Hai semua aku nak share dengan korang benda yang ternyata jadi kat aku dan selama ni aku hanya dengar apa yang orang selalu cerita tentang kes kawan makan kawan ni. Tetapi sekarang benda tu terjadi dekat batang hidung aku sendir.
Ceritanya begini, kawan aku ni aku gelarkan dia M, si M ni satu kelas, satu rumah dan satu bilik dengan aku sewaktu di kolej dulu.
M ni sorang wanita yang sangat bijak, so tak dinafikan la dia dapat 4 flat setiap sem kan. Siapa saja yang tak nak kawan dengan dia kan. aku pun selalu la minta tunjuk ajar dia kalau aku tak tahu dan dia pun bukan jenis yang kedekut ilmu ni.
Boleh katakan dia ni baik sangat-sangat, sopan saja, ayu. Tetapi disebalik semua tu rupanya dia bukan sebegitu rupa.
Aku ni suka ambil positif saja la kan, yela kawan sebilik kot. Tetapi dia ni banyak pakwe yang aku biasa nampak la. Dan setiap pakwe dia ada tu tak pernah satu pun kekal sampai habis satu sem.
M ni pula dia jenis yang tak suka bercerita sangat tentang personal life dia melainkan kita bertanya. Ada la sampai satu tahap aku terasa juga la nak tanya sebab tengok dia tengah tersedu-sedu menangis. Rupanya pakwe dia yang dia selalu gak la pergi jumpa setiap minggu tu da ada betina lain.
Sampai la satu masa aku berkawan dengan sorang lelaki ni dan dia sorang pomen atau mekanik kereta. Aku gelarkan dia Z ye. Z ni dia da berumur sikit dari kami, lelaki ni berumur lebih sikit dari perempuan ni bagi aku ok sahaja. Z ni dia seorang lelaki yang baik dan tak banyak cakap.
Dia berduit sebab dia ada bengkel sendiri, so mungkin ramai la pempuan-pempuan muda lagi-lagi belajar macam aku ni tergilakan dia. Z ni rupa pun ada smart, lagi-lagi bila tengah buat kerja dia kat bengkel nampak lagi macho la kan heheheh.
M ni tahu aku ada hubungan dengan Z ni so dia rasa cemburu, dan aku tak tahu kenapa. Jadi M cuba goda Z dibelakang aku.
Aku kalau nak keluar dating dengan Z aku mesti ajak M sekali sebab aku suruh Z bawa sekali kawan dia lelaki. Jadi kami semua rapat la kan. M pun mula jalinkan hubungan dengan kawan si Z ni iaitu F.
Aku tak faham kenapa si M ni baru kenal lelaki da mula serius sangat hubungan mereka tau. Aku dapat tahu kawan aku M ni telah mengandungkan anak si F. M minta tolong aku rahsiakan perkara ini dari rakan-rakan serumah.
Rakan serumah kami mula rasa tak sedap tengok tingkah laku kami yang kerap keluar hostel. Aku dan M kerap keluar hostel adalah kerana kami sedang cuba pelbagai cara untuk menggugurkan kandungan si M.
Ya Allah… tuhan sahaja yang tahu perasaan takut, sedih, marah macam-macam lagi lah. Aku telah pikul dosa berkomplot membantu membunuh janin yang tak berdosa tu. Yela mana boleh simpan sebab kami masih belajar dan masih ada lagi 2 sem sahaja tinggal.
Hal ini menyebabkan aku terpaksa membuat Z masuk campur dalam urusan kami ini sebab kawan dia sudah terlibat dengan kes ini.
Nak atau tak nak Z terpaksa tolong sebab si F ni salah seorang pekerja dia juga. Z telah meminjamkan duitnya kepada F untuk bantu M gugurkan kandungannya dia sebuah klinik swasta.
Masa sampai di klinik tuhan sahaja tahu perasaan aku masa tu. Selepas selesai gugurkan kami pun pulang ke hostel dan M perlu menjalani pantang seperti orang baru lepas bersalin la.
selepas beberapa bulan kejadian itu, tiba-tiba aku dapat tahu si M sedang cuba untuk menggoda pakwe aku si Z ni di belakang aku.
Segala tingkah laku kawan aku M ni mesti Pakwe aku akan beritahu. Dalam bilik sebilik dengan aku pun dia sempat main mesej dengan Z. Aku tahu sebab aku pun masa tu sedang main mesej dengan Z dan Z bagi tahu segala apa yang si M mesej dekat dia.
Dia sering minta top-up minta itu ini dengan Z, malah dia sering memburukkan aku dekat Z supaya Z tidak suka dengan aku.
Hello!!! Aku bersusah payah tolong kau gugurkan kandungan kau untuk selamatkan kau dari pelajaran kau dan keluarga kau!! Ini balasan kau kat aku???
Aku tahu tapi aku masih buat tak tahu, sebab aku jenis tak suka bergaduh dengan sahabat aku sendiri.
Tapi dia dan Z semakin melampau buat aku macam tak pernah wujud di antara mereka.
Si M dan Z telah kantoi dengan aku yang mereka ada tidur bersama, dan aku tahu cerita ini dari kawan aku iaitu S, yang duduk di bilik sebelah kami. Si M telah meluahkan segalanya dekat S dan S telah cerita semua dekat aku.
Silap satu M ni tak tahu yang aku sangat rapat dengan S.
Aku punya perasaan masa tu tak tahu la nak meletop pun ada, tapi M ni boleh buat muka bodoh saja dengan aku lepas ko da sedap tidur dengan pakwe aku ye.
Apa yang aku boleh buat masa tu adalah aku terpaksa pindah bilik, tak sanggup nak mengadap muka kawan yang aku sangka lain tapi end up dia lain. Sedih sangat terutama sekali dekat Z.
Z mengaku dia salah, Z kata M yang ajak dia paksa-paksa dia, ok la fine lelaki kan biasa la.
Kucing kalau nampak ikan depan mata tak kan lah dia nak biar saja kan ikan tu kan?? Aku cuba untuk putuskan hubungan dengan Z sebab bagi aku bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi guys!
Aku cuba untuk mengelak dari Z tapi aku tak kuat. Mungkin satu aku da terlalu sayang dekat dia. Walaupun hati ni dah tak macam dulu, tapi satu saja yang aku perasan iaitu Z ni dia selalu cuba untuk pujuk untuk bagi yang terbaik untuk aku. Aku tahu dia sayang sangat dekat aku.
Aku cuba bagi dia satu lagi peluang.
Akhirnya aku dan Z pun bernikah selepas aku tamat belajar.
Aku pernah juga tanya Z, kenapa tak nak kawin saja dengan M sebab yela dah pernah bersama kan.
Z kata, M bukan gadis yang boleh buat isteri dan tak layak jadi isteri dia.
So kat sini aku nasihatkan perempuan-perempuan kat luar sana jaga lah maruah anda dan jangan jadi pembenci ok. Kita cuba maafkan orang tu dan cuba bagi peluang terakhir ok.
Terima Kasih…
– Jane (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit