Salam semua. Aku sebagai seorang ibu yang ada anak-anak belajar dekat sekolah rasa nak confess sikit hal-hal berkaitan keselamatan murid ini.
Aku rasa sesak dada, sempit dada, ketat dada bila tengok suasana lepas buka sekolah ini. Ada saja isu berbangkit.
Dari tahun lepas lagi netizen tegur perangai cikgu-cikgu viral ini. Tak juga ambil pengajaran. Makin menjadi perangai masing-masing.
Takkanlah nak kena tunggu surat saman baru nak berubah perangai masing-masing? . Isu paling ketara ialah penglibatan murid dalam sosial media cikgu-cikgu yang langsung tiada kaitan dengan sekolah.
Anak-anak sendiri takde ke sampai nak masukkan anak-anak orang ke dalam sosial media masing-masing? Kalau anak cikgu sekali pun belajar di sekolah yang sama, tolong hati-hati masukkan video atau gambar anak orang lain.
Motif tunjuk video anak-anak cikgu jalan di koridor? Motif tunjuk dan rekod gelagat anak sendiri dalam kelas? . Kalau tempat tu sunyi takde murid lain mungkin boleh pejam mata tengok.
Tapi yang secara jelas ada dalam video tu kelibat murid-murid lain. Walaupun sipi, kalau orang kenal dan berniat jahat tak ke mengundang bahaya? Hal cenggini semua ibu bapa tak boleh nak husnuzon. Nyawa anak-anak kut.
Kalau parents lain buat benda yang sama tahu pun marah. Mengganggu kosentrasi guru-guru mengajar. Ini guru sendiri yang upload macam mana pulak tu? .
Konon nak tunjuk anak-anak sendiri je. Kalau dalam kelas, jalan kat koridor tu anak cikgu sorang takpe, ini ada anak-anak murid yang lain.
Kenapalah degil sangat cikgu-cikgu ini semua? Bahaya tahu tak buat semua tu. Ada ibu yang ketakutan anak-anak dilarikan oleh bekas suami atau keluarga dan bermacam lagi masalah keluarga yang lain.
Dimanakah common sense seorang cikgu ini? . Takkanlah cikgu-cikgu busy sampai tak ikut perkembangan semasa? Takkanlah tak sedar banyak ibu bapa yang concern fasal ini?
Bahaya ini datang dalam pelbagai cara. Kita bukan tahu apa masalah students dan family di luar sana. Buatnya terjadi kes culik atau kematian kena serang, siapa nak bertanggungjawab?
Sebelum terjadi apa-apa, lebih baik berhati-hati dan bertindak cepat lindungi hak-hak privacy murid-murid.
Tolonglah jaga privacy murid-murid. Apa yang susah sangat? Ada KPI yang perlu dicapai ke sampai nak kena upload video gambar anak-anak murid dekat personal social media masing-masing?
Aku fokus isu ini sebab dah macam melampau dan keterlaluan sangat dah masing-masing post kat personal social media masing-masing.
Segala teguran netizen seperti dipermainkan oleh guru-guru viral ini.
Itu belum lagi tegur fasal tingkah laku. Aku taknak sentuh bab joget menari, baju ketat, kuku colourful bagai tu.
Dah muak nak tegur selagi pentadbir sekolah sendiri tak ambil tindakan tegas, selagi tulah wujudnya cikgu-cikgu perangai macamni.
Cukuplah setakat ini luahan hati aku. Ikutkan banyak lagi nak luah. Tapi kalau luah panjang-panjang pun kalau still takde perubahan tak guna juga.
Aku harap one day ada peguam atau sesiapa saja yang berkuasa dalam bidang ini datang ke sekolah bagi ceramah ke taklimat ke apa-apa saja lah untuk bagi cikgu-cikgu ini semua faham fasal topik privacy murid ini.
– Diana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit