Hancur retak beribu hati saya bila mengetahui kebenaran.
Menurut suami, dia hanya berkawan untuk mainkan perasaan perempuan tersebut. Perempuan tersebut juga agak berusia dan merupakan seorang janda anak dua.
Untuk pengetahuan, suami saya merupakan lelaki yang sangat baik perilaku dan juga tidak bercakap kasar.
Ibarat kata jika terjadi apa2 dalam perhubungan kami, semestinya orang akan menuduh saya adalah punca kerana saya seorang yang agak kasar (bukan jenis ayu) dan bukan lemah lembut seperti wanita diluar sana.
Selepas perbincangan hati ke hati, saya dapat simpulkan terdapat beberapa faktor suami memilih untuk curang :
1) Saya sebagai isteri ketika marah kadang2 akan menggunakan bahasa kasar ketika bergaduh (kami sangat2 jarang bergaduh)
2) Saya kadang2 tanpa sedar selalu merendah2 kan suami. Contohnya apa bila suami memberi pendapat yang bertentangan dengan pendapat saya, saya akan mengeluarkan ayat sebegini,
“Abang tak faham / yelaa abang jelaa yang pandai / Abang, kita bukan tahu semua mende dalam dunia ni tahu tak!”
3) Memandang kan saya penyumbang terbesar dalam ekonomi keluarga kami, suami sering kali merasa saya selalu mengungkit
(sedangkan sebenarnya tujuan saya untuk mengingatkan suami yang mana terkadang dia alpa akan pengorbanan / sumbangan saya sepanjang perkahwinan kami).
Jadi pesanan saya untuk suami/isteri diluar sana, jika ada ketidak puasan hati dengan pasangan, luah kan pada pasangan masing2 . Bukan kepada orang lain yang mana boleh membuka ruang kepada kecurangan.
Tidak lupa jugak buat isteri diluar sana, settinggi mana pun pangkat atau pendapatan melebihi sang suami, tolong hormati suami yang mana ada ego tersendiri.
Akhir kata saya memilih untuk memaafkan suami dan menyelamatkan rumah tangga yang kami bina setelah sekian lama serta saya juga memohon maaf kepadanya kerana mungkin saya jugak menjadi punca dia berlaku curang.
Saya harap pembaca dapat mendoakan supaya saya kuat dan tabah untuk melalui hari mendatang. Memaafkan itu tidak mudah. Tetapi masih boleh memaafkan. Untuk melupakan itu teramat sukar buat saya.
Ayat sama saya petik dari perkongsian Puan Lina
*Setiap orang diuji dengan berlainan cara, penyelesaian juga mungkin akan berbeza.
– PUAN ZARA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit