Karma Itu Benar

Cerita aku ini terjadi dari zaman sekolah menengah lagi. Pada masa itu aku berumur 17 tahun dan bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Aku telah berkenalan dengan seorang lelaki yang amat terkenal di sekolah kami dan aku sendiri tidak tahu akan perkara itu di sekolah sebenarnya. Aku jenis yang suka berkawan dengan lelaki, bukan tak suka kawan dengan perempuan cuma tak rapat sahaja.

Bagi aku berkawan dengan lelaki ko lebih tenang kerana mereka adalah kaum yang tak banyak cakap dan suka nak bercakap benda yang tak perlu kan?

Lelaki yang telah menjadi pasangan aku masa sekolah ni pula kami kenal di sebuah kem di Ulu Bendul Negeri Sembilan.

Sewaktu di kem ini la dia iaitu Mohd Syukur telah jatuh hati ketika melihat aku disana. Yang bestnya aku sendiri tidak tahu yang Syukur ini adalah satu sekolah dengan aku.

Sememangnya aku tidak tahu akan kewujudan dia di sekolah aku. Jadi di kem tersebut dengan senyap-senyap dia telah meminta nombor telefon aku pada sorang kawan rapat aku iaitu Hafiz.

Jadi dari situ kami berkenalan secara rapat dan makin rapat di sekolah hinggalah kami diistiharkan satu pasangan bercinta dan satu sekolah tahu kami sedang ada hubungan.

Jadi satu sekolah tahu kami bercinta dan Syukur ini pula salah sorang pelajar terkenal dengan kelab bola sepak disekolah, memang dia sangat top bukan sahaja sebab dia budak bola,

Malah dia juga mempunyai wajah yang tampan dan susuk badan yang sangat memang diidamkan oleh wanita la.

Pelik kan kenapa dia suka aku hahaha. Walaupun ramai juga lelaki di sekolah yang nak akan aku tapi aku tak tahu kenapa aku boleh cakap setuju untuk menjadi pasangan syukur ni. Mungkin jodoh kan kita pun tidak tahu.

Budak-budak lelaki yang mana pernah minta couple dengan aku dulu semua cemburu dengan si Syukur ni.

Baiklah tak nak la panjangkan cerita lagi kan, sebelum aku couple dengan syukur ni aku masih lagi ada hubungan dengan sorang lelaki ni yang berumur 8 tahun tua dari aku tetapi dia sangat baik cuma dia kerja jauh di JB dan aku jarang sekali jumpa dia dan nama dia Syahir.

Di situ aku telah berlaku curang dengan dia tanpa memikirkan perasaan dia langsung dan yang paling penting dia sangat-sangat sayang aku.

Memang nampak sangat sayang dia tu kat aku sebab setiap bulan dia balik mesti pasti dia akan bagi aku sejambak bunga.

Hampir setahun aku menjalinkan hubungan dengan dia dan bilik aku sampai dah tiada tempat untuk letak bunga-bunga yang dia bagi kat aku setiap bulan tu.

Aku apabila berjumpa dengan syukur ni aku terus rasa suka rasa jatuh cinta, padahal aku masih ada teman lelaki aku si Syahir tu.

Aku tak tahu lah kenapa aku kejam sangat masa tu , sampai syahir tu selalu tanya kenapa buat dia macam ni, nampak la sedih kat muka dia sian dia tapi aku tak tahu lah kenapa aku kejam sangat kan.

Jadi lepas dari kejadian aku dengan Syahir tu aku dan dia terus senyap dan memang dah tiada hubungan apa-apa.

Sehinggalah aku dapat tahu dia mahu bernikah, dan aku mendoakan agar dia bahagia bersama isteri dan anak-anak dia sekarang ini.

Sehingga kini aku dan dia masih berkawan seperti biasa cuma rasa mnyesal sebab dia sorang yang baik dan mempunyai pekerjaan yang kukuh dalam sektor kerajaan.

Baiklah sambung balik pada budak famous si Syukur ni, selepas beberapa bulan aku bercinta dengan dia baru aku tahu yang dia sorang yang sangat baran, sangat cemburu.

Selalu aku balik sekolah jalan kaki bersama kawan-kawan rapat aku, tetapi lepas aku menjalinkan hubungan dengan Syukur ni hidup aku bersama kawan-kawan berubah 360 darjah.

Setiap kali pergi sekolah dan balik sekolah aku mesti pergi dengan dia. Jangan mimpi la kau nak balik nak jumpa kawan-kawan kau.

Kawan-kawan aku rasa sangat tak suka aku bercinta dengan Syukur ni. Syukur ni ok sahaja, dia sangat menitik berat akan hal-hal penjagaan kesihatan ni. Aku suka orang yang pandai jaga kesihatan hahah.

Satu sahaja masalahnya dia panas baran dengan aku. Sampai satu tahap aku pergi rumah kawan perempuan aku untuk ulang kaji pelajaran dan dia pula dapat tahu yang aku tak bagi tahu emmmm korang rasa apa jadi kat aku?

Semestinya aku kena belasah la dengan dia, dia cekik seret aku semua aku dah rasa.

Disebabkan aku tidak tahan dengan sikap panas baran dia tu aku pun mengambil keputusan untuk minta putus. Tapi tu belum menjamin lagi ko selamat hahaha. Dia mula la merayu-rayu bagai dan kau pula masih sayangkan dia kan so kau pun terima dia semula.

Dia berjanji untuk berubah, setelah beberapa kali putus sambung putus sambung sampai la kami tamat sekolah menengah, aku tengok dia banyak berubah. Dia tidak lagi panas baran seperti waktu belajar dulu.

Aku pun masuk sambung belajar masuk Kolej dan dia pula dapat kerja Honda dan masih aktif dalam sukan bola dia sebab dia salah sorang wakil pemain untuk Negeri Melaka.

Hubungan kami masih macam biasa walaupun dah jarang jumpa kan, sehingga lah aku masuk semester 5 dan hubungan aku dengan Syukur pun sudah hampir 5 tahun.

Kemudian Syukur dapat tawaran dengan MBPJ untuk menjadi salah sorang pemain club disana dan diserap terus menjadi pekerja dibawah MBPJ.

Sebenarnya si Syukur ni dia tiada akaun Facebook taw, tapi aku ni gatal-gatal suruh dia buat akaun Facebook dan disitulah terjadinya pergaduhan yang menemukan jalan mati antara kami berdua.

Syukur ni dia di KL duduk dengan sepupu dia, so aku ni ada la bertekak dengan Syukur ni pasal dia jarang balik Melaka jumpa aku semua lah.

Sepupu dia pula masuk campur, dan Syukur ni pulak jenis sayang keluarga lebih. So kami bergaduh pasal keluarga dia masuk campur hal kami.

Sejak tu Syukur langsung tiada hubungi aku terus, aku hubungi dia susah nak angkat. Sebulan aku menangis sampai masuk kelas bengkak-bengkak mata.

Sangat-sangat sakit masa tu Tuhan saja yang tahu, sebab masa tu juga la teringat apa yang aku da buat dengan pakwe lama aku si Syahir tu.

Aku pernah sakitkan hati dia dan tinggalkan dia macam tu saja dan sekarang kena balik dekat aku ditinggalkan bagai gantung tak bertali sebab Syukur tiada lafaz putus atau cakap apa-apa langsung dekat aku.

Syahir tu sangat-sangat baik orangnya tapi aku tinggalkan dia macam tu saja dengan alasan aku da suka orang lain. Korang rasa? Aku memang teruk kan. So aku harap korang yang jangan lah kecewakan hati orang yang sayang kita ok.

SHARING IS CARING….

Terima Kasih kerana sudi baca…

– Jane (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *