Mangsa Sihir Sejak 2016 II

Assalamualaikum. Berbanyak terima kasih atas perkongsian pusat rawatan, you tube ruqyah mandiri, fb ustaz. Moga Allah merahmati setiap urusan semuanya.

Sebelum ni saya ada confess di sini, (https://iiumc.com/mangsa-sihir-sejak-2016/).

Ramai yang tanya dan komen cerita saya sebelum ni tergantung, kenapa kak ja? Perawat bagitahu ke? Jumpa bomoh ke? Sepanjang rawatan saya hanya ke pusat Islam dan berjumpa ustaz sahaja. Macamana saya tahu kak Ja? Mari saya ceritakan macamana..

Lepas hampir beberapa tahun saya sakit, satu hari ada kawan saya pergi umrah, saya kirimkan doa pada dia agar Allah beri saya petunjuk dan buka jalan kesembuhan,bertemu jodoh dan ada zuriat.

Dan alhamdulillah Allah makbulkan doa ni. Selama tempoh tersebut saya memang amalkan hari2 yassin 7 mubin dan niat supaya Allah beri saya petunjuk.

Tak lama selepas tu, ada kawan saya beri nombor satu ustaz. Saya pun dapatkan rawatan, ustaz suruh dapatkan air kolah masjid (untuk mandi) dan saya pun diruqyah. Memang sepanjang rawatan ustaz suruh fokus sihat saja.

Sampailah saya dapat petunjuk melalui mimpi. Mungkin pembaca yang mana mangsa sihir akan faham situasi saya yang mana Allah akan datangkan petunjuk melalui mimpi atau cara lain.

Dalam mimpi tu Kak Ja bawa saya ke satu rumah usang, kemudian saya lihat ada beberapa orang nenek sedang layar gambar saya atas api.

Situasi tu mereka seolah sedang memasak saya. Kemudian Kak Ja bawak sy keluar. Tapi takda satu dialog dalam mimpi tersebut.

Bila saya terjaga jam pukul 3.15 pagi dan sebelah saya ada bangkai cicak serta ulat gonggok. Esoknya saya cerita pada ustaz yang rawat saya dan ustaz tersebut suruh amalkan sentiasa yassin mubin.

Setelah berfikir lama saya pun hantar mesej yang panjang pada Kak Ja dan saya tanya kenapa Kak Ja hantar benda pada saya sampai saya sakit. Kenapa buat saya dan A berpisah dan membenci?

Tapi Kak Ja balas emoticon kartun ketawa dan dia tulis ‘dah tahu ke hahaha’. Lepas tu memang A dan Kak Ja berkahwin.

Saya faham pembaca yang tidak percaya kerana tidak di situasi saya. Sedangkan kawan di sekeliling saya juga tuduh saya tak move on dengan ex lama, masakan orang tudung labuh main sihir mereka kata.

Saya pulak memang saya akui saya kategori biasa saja, happy go-lucky, tudung biasa saja.

Sampailahh sekarang saya hanya mendiamkan diri dan memang mengelak kalau ada reunion atau kenduri kawin rakan seuniversiti kerana circle kawan saya dan Kak Ja, kawan kami sama. Saya memang tak kuat kalau jumpa Kak Ja dan suami dia.

Saya takut bertindak di luar kawalan, takut jadi kurang waras terjadi adengan tarik tudung nanti. Perihal pembaca yang soal Kak Ja solat, kenapa tuduh dia? Memang Kak Ja orangnya solat. Saya pun takda jawapan untuk itu.

Saya bukan tuduh dia cuma saya tiada bukti secara fizikal. Sedangkan di negara kita tiada dakwaan khusus pada tukang sihir, bomoh atau penyihir. Saya memang tiada jawapan untuk ini.

Akhir kata saya nak ucapkan terima kasih pada semua pembaca yang sudi respond. Sejujurnya saya lebih tenang lepas confess dan baca komen, serta nasihat pembaca.

Mungkin sebab saya takda teman bercerita, kawan seuni tak percaya, kawan kerja terlalu peribadi kisah saya, nak bercerita pada suami saya rasa tak adil untuk dia.

Suami saya ada waktu saya susah, selepas saya bersalin memang gangguan saya lagi teruk tapi suami saya ada dan tak tinggalkan saya.

Walaupun asbab gangguan, rumah tangga kami terumbang ambing tapi suami saya tetap kuat semangat bawa saya ke pusat rawatan islam sebulan sekali. Jadi memang saya tidak berkongsi perihal ini dengan suami.

Saya akan belajar berdamai dengan masa lalu seperti nasihat pembaca, saya memang lebih tenang.

Memang setengah kalian saya tak pernah kenal tapi saya rasa nasihat dan pujukan diberi terkesan dan dekat di hati saya. Saya doakan semua pembaca dalam jagaan Allah.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *