REPLY: Akhirnya Cinta Ku Berbalas

Assalamualaikum kepada semua pembaca iium confession. Pertama sekali, saya merasa sangat dekat dengan kisah saudara Harun, (https://iiumc.com/akhirnya-cinta-ku-berbalas/).

Bukan, bukan saya saudari S. Cumanya saya pernah buat apa yang S buat dekat saudara.

Sedikit latar belakang mengenai saya, nama saya Aisyah. Saya sudah mula menutup aurat sejak berumur 10 tahun. Saya tak pernah free hair lagi lepas tuu. Cuma tidaklah sehingga berpurdah.

Bermula dari sekolah menengah sampai zaman kolej alhamdulillah saya dapat jaga maruah saya seperti yang dikehendaki agama. Saya tak pernah berpegang tangan atau berduaan dengan mana-mana lelaki.

Lepas habis belajar saya kenal dengan kawan baik saya yang bernama Alif. Dia baik dan dia juga menjaga batas. Dia pernah nyatakan hasrat dia atau semacam memberi hint yang dia inginkan saya menjadi isteri dia.

Saya selalu tolak dan katakan lebih baik kita berkawan sahaja. Sememangnya saya tidak pernah ada perasaan terhadap dia dan dia bukanlah sosok lelaki yang saya suka. Tiada yang kurang pada dia. Cuma hati ini saja tidak berkenan.

Meningkat umur 22 tahun, saya dah ada kerja tetap saya berkenalan dengan Shaher. Shaher ni ramai jugak yang minat dengan dia kat tempat kerja.

Benda pertama yang buat saya suka akan dia mestilah sebab dia kacak. Mesti korang ingat saya tak suka dengan Alif sebab dia tak kacak kan?

Alif juga kacak cuma hati dah anggap kawan. Berbalik pada Shaher, selain kacak saya suka sikap dia yang tak layan perempuan sangat. Iyer itu lah yang dia gambarkan pada saya.

Saya mula jatuh hati. Suatu hari Shaher meluahkan perasaan yang dia pun sukakan saya. Saya agak tergamam sebenarnya. Tapi hati berbunga laa. Sebab crush kita suka kita balik. Jadi kami jadi sepasang kekasih.

Ada satu hari tuu tiba-tiba dia WhatsApp cakap “jom laa dating masa off day kita. Kebetulan kita dapat off hari yang sama”.

Yes kami kerja 12 jam, cuti seminggu sekali jadi jadual cuti kadang-kadang cuti kitaorang tak sama hari. Saya pun excited laa… Saya tanya “nak makan mana?”.

Dia cakap “kita kan jarang cuti sama-sama, kita check in laa dapat saya berehat sikit. Saya penat laa baby”.

I was like has he gone mad?! Saya reply “u ni dah kenapa? Semua benda tuu lepas kawin. Tak takut ke kena tangkap basah?” Dia cakap “awak kan gf saya. Kalau bukan dengan gf dengan siapa lagi? Ada hotel yang kawan saya selalu pergi, situ ok”.

Saya marah sangat-sangat. Saya tak reply. Terus tak jadi nak dating. Saya terkejut. Tak sangka lelaki yang nampak baik, kacak, tak bertegur sangat dengan perempuan rupanya perangai macam tu.

Lepas dari tuu banyak kali dia pujuk dan janji nak kahwin dengan saya, saya termakan pujukan juga. Allahuakbar… Saya malu dengan diri sendiri saya tak pernah terbayang saya akan buat benda terkutuk ni sebanyak 2 kali dengan dia.

Lepas dari tuu dia layan saya baik dan banyak kali juga dia ajak saya mengulangi lagi tapi saya dah bertaubat. Saya block dia. Dia janji nak kahwini saya tapi lepas dia balik kampung dia senyap.

Tahu-tahu nampak gambar di facebook dia berkahwin dengan orang lain. Kawan dia cerita yang sebenarnya dia memang ada makwe dekat kampung.

Allahuakbar 3 bulan saya ambil masa untuk recover saya cuma mampu menangis. Dekat tempat kerja saya menangis, dekat rumah menangis, tengah mandi menangis… Allahuakbar sungguh saya cuba untuk redha.

Dalam semua ini terjadi saya masih contact dengan Alif. Kadang ada juga bertanya khabar atau keluar makan. Suatu hari hati ni terdetik nak tanya dia adakah dia masih mencintai saya. Saat saya tanya dia sangat terkejut.

Saya nekad ajak dia berkahwin sebab saya takut saya tak mampu jaga diri saya dari lelaki yang mencuba meragut maruah saya lagi. Saya rasa saya tak kuat untuk jadi bujang. Ada saja lelaki yang datang buatkan saya takut.

Sungguh saya dah bertaubat dan saya ikhlas mengajak Alif untuk berkahwin. Saya tak pernah jujur akan hubungan saya sebelumnya. Saya tak mampu nak ingat kenangan pahit itu lagi. Jika disingkap-singkap saya tak kuat.

Alif juga tidak pernah bertanya. Jika dia bertanya saya dah niat nak jujur. Alif pada mulanya menerima namun dia cakap masih ada cita-citanya yang belum tercapai.

Saya faham. Saya mengatakan yang saya tak akan membebankan dia. Saya akan berdikari dan sama-sama membantunya dalam rumahtangga.

Dipertengahan hubungan dia mengatakan yang dia tak bersedia lagi. Saya redha. Saya mengatakan “tidak apa”. Saya menangis semahunya.

Saya sedar saya tak patut mencari pengganti. Saya rasa diri saya paling tak guna ketika itu. Tapi kini selepas 8 tahun saya bersyukur yang Alif tidak menerima saya sebagai isteri.

Kini saya sedar yang banyak benda lagi saya boleh capai dalam hidup ni. Membaca confession saudara Harun buat saya ingat balik semua ni.

Cuma bezanya saya lebih tabah dan kuat sekarang. Saya juga berharap saudari S sedang berbahagia bersama orang yang memcintainya.

Mungkin waktu semua tragedi buruk itu terjadi kita masih diusia mentah. Semoga kini kita lebih matang dalam melangkah ke dalam dunia penuh dugaan ini. Terima kasih sudi berkongsi cerita.

Ohh yaa, sehingga kini saya dan Alif masih berhubung sebagai kawan. Adakalanya dia menunjukkan rasa sukanya. Tapi tidak apalah saya tidak akan berharap lagi. Biarlah saya berdiri dikaki sendiri.

Mungkin kewujudan dia hanyalah untuk menunjukkan yang lelaki baik itu wujud sebenarnya.

Pesanan saya kepada kaum hawa, forget about the good looking, hot and handsome face. Look at their character first. That handsome face can surely deceive you.

Jangan cepat luluh hati. Jangan pernah korbankan diri kerana cinta. Sebab esok lusa jadi apa-apa perempuan juga yang susah. Lelaki walaupun tidur dengan ramai perempuan orang anggap biasa. Tapi tidak kaum hawa.

Saya merayu jagalah batas dan kehormatan kita sebagai perempuan. Saya harap semua kaum hawa sentiasa dilindungi Allah dari perkara buruk dan maksiat. Aamin aamin ya robbal alamin. Sekian…

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *