Cari Jodoh Melalui Aplikasi

Hai, nama diberi Rai (dan bukan nama sebenar haha). Terima kasih kepada admin jika luahan aku ini disiarkan.

Okay, straight to the point, aku nak berkongsi cerita mengenai cara aku usaha mencari jodoh. Mana tahu boleh jadi panduan untuk korang yang mencari jodoh. Kita hanya usaha, tapi Allah yang tentukan, tak gitu?

Umur aku 20an, dan walaupun agak muda tapi aku berhasrat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2021. Aku hanya simpan niat tu dan tidak memberitahu keluarga. Kalau bagitahu, habis kena bahan. Sabar saja la.

Aku sedih tengok kawan-kawan lain ada yang dah kahwin, ada yang dah dapat anak, ada yang on the way nak kahwin (gembira dengan pakwe). So aku rasa hidup aku sunyi dan teringin nak ada sorang lelaki untuk jadi peneman yang halal.

Ada satu hari, aku scroll facebook ke instagram, aku tak ingat, aku jumpa sorang wanita yang berkahwin dan dia jumpa suami dia melalui satu aplikasi.

Aku pun stalk la kisah tentang dia, rupanya dia guna aplikasi Baituljannah. Haa korang mesti pernah dengar kan. Aku bukan nak promot Baituljannah ke apa, aku just nak cerita kisah dan pengalaman aku.

Aku pun daftar kat website Baituljannah. Dah isi semua details, baru aku download aplikasi Baituljannah tu dekat appstore.

Aku agak excited sebab first time kan. Ni salah satu usaha aku untuk cari jodoh. Haa sebelum aku cerita lagi, aku guna pakej berbayar, so bila bayar, lagi banyak manfaat yang dapat.

Korang boleh tengok siapa yang singgah kat bio korang, boleh baca mesej dari orang, boleh tengok kiriman salam dan sebagainya. Banyak laa manfaat bila bayar berbanding pakej percuma.

So aku pun bayar dalam RM100 lebih, aku tak ingat dah. Aku mulakan misi aku haha. Tengok senarai calon lelaki. Banyak gila orang guna Baituljannah ni. Calon lelaki pun banyak pilihan. Dan macam-macam personaliti aku jumpa.

Make long story short. Takut panjang sangat korang tak nak baca. Aku dapat beberapa kiriman salam dan mesej dari calon lelaki kat situ.

Bermulalah sesi taaruf (suai kenal). Ada banyak jenis lelaki yang aku jumpa. Lain orang lain perangai. Kat sini aku nak listkan tiga jenis lelaki yang kemungkinan korang akan jumpa.

Supaya dapat jadi panduan. Aku cakap mungkin, “MUNGKIN” ye, bukan nya 100% lelaki macam ni korang akan jumpa tau. So jom tengok.

1. Jenis yang awal-awal baik, rupanya lucah.

Haaa jangan ingat semua orang kat Baituljannah tu baik2 belaka. Nama saja macam Islamic, tapi ada jugak orang yang bengong perangai macam apa sesat kat situ.

Awal2 dia akan pancing korang, baik saja, last2 dia mula laa dengan nak melucah dan benda2 yang tak elok. Jenis yang macam ni, aku sarankan korang block terus. (Kat aplikasi tu boleh block, jangan risau)

2. Baik tapi mendesak nak kahwin.

Yang ni pun pening jugak. Yela, kita baru nak kenal, dah ajak kahwin, siap paksa2 lagi tu, mana laa tak seriau rasa. Yang macam ni, ikut korang laa nak layan ke tak. Kalau tak suka, block jela, kan senang.

3. Baik dan macam ada peluang nak ke arah kebahagiaan, haa gituu

Golongan macam ni memang baik, adab masa chat okay, sehinggalah bertukar nombor telefon. Ada effort untuk kenal dan taaruf dengan baik.

Kadang ada yang pemalu. Tapi pandai2 laa korang cari idea untuk bagi soalan taaruf. Nak cari suami kan, takkan laa main ambil saja mana yang ada depan mata, mesti nak pilih betul2.

Okay sambung kisah aku. Aku jumpa orang yang baik, kitorang bertukar-tukar telefon dan banyak berborak dan kongsi kisah hidup.

Gembira rasanya sebab ada orang yang boleh ngam dengan kita. Bukan senang tau orang satu kepala dengan aku.

Makin hari kitorang makin rapat, dia pernah tanya nafkah yang boleh aku terima kalau kahwin. Aku anggap dia makin serious dengan aku.

Hari2 berlalu dengan biasa, aku mula faham kerja dia, kisah hidup dia. Dia pun mula faham masa aku takde mood atau bila ada masalah.

Akhirnya, ada satu hari, kitorang berborak seperti biasa, tiba2 dia mula cerita yang dia nak bertunang. Dan dari cara dia bercerita, dia akan bertunang dengan orang lain. Aku terkejut sangat.

Setiap hari, hampir setiap masa dia luangkan masa untuk chat aku, untuk borak dengan aku, ambil berat pasal aku. Setiap hari ya! Cerita mengenai nafkah dan sebagainya. Rupanya macam ni pengakhiran.

Aku sedih sangat2, aku jauhkan diri dari dia walaupun dalam hati aku masih teringatkan dia. Hancur harapan aku, tapi takpe, hidup mesti diteruskan. Azam aku nak kahwin 2021 tak tercapai. So cerita aku ni takdela bagi inspirasi sangat kat korang haha sorry.

Kepada si dia, kalau baca confession ni, sedar laa diri tu, aku tengah cakap pasal hang. Jangan duk rasa happy sangat buat orang macam ni.

Ada ubi ada batas, ada hari aku takkan balas. Takpela aku redha. Aku takde terlintas nak balas apa2. Cumanya jangan muncul depan mata aku, aku simbah air sirap satgi baru hang tau.

Korang rasa patut ke si dia buat aku macamtu? Sedih tapi aku cuba buat2 gembira. Terima kasih yang membaca, doakan aku 2022 dapat kahwin dan jumpa jodoh yang baik.

Ikhlas,

– Rai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya pun ada kwn yg mcm ni. Dua kali dia terkena dgn org yg brbeza. Saya yg mendengar pun rasa sakit sgt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *