Assalamualaikum Hawa. Akak baca story Hawa, (https://iiumc.com/ujian-si-hawa/).
Tough situation indeed, sebab apa tau Hawa, sebab Hawa dah Cinta.
Akak faham, Hawa setia. Dan dia dah pun menjadi tunang Hawa. Family dah tahu. Mungkin, rata-rata saudara mara, sahabat handai juga dah tahu. Dan Hawa sendiri pun dah plan everything in mind, to be a part of his life, sooner than reality.
Hawa, kita perempuan. Kita memang perlukan “pengemudi” atau “nakhoda” dalam alam perkahwinan, bukan kerana kita lemah takboleh buat apa apa. Tak, kita pun ada kekuatan kita, cuma kita bukan ketua, dan perlukan ketua dalam perkahwinan.
Jadi sebenarnya, kita sedang memilih “captain” yang akan ketuai perlayaran lepasni. Jadi haruslah diperhati dan dipilih dengan betul.
Ketepikan rasa Cinta, ya, sukar. Tapi kalau Hawa nak bahagia dunia akhirat, hawa perlu rasional.
Kata sorang omputeh di IG :
“Your mind has to be stronger than your emotions. Think about all poor decisions you’ve made in your life, because of too much emotions involved in it”
Hawa jangan emosi dlu. Observe hawa, observe.
Fokus dia dah berubah, sekarang.
Bukan dia tak Cinta Hawa, akak faham.
tapi Dia ada matlamat lain, yang dilihat lebih Penting dari Hawa. Jelas.
Letak tepi semua possibilities yg He may turn out and look at his “reality” sekarang.
He has plans, but not about living his life with Hawa, but to rebuild his life, his career dengan sambung belajar dan dapat kerja pensyarah, bukan bahagian kitchen lagi. Dia masih belum “settled down” orang putih kata.
Bila jadi lelaki, jarang yang sanggup pikul tanggungjawab sebagai suami bila mereka pun taktahu hala tuju. Mereka rasa berisiko, tidak mampu nak beri bahagia, sebab mereka pun tak bahagia, yet.
Ini saya highlights buah fikiran lelaki yang jujur ya, bukan lelaki yang pakai alasan sama tp mempermainkan perasaan orang, jadi playboy taik minyak.
Saya tak pasti tunang Hawa golongan mana, Hawa lagi kenal dia.
Jadi bila fokus dia shifted, maka Hawa kena sedar, ambil tahu yg adakah perkahwinan ini akan tetap berlaku dalam masa yg Hawa jangkakan?
“Bila kita nak kawen?” Tanya pada dia.
If dia ada bagi plan how he will menabung, or how he will secure your life with him nanti, or if he nak kawen juga masa belajar dan ada plan, boleh pertimbangkan, Hawa dengar dan buat pertimbangan kerana Allah.
If he said 3 years later, plan dia cemana?
Hawa rasa mcm mana hidup hawa time menunggu ni? Dia macam mana?
If he said masa belajar, plan dia cemana? Hawa rasa perkahwinan Hawa akan bahagia dengan cara dia bawak diri?
Cuma itulah Hawa, action speaks louder than words. Sembang kari is too easy Hawa, cuba make sense kan apa yang dia cakap, istikharah, beritahu mak ayah and asks for opinions, tulis pros and cons satu persatu dan musyawarah. Jangan fikir Cinta lagi Hawa, fikir masa depan dahulu.
If for now He has nothing in mind about marriage yet, if Hawa nak tunggu dia, Hawa dah setuju untuk susah dulu menunggu dan senang kemudian masa kawen, atau susah menunggu dia graduate, atau susah pula jika tiada jodoh.
Sebab Hawa pertaruhkan hidup dan usia hawa tau, untuk tunggu seorang lelaki yang masih sibuk membina masa depan dia sendiri, yang
Wallahualam kita tak tahu siapa yang “singgah” di sepanjang pengajian dia.
Akak bukan nak Hawa syak wasangka, tapi Hawa kenal diri Hawa macam mana. Hawa boleh ke redha dengan apa sahaja takdir nanti?
Walau ada possibilities untuk kecewa?
Sebab apa tau, The man himself, do not promise you anything yet, Hawa. He doesn’t even have a proper plan, yet.
So anything might happen. He may marry you, or left you. If you decide to wait, then you are risking your life, your heart, mental health and life timeline.
Dia memang abadi kejam jika tinggalkan Hawa selepas bertahun Hawa tunggu dia. Hawa setia, hawa sayang. Faham.
Tapi if you agreed to take the risk, dari awal lagi (sekarang ni), untuk tunggu dia, sedangkan dia takda plan apa2,
means you are ready for just, anything in the name of your “eternal love”, Even if you may get hurt in the end, which, for me, is not good at all.
Unless if he’s your husband and you nak pertahankan perkahwinan kan. Boleh usaha, itupun bukanlah sampai menidakkan hak diri, atau jadi dungu. Nauzubillah.
Solution yang terbaik bagi akak, Hawa jangan letak harapan pada dia. Letak pada Allah swt dan sentiasa berdoa ditunjukkan jalan.
Hawa, bila kita cakap kita letak harapan pada Allah sahaja, means kita tak risau dah apa nak jadi. Kita kawen dengan dia ke, dengan orang lain ke, kita tawakkaltu alallah.
Kita dah sayang, dah setia, dah doa, dah suka, sekarang biarlah Allah swt Yang mudahkan, either mudahkan kahwin / mudahkan jumpa jodoh yang sebenar.
Istikharah, minta Allah tunjukkan samada worth it tunggu dia atau macam mana, kemudian decide apa yg Hawa rasa terbaik untuk masa depan hawa, untuk agama hawa, Dunia akhirat hawa.
Hawa kena come clear to your goals in marriage, and His goals as well. The plans, the pros and cons. Everything. Sebab akak taknak hawa kecewa.
Dan akak tak cakap tunang hawa tak baik, bukan macam tu. Akak cuma nasihatkan agar Hawa tanya tunang hawa baik baik tentang kamu berdua macam mana. Cinta sahaja tidak cukup. Sebab Cinta ni, seharusnya dibaja subur setelah berkahwin.
Kalau sebelum kahwin, pasangan perlu raised taqwa dan tahu tanggungjawab dahulu sebelum baja Cinta, barulah long lasting marriage in sha Allah. Kerana Cinta Tanpa Taqwa dan tanggungjawab hanya sekejap sahaja. Selebihnya, sakit.
Kata ustaz, kerana Perkahwinan tidak kekal kerana Cinta, melainkan hanya kerana Taqwa kepada Allah swt sahaja.
Ya, sebab takut pada Allah sahaja marriage ni bertahan.
kerana takut pada Allah-lah, kedua-duanya suami dan isteri terus dan terus bertanggungjawab melaksanakan tugas masing2 dalam perkahwinan.
Bila setan inject rasa Nak curang dengan tunanglah, dia tak tahu pun, ehh Allah nampak ni takboleh, berdosa. Sebab dah janji dengan dia & keluarga, tak boleh mungkir, Allah marah. Kalau macam ni alhamdulillah la kan.
Berbalik pada Hawa yang kenal tunang Hawa, rasanya macam mana? 3 tahun ni. If nak tunggu dia grad.
Jangan rabun dengan cinta, lihat taqwa dan rasa tanggungjawab nya dahulu, dan kita semak diri kita juga.
Jangan sacrifice your life out of Love kepada bukan mahram Hawa ya.
Kalau dah plan kahwin, dan buat semua, still kena tinggal / berpisah at least Allah saksikan usaha kita Hawa. Hawa takkan rasa menyesal yang lama, sebab Hawa dah usaha tanya, usaha macam2. Tapi masih ada ujian. Jadi Allah maha memudahkan, menggantikan.
Kalau tak usaha, maka sakit dia amat sakit. Kenapa la aku… Kenapa macamni.. kenapa aku macam tu.. all those kenapa(s) will RIP your mind, bila reality tak selari harapan.
Jadi Hawa fikirlah ya. Kuasa doa tu sangat hebat Hawa, curhat dengan Allah, cerita semuanya, lebih detail dan penuh perasaan berbanding dengan Hawa cerita dekat kami di sini.
Akak pernah rasa apa yang hawa rasa, akak pernah rasa down teruk dan I hate myself for allowing a person to decide, whatever he wanted to do in my life, to love or leave me, anytime he wants. Ruining my mental health, as post break-up really got me insane.
He was prioritizing his career life, I waited for him, bertahun tahun for him to finally treated me like a doormat, for I’m not in his present and future plan, anymore.
Absurd decision ever, by Me.
Affected dari harapan mengangkasa, tergolek jatuh dan allow him to RIP my senses dengan sedih ditinggalkan. Sungguh bodoh akak ini.
Hawa cerdik pandai mak ayah jaga, didik dan sayang Hawa, Hawa jangan risikokan diri Hawa okay?
Buatlah apa yang patut Hawa ya, Tanya Allah betul betul. Istikharah, istisyarah, betul2. Tanya dia, tanya mak ayah dia. Mak ayah Hawa pun perlu bincang.
Hawa pilih diri Hawa! Decide untuk Hawa! Jangan biarkan Cinta pada Dia yg decide, Hawa rasionalkan minda. Sebelum Hawa dipilih sesiapa, pilihlah diri Hawa dahulu, bukan selfish ya, tapi put boundaries.
Sampai mana saja boleh tolerate kerana Allah, dan sampai mana Hawa kena stop dan pilih diri Hawa, kerana Allah, dengan penuh berakhlak.
Hawa, semoga Allah mudahkan urusan jodoh Hawa dan semua wanita di dunia.
Banyakkan baca Ya Bari’ (maha mengaturkan) 40x selepas subuh mintak ALLAH mudahkan urusan kita (ustazah Asma’ Harun)
Itu sahaja perkongsian dari akak. Assalamualaikum.
– Dhuha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit