Antara Jodoh, Bodoh Dan Hodoh

Assalamualaikum semua. Aku pernah confess sebelum ni tapi pakai nama samaran lainlah. Dan cerita pun lain2. Aku ni pun sejenis makhluk yang random amat. Tapi kali ini, aku nak cerita soal aku, jodoh & impian aku.

Confession pasal Jodoh ke Bodoh Tu macam belum read lagi. Jadi aku ride on the wave saja lah. Yelah… #intothescene katakan. Cerita santai2 saja buat pengajaran.

Bagi aku, bila kita sebut jodoh, kena yakin dan pasti bahawasanya itulah jalan yang ditakdirkan untuk dijalani.

Selagi belum terkabul aqad, belum boleh kau kata dia jodoh kau lagi. Calon saja pangkatnya. Kalau dah terlafaz aqad, jodoh ke, bodoh ke, hodoh ke, itulah satu fasa yang dah ditetapkan Allah untuk kau lalui.

Aku sebenarnya nak cerita pasal makcik aku. Ada sikit 5% aku ubah nak jaga privasi.

Background makcik aku ni…orangnya baik lemah-lembut. Berpendidikan tunggi jurusan pendidikan. Orangnya hitam manis dan raut wajahnya sedap mata memandang. Berjodoh dengan anak kerani sekolah yang terpaut hati dengan makcik aku nak dijadikan menantu.

Sebenarnya, ada seorang cikgu kat situ yang berkenan juga dengan makcik aku masa tu. Tapi, sebab diorang berkawan sangat baik, makcik aku jadi sangatlah kekok.

Pulak tu, cikgu tu anak bongsu lelaki. Makcik aku jadi takut nak terima memandangkan ada 2 kes makcik sepupu aku bercerai sebab isu anak emak.

Anak pakcik tu, orangnya agak berupa dan sedikit berharta (alah, harta pakcik tu sebenarnya. Orang lama yang jenis tanah berekar-ekar tu)

Dan anak tengah. Tapi, pendidikan memang sampai SPM sahaja. Kenapa aku sebut ni? Tunggu…

Masa awal2 kahwin dan rumah mereka belum siap, mereka tinggal di rumah orang tua suaminya. Pakcik tu pun dah pencen masa ni. Jadi, taklah pelik anak menantu satu tempat kerja.

Sikit-sikit masalah ipar duai Tu kira adatlah masa ni. Tapi sebab orang Tua Masih ada, maka masalah2 Tu pun taklah jadi besar. Arwah mak mentua dia pun baik sangat orangnya.

TAPI, red flag yang makcik aku awal2 dah perasan dalam keluarga ni adalah sikap merajakan lelaki yang agak melampau Di zaman ni.

Sejenis yang lelaki tu makan nak dilayan macam raja kat sebelah, anak bini makan nanti2 lepas dia habis. Makcik aku? Memang bolayan lah.

Kirim salam.

Masa awal2 makcik aku buat bodoh saja dijeling-jeling suami dan ipar-duai dia masa makan saja sama2 siap dengan anak2 semeja, makcik aku buat tak faham saja sampailah suami dia jadi biasa & tak demand macam adik-beradik lelaki dia yang lain. (Ya, arwah bapak mentua dia pun macam tu)

Ada seorang biras makcik aku yang sekepala pun buat gitu jugak hahahaha. Dijelinglah pun dek ipar-duai lain sampai Naik juling. Diorang berdua buat dono saja. Dan biras Tu pun wanita berpendidikan tinggi macam makcik aku jugak. Tak kuasa dia nak melayan absurd things like that.

Perangai suami makcik aku ni pulak…urusan anak-anak memang Lepas tangan. Dia tahu bagi duit belanja saja. Rumah porak-peranda dengan anak2 belum Mandi ke hapa ke, dia biarkannnnn saja makcik aku terkangkang-kiap buat seorang. Bukannya buat sama-sama.

Kot dia bagi duit tu pulak boleh mewah sampai makcik aku berhenti kerja pun boleh, takpe jugak. Sering juga makcik aku top up kan. Mak aku (adik dia) kalau pergi rumah makcik aku, panas saja hati. Gilalah tak panas hati tengok kakak kebanggaan keluarga dibuat begitu.

Sudahlah keluarga mak aku memang perempuannya dominan. Adik-beradik lelaki keluarga mak aku tak kekok ke dapur. Sejenis pulak tu, hilang selera makan kalau bini tak makan sekali. Jadi, kau bayanglah sakit tak hati adik-beradik mak aku nampak kakak diorang dibuat begitu?

Masa makcik aku decide nak further study PJJ, ya Allah…inilah kemuncak mak aku rasa nak putus saudara dgn suami makcik aku tu. Dia sebenarnya rasa inferior & tak sokong. Tapi sebab masa tu, kementerian yang suruh.

Jadi, cara dia protes adalah dia langsung tak tolong hatta hal ambil-hantar anak dari pusat asuhan. Dan dia demand nak jugak makcik aku masak hari-hari tanpa miss. Gosokkan baju office dia tanpa miss. Aku wonder zaman bujang dulu, ikan kaloi ke yang gosokkan baju dia?

Korang bayangkan macam mana working mom+student+wife nak juggle duty tu.

Kalau pergi keluar, langsung tak tolong kawal anak. Adik2 saudara aku tu banyak saja jadi near-miss accidents. Tapi mungkin DOA makcik aku sebagai ibu, hidup saja sihat walafiat budak-budak 5 ketul tu.

Masalah mula makin nampak lepas arwah bapa mentua mmeninggal.

Adik-beradik suami makcik aku mula tunjuk belang. Tapi masa ni, makcik aku steady. Dia wanita berkerjaya dan berpendidikan tinggi.

Harta dia boleh cari sendiri. Jadi, dia pedulikan saja diorang nak berebut harta tu. Tak hamak pun. Dia diam saja sepanjang pergolakan Tu langsung tak campur. Suami dia pun cuma ambil bahagian dia seperti dalam wasiat saja. Takde nak tuntut yang lain2 tu.

Bukan takat tamak, ipar-duai makcik aku sejenis toksik. Cemburu dan iri hati tu makanan dah. Makcik aku beli kereta baru (anak2 dia tak muat kereta sedan wahai rakyat jelata sekalian.

Asyik ada saja jadi mangsa kena tinggal atau tumpang kereta lain kan kesian) jadi umpatan. Beli itu ini menjadi umpatan. Pantang makcik aku ni lebih sikit. Walhal beli guna duit dia.

Sampai tahap, sekarang ni, diorang pulaukan dua keluarga ni.

Oh ya. Adik-beradik suami makcik aku tu, paling tinggi pun pendidikan memang SPM saja. Dua menantu perempuan tu saja lah yang berpendidikan tinggi dalam keluarga diorang.

Hatta anak cucu pun, kecuali anak2 makcik aku & biras yang geng dia tu, seorang saja lepas Diploma. yang lain nak lepas SPM pun penuh pancaroba.

Ada seorang anak buah belah sana yang makcik aku encourage untuk mohon rayuan ke IPTA. Masa tu dia ada sekali dgn biras geng dia tu.

Budak tu nampak macam boleh diperbaiki lagi bila masuk u.

Tapi korang tahu apa adik ipar diorang cakap? “Alah, perempuan… Belajar tinggi2 buat apa.” Bininya pulak angguk setuju siap gelak2.

Diorang berdua telan liur saja terus terdiam. Ye lah. Anak orang….diorang siapa nak masuk campur dah mak bapak cakap begitu.

Jadinya, makcik aku sekarang fokus sahaja pada anak2 dia yang sedang membesar. yang sulung ke IPTA dah. Adik2 dia pun cemerlang.

Seorang saja lah kurang sikit cemerlang. Mulut mak aku jahat sikit, dia kata “ikut belah sana” kuikuikui. Eh, taklah cakap depan budak tu.

Cuma aku terdengar masa mak & makcik aku borak berdua.

Jadi, ini berbalik pada tajuk aku.

Kenapa Jodoh, Bodoh & Hodoh?

Jodoh ni, pusinglah lari merentas galaksi pun. Kalau memang dah jodoh, itulah yang kena hadap. Bila dah dapat, terpulang kau macam mana nak bentuk.

Walaupun suami makcik aku tu masih ada terbawa perangai merajakan anak lelaki tu, tapi taklah kronik sangat macam adik-beradik dia yang lain.

Bodoh ni, bila kau dah tahu benda salah. Tapi kau yield. Kau suburkan lagi, lemak-lemakkan lagi sikap yang tak semenggah Tu. In which, makcik aku ni Kan lembut. Dia malas gaduh2 jadi dia diamkan. Apa orang buat atau kata pun, habis2 dia bercerita pada mak aku.

Dan berkenan bodoh ni ya. Maaf cakap. Silalah pilih yang sekufu tahap pemikiran. Kenal betul2 atau risik2 bagaimana keluarga bakal pasangan. Tiada family yang sempurna. (Family mak aku ni, mulut bising serupa mami parpu. Hat jenis tertelan mikrofon.

Aku selalu malu kalau kat kenduri-kendara suara diorang ja sebatu dah dengaq. Depa buat kenduri tu macam depa punya) Tapi sekurang-kurangnya, biarlah yang pegang value yang sama.

Sekufu juga tahap pemikiran bakal pasangan. Hakikatnya adik kakak sekalian, lelaki boleh lebih dari pasangannya tapi jarang lelaki terima kalau pasangannya lebih dari dia. SPM ka, PMR ka, UPSR ka, Yang penting laki tu jenis supportive.

Come on, Pak aku sendiri UPSR ja. Kenai mak aku pun dia kerja tebar roti canai ja. Takdak masuk opis baju smart aihhh. Tapi kalau kitorang malas2 belajar, siap kena sebat satu liang. Helok ja tolong mak aku basuh berak kencing anak sama2. Kemas rumah basuh jamban gilir2.

Sebab apa? Nenek aku boleh geng dgn mak aku. Sejenis perempuan yang ketegaq jugak. Atok aku pun sempoi. Tak dapat sambung belajar dulu sebab atok nenek aku terlalu miskin.

Dah rezeki tahap itu. Syukur lah. Jadi atok nenek aku nak cucu2 diorang pulak berjaya sebab mak Pak aku tak miskin melarat macam diorang dulu.

See? Tahap pendidikan Tu di atas kertas gais. yang pentingnya nilai hidup tu serupa. Kalau tak serupa pun, jangan sampai yield pada nilai yang tak guna.

Kemudian, last sekali. Hodoh. Hodoh ghupa takpa sahabat sekalian. Jangan hodoh akhlak. Hat cantik pun nanti tua ganyut berkedut jugak naaa. Kalau huduh akhlak, kau dapat harta berguni pun hati takkan tenang. Macam ipar-duai makcik aku tu lah.

Saudara-mara dapat rezeki lebih patutnya diraikan & tumpang gembira. Bukan jadi dengki buat bahan mengumpat belakang.

Ha..begitulah. Panjang kan? Takpa. Nama pun ceghita santai. Ambil pengajaran. Nenek aku kata kat aku, “Hang nak menikah bila, hang punya pasal. Jangan bawak aku cucu menantu hantu sudah.

Jangan tunggu Tua nak mati macam aku baqu pandai nak kenai dunia jalan2. Hang nak jalan, pi jalan sekarang. Nanti tua kena pimpin pulak laki kau macam Atok kau nin ha” Hahahaha nenek aku gaisss.

Ok lah. Assalamualaikum

– Kirana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *