Jujur atau Biadab?

Menurut cikgu stpm aku dulu, maksud biadab tu bukan seperti apa yang kita sangka. Cikgu kata biadab tu datang dari gabungan perkataan bi + adab maksudnya pelbagai adab.

Jadinya orang yang kita anggap biadab tu bukan ‘biadab’ tapi dia mungkin berbeza pendapat dari kita dan membawa kepada percanggahan dan pertelingkahan.

Sekarang aku nak cerita kaitan antara jujur dan biadab. Seperti yang kita tahu sebabkan kita terlampau kaya dengan ‘budi bahasa’ dari zaman dulu hingga sekarang, jadinya kita terikut² dengan ajaran nenek moyang.

Ajaran orang dulu², golongan muda tak boleh langsung nak membantah, mencelah, memberi pendapat malah nak tanya soalan pun tak boleh sebab dianggap biadab.

Pantang sikit mesti dianggap biadab. Seolah² hanya pendapat golongan dewasa dan orang tua saja betul.

Walaupun jika golongan muda tu tadi dah dewasa sekalipun tapi jika dia lagi muda dari orang lain dalam sesuatu keluarga, kelumpuk, institusi atau oranganisasi tu dia masih tak layak untuk bagi pendapat.

Bila ada saja golongan muda bagi pendapat mesti akan keluar kata² ‘matlamat atau niat tak menghalalkan cara’, ‘masih mentah’, ‘umur baru setahun jagung’, ‘orang tua lebih makan garam’.

Memang betul orang berumur lagi banyak pengalaman dan mesti dihormati tapi tak semestinya mereka tu segalanya betul. orang tua pun banyak saja yang buat salah, salah guna kuasa, buat dosa dan ‘biadab’ juga.

Adab ni bukan datang dari orang muda sahaja tapi dari golongan tua juga.

Konteks adab pula bukan sahaja maksudnya kena hormat orang tua tapi adab kan digunakan untuk banyak perkara. Mendengar pandangan dan nasihat dari orang muda juga salah satu cabang adab.

Ini bila ada orang muda buat salah terus bagi tahu yang dia tu biadab. Habis tu bukan ke orang tua tu pun biadab juga sebab tak bagi tahu apa kesalahan sebenarnya?

Apa gunanya jadi berumur tapi tak boleh ditegur, cepat terasa hati, selalu nak rasa diri dan pendirian sendiri saja yang betul.

Sekarang ni dah zaman moden. Masing² layak bagi pandangan dan pendapat. Kadang² tu dari orang muda pun kita boleh belajar sesuatu. orang muda sekarang bukan macam orang tua yang nak cakap pun berlapik hingga berlapis².

Orang muda sekarang suka cakap jujur straightforward dan memang kadang² mengguris hati orang yang mendengarnya sebab mereka tak cakap guna rentak gaya orang lama.

Orang muda sekarang jenis nak cepat. Apa yang mereka nak tanya atau nak sampaikan, itulah yang mereka buat tanpa selindung² sebab tu ramai ibu bapa, warga pendidik, orang tua yang terasa hati dan menyalahkan orang muda kata mereka tiada adab.

Tak boleh juga nak salahkan mereka sebab zaman sekarang semua benda nak kena tahu dan nak kena belajar. Mereka penat nak kena belajar macam² sampai tak cukup rehat, sampai tepu otak.

Orang muda yang dewasa pula hidup stress, nak cari kerja, nak cari duit terutama dalam zaman inflasi ni jadi soal adab bukan benda utama macam mana orang tua dulu² utamakan.

Sebagai manusia, bila kita makin tua di zaman moden ni, kita tak boleh cepat sangat nak terasa dan sensitif.

Selagi orang muda tak mencarut, mencaci, mengkeji dan menghina maknanya mereka masih ada adab cumanya gaya bahasa, gaya perlakuan mereka saja yang berbeza dari zaman orang dulu².

– – (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *