Tiktok: Mesti Kena Menari Ke Baru Follower Naik?

Sepanjang pengalaman saya selaku Newbie yang baru aktif menggunakan akaun ini beberapa bulan, ini pendapat saya tentang TIKTOK:

1) MENUNJUKKAN PERJALANAN KERJAYA SESEORANG DIBELAKANG TABIR ;

Contoh : Pilot, Oil & Gas (Offshore), Pembuat Minuman Starbucks, Dominos, Rider/ Runner, Frontliners, Pemandu Ambulans, Pengembara.

2) PILIH TIKTOKER : ADA CONTENT ATAU SEKADAR HIBURAN SEMATA?

Terpulang kepada kita untuk follow orang Positif yang memberi ilmu, manfaat atau nak follow orang yang tak ada content hanya sekadar hiburan atau promosi rupa paras yang cantik. Pilihan di tangan anda.

3) TAK MESTI PERLU MENARI UNTUK MERAIH FOLLOWER YANG RAMAI :

Tak semestinya perlu menari, menyanyi untuk meraih Follower yang ramai.

Jika content berkualiti, penuh informasi berguna masih boleh ramai Follower. Contoh : Dr. Ahmad Samhan, Puan Zabedah Coza (Peguam), Puan Zuraida Shashima (Terapis Pertuturan), Dr. Syai (Pakar Kulit) dll.

Kualiti follower penting melebihi kuantiti.

Biar follower tak ramai janji yang follow kita yang memberi sokongan, inspirasi agar kita dapat berkongsi perkara bermanfaat dari yang sia sia.

4) TIKTOK ALGORITHM:

Tiktok Algorithm akan kenal melalui Video yang kita lihat sampai habis, tinggalkan komen dan like serta copied link.

Jaditu jika ada Tiktoker yang menari menyanyi lalu di news feed kita, jangan lihat video mereka, terus scroll laju laju.

Berhati hati jika terikut #seram. Nanti lepas itu semua posting pun keluar yang seram. Tengok waktu malam pulak rasa macam di scene kejadian

5) SHADOW BANNED :

Ada Pantang Larang Tiktok yang perlu dipatuhi untuk elak Shadow ban.

Contoh, tak boleh post video lebih dari sekali dalam tempoh sejam, tak boleh delete video, hanya boleh private kan sahaja, tak boleh post video gambar bayi/ kanak-kanak, tak boleh like tanpa lihat video sampai habis dll.

6) MELALAIKAN JIKA TIADA DISPLIN :

Perlu displin masa kerana melekakan sehingga tersangkut berjam jam dan bateri hp pun habis.

7) PENYAMPAIAN MESEJ YANG BERKESAN :

Mudah menyampaikan mesej berbanding Facebook kerana durasi video hanya 15saat (paling pendek), 60 saat (sederhana) dan 3 minit paling panjang.

Kaedah ini efektif untuk mereka yang gemar menonton video berbanding membaca (di Facebook).

8) PERLU KREATIF, LUCU, MAIN DENGAN CAMERA DLL :

Cara penyampaian perlu kreatif, ada humor berdasarkan lakonan, atau pandai main dengan camera dan tulisan. Jika kreatif memang orang tertarik.

Saya masih belum pandai bab ini.

Apa pendapat anda selaku Newbie?

Apa tujuan anda buka akaun Tik Tok?

– Shada Mazan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *