Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Aku Nora. Pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih sekiranya luahan aku disiarkan.
Tiada apa-apa just santai sahaja. Hanya untuk menceritakan serba sedikit pengalaman hidup aku ketika bergelar janda atau miss J yang dipandang sinis oleh siapa-siapa terutama para isteri orang tu kan.
Sejujurnya aku memang tak suka status ini which aku sedaya upaya mempertahankan perkahwinan selama 8 tahun sehingga ada 2 orang anak.
Tapi aku memang dah tak sanggup lagi nak bela biawak hidup sehinggakan setiap hari aku akan menangis semasa perjalanan aku ketempat kerja dan diri aku ketika itu penghujung 20an dah macam makcik2, sedaya upaya aku berjimat nak cukupkan semua disebabkan gaji aku kecik.
Suami aku pada ketika itu bekerja tapi aku tak tahulah apa masalah sesuka hati dia tak datang kerja sampailah dia memang tiada sumber pendapatan dan memang dibahu akulah semuanya.
Keluarga suami ada membantu tapi aku akan sakit dada setiap kali ibu dia cakap harta dia habis sebab nak elokkan anak dia (suami aku). So dipendekkan cerita aku fight untuk berpisah. Ya, aku berjaya memegang gelaran miss J.
Sebenarnya bukan kisah berkenaan perkahwinan aku yang gagal itu yang aku nak ceritakan tetapi cerita selepas aku bergelar miss J.
It was not easy to be single mother but alhamdulillah aku bersyukur kedua ibu bapaku masih hidup dan bersedia untuk menolong menjaga kedua anakku meanwhile aku keluar bekerja.
Aku memang kena bekerja for better life dan aku bersyukur aku ada sedikit pelajaran which make me strong and confident jika terjadi apa2 terhadap diriku. So fokus aku just membesarkan kedua2 anakku.
To be honest aku memang dah malas untuk mengenali mana2 lelaki, bimbang terjumpa jenis yang sama macam sebelum ini and jika ada yang jumpa aku hanya anggap sebagai kawan sampailah aku bertemu dengan peminat rahsia aku diwaktu sekolah dahulu. Hahahaha.
Aku namakan dia sebagai Azim. Ya aku pun tak tahu dia datang dari mana, seingat aku, aku pernah join reunion sekolah bersama kawan2ku yang lain, mungkin dari situ. Aku ada dapat pm dari Azim dekat fb. Aku dah lupa siapa Azim sebab dia kelas lain. Kami sebaya ketika itu awal 30an.
Dia single tak pernah berkahwin, ok aku memang akan elak kalau dia suami orang sebab rata2 waktu itu susah nak cari yang single if umur dah 30 keatas, ada pun bujang terlajak macam dia lah. Tanya punya tanya dia duduk berdekatan saja dengan aku dan dia kerja bagus juga.
So aku ok sebab dia single dan dia ajak jumpa, maka berjumpalah kami dan everything smooth. Aku nampak dia baik dan bertanggungjawab and nothing happen antara aku dan dia. Aku memang jaga.
Short story perkenalan kami tidaklah lama, tiga bulan macam tu aku nampak macam dia suka aku sebab selalu jumpa dan tak kisah pun dengan status aku ni,
Also aku sebagai wanita yang dah pengalaman before this malas nak tangguh2 lagi aku pun bagitahu pada dia kalau sukakan aku, boleh proceed to next step.
Then dia cakap nanti dia fikirkan. So kami pun mesej dan jumpa macam biasa sampailah satu hari dia tak jawab mesej ataupun call dari aku.
Aku jadi pelik. Berlarutan dekat sebulan macam tu dia avoid to berhubung dengan aku. Boleh tak rasa macam mana perasaan tu. Dia yang datang approach aku then suddenly ignore aku macam takde apa berlaku antara kami. Then aku tak dapat contact dia. Aku rasa dia block aku.
Sedihnya aku. Kenapa buat aku macam ni.
Selepas sebulan tu aku dapat berhubung dengan dia, dia unblock aku, aku minta penjelasan kenapa tiba2 macam ni. Rupanya2 dia dah tanya semua pendapat kawan2 terdekat dengan dia mengenai perhubungan dia dengan aku, rata2 bagi pendapat tak perlulah teruskan perhubungan dengan aku.
Status aku J tu memang sesuatu yang tak sedap didengar. Demi Allah aku sedih. hina sangatkah status aku ni. Dan lastly dia bagitahu aku juga dia malu dengan status aku. Aku tak faham kenapa kau datang cari aku dan bagi aku harapan wlpn kau dah tahu siapa aku.
Aku sedih juga seketika tapi tak lama aku moveon sebabkan aku juga ramai kawan2 yang lain. kawanku menasihatiku takpayah lagi kejar lelaki sebegitu.
Pointnya kat sini aku tak boleh terima Azim seolah menghina status J tu selepas dia termakan kata2 kawan2 sekeliling walaupun dia tahu siapa aku. Ya itulah cabaran dan dugaan untuk aku.
Selepas daripada itu aku jalani hidup macam biasa dan anggap bukan jodohku, ada juga aku mesej2 Azim dan dia bagitahu dia injured mungkin kifarah dekat dia sebab buat begini dekat aku.
Dia tak mencari aku pun which memang dia tak hadap dengan aku dah. Pendek cerita dia mencari gadis single remaja.
Selepas setahun, aku masih belum dapat jodoh aku lagi dan aku dapat berita dari sahabatku yelah diakan kawan satu sekolah memang tak kemanalah lambat laun aku akan tahu juga. Azim nak kawin dah jumpa gadis single idaman kalbu dia tu. Aku just fine mungkin itu jodohnya.
Alhamdulillah cantik pilihan Azim, dengar cerita umur 20. Aku doakan dia bahagia dengan gadis pilihannya.
Aku tak cemburu pun. Dah tertulis itu jodohnya. And you know what kawan aku akan sentiasa update what happen berlaku…. Isterinya pregnant bla3. Emm aku pun dengar saja.
Alhamdulillah. Waktu isterinya melahirkan pun kawan aku pun update juga. Baik kan kawan aku… hahaha. Walaupun Azim dah bukan siapa2 pada aku.
Innalillahiwainnailahirojiun, aku terima berita sedih, isteri Azim meninggal dunia ketika dalam pantang akibat terjatuh dari bilik air.
Ini kisah benar guys aku macam tak percaya. Semua berlaku terlalu cepat. Anak Azim tak tahu dipelihara oleh siapa. Aku tak tahu nak cakap apa. Takziah untuk Azim.
Kawan aku ada bagitahu aku juga. Azim dah dpt status sama macam aku. Selepas itu aku dah tak tahu lagi dah cerita pasal Azim.
Kesimpulannya disini pembaca boleh simpulkan sendiri. Bagi aku lah. Perkara yang masih terkesan dihati adalah penghinaan status oleh Azim terhadap aku. Janganlah kita menghina apa2 status sekalipun, semua yang berlaku dah ditentukan Allah.
Oklah pembaca semua, aku tak tau kalian faham atau tidak tapi itu antara pengalaman hidup aku yang aku nak ceritakan disini. Aku sekarang dah bertemu jodoh aku. doakan jodoh kami berpanjangan.
Sekian.
– Nora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit