Pencapaian Aku Di Usia Cecah 40

Aku berusia hujung 30an nak masuk 40 dah. Seorang lelaki, masih lagi belum berkahwin dan kerjaya aku tak capai macam yang aku impikan. Ini sedikit sebanyak salam perkenalan mengenai diri aku dan topik mengenai aku.

Aku seorang lelaki yang nak masuk 40. Tapi jiwa aku masih muda ye. Aku still catch up dengan teknologi. Aku still layan youtube drama series mostly foreign stories, viu, netflix. Wayang pun masih aku ikuti dengan kawan-kawan sekali sekala.

Walaupun usia aku dah boleh dikata nak masuk senja agaknya, tapi minda aku masih tak senja ye. Aku boleh gembira kerana penampilan dan wajah aku tak menampakkan usia aku. Sama macam penyanyi Amy Mastura tu. Tapi ni versi lelaki. Hehe..

Badan aku tak besar menggelebeh sana sini, muka tak berkedut, atau menampakkan usia. Bukan nak body shaming siapa siapa tapi kalau aku tipu umur aku 25 pun orang akan percaya. Tu salah satu kurniaan yang aku dapat dan aku sangatlah bersyukur.

Lagi pula, aku still single dan available. Bukan tak berusaha mencari sebelum ni, tapi aku dah sampai tahap redha bila target kahwin aku 10 tahun lepas dah melepasi sasaran.

Sekarang ni bila umur meningkat, aku tak rasa nak mencari cinta lagi. Aku selesa macam sekarang. Aku pun masih ada lagi parents yang dah lanjut usia. Baik aku berbakti pada mereka je.

Kadang-kadang terlintas sunyi juga tengok kawan-kawan dah kahwin, berkeluarga, tapi kejap je perasaan tu terbuai. Besok-besok, layan drama, movie favorite aku, lupa lah semua tu. Lagipun aku ada anak buah yang ramai.

Kalau cerita pasal siapa nak jaga bila dah tua, insyaallah aku boleh jaga diri sendiri. Dalam kubur nanti kita sendiri juga. Benda selagi boleh berdikari, buat je.

Jangan dipasangkan dalam minda ,”esok aku tak larat, kena ada seseorang jaga aku”. Aku sendiri tak suka bergantung pada makhluk. So settel bab pasangan hidup.

Berkenaan dengan career aku pula , pencapaian peribadi aku sebenarnya sangat menyedihkan. Aku tak pernah berada dalam satu company, lebih daripada 3 tahun. Asyik melompat sebagai job hooper saja dan bukan bidang aku.

Kerap juga aku dapat sales walaupun aku dalam bidang korporat. Ni dah umur macam ni pun aku masih lagi pekerja yang bukan level pengurusan. Tak naik jadi team leader, tak naik jadi supervisor. Status pekerjaan pun kontrak macam mana nak naik ke peringkat lebih tinggi?

Rezeki aku dah tertulis tu tapi aku tak mengeluh pun. Dan aku masih layak je dapat dari bantuan macam Bantuan Rakyat 1malaysia dan Bantuan Prihatin Rakyat.

Memang dapat dalam setiap bajet tahunan, tak pernah miss, memandangkan gaji dan level aku yang dalam kategori bujang yang miskin bandar ni. Rezeki aku lah kan.

Di usia orang kata usia berjaga-jaga sebab ujian biasa datang bertimpa-timpa bila dah lebih 35 ke atas ni, aku tak lupa selalu bersyukur, selalu merasa cukup, menjaga ibadah, dan selalu bersedia kira ajal menjemput.

Pencapaian aku mungkinlah tak membanggakan, nampak macam kasihan dan lemah, tapi aku redha dengan apa yang telah ditetapkan. Setiap orang ada fasa yang dia akan lalui termasuk aku.

Dan pada usia nak masuk 40 ni, walaupun tak berjaya macam setengah insan yang lain, aku yakin Yang Maha Kuasa ada tetapkan perjalanan yang cantik untuk aku, mungkin aku yang belum sedar. Mungkin..

Ni sekadar coretan untuk aku lepas kan disini kerana ada yang usia nak masuk 40 juga tapi bahagia dengan hidup dia. Level mana pun kita, jangan pernah mendongak sampai menyombong diri.

Terima kasih kerana membaca.

– Masih Muda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *