Live Not To Please Others

Aku Mekna, 28 tahun. Alhamdulillah mempunya kerjaya yang baik walaupun ada cabarannya. Di sini kisah hidup aku dari dulu sampai sekarang seorang people pleaser.

Aku dari kecil sampai sekarang seorang yang akan cuba sedaya untuk mentaati kedua ibu bapa. Apa yang mereka kehendakkan, aku turuti.

Sehingga PMR dan SPM aku cemerlang semua A. Satu-satunya adik beradik aku yang mendapat keputusan cemerlang. Tetapi hidup aku suka dibandingkan.

Contohnya meskipun SPM aku semua A, tetap dibandingkan dengan sepupuku yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan aku hanya berjaya mendapat tempat di UA.

Hidup aku dibandingkan sehingga kini. Alhamdulillah sejurus selepas aku tamat belajar, aku cepat mendapat kerja di sebuah syarikat multinational.

Nak dapatkan tempat di syarikat tersebut bukanlah senang, malah untuk teruskan kerja di situ pun mencabar.

Tetapi disebabkan aku tetap nak banggakan ibu bapa aku, aku tetap terus kerja di syarikat tersebut walaupun mental health aku hancur sebab aku tak nak kecewakan ibu bapa aku.

3 tahun aku bertahan bekerja di syarikat tersebut, aku menerima tawaran untuk menjadi pegawai awam.

Aku bersyukur sebab dengan izinNya selepas bertungkus lumus dalam ujian bertulis, ujian fizikal dan temuduga, aku mendapat jawatan tersebut. Sekali lagi, aku berharap ibu bapa aku bangga dengan aku.

Tetapi bangga untuk menjaja nama anaknya bekerja di kerajaan sahaja, hakikatnya seringkali dibandingkan anak senah kerja doktor, anak leman kerja lawyer. Aku pendam sahaja.

Kini aku akan mendirikan rumah tangga. Di mata aku, bakal suami aku baik orangnya. Kerjanya pun baik dan stable di syarikat GLC tetapi tidak mewah 5 figure seperti orang lain.

Kereta pun kereta tempatan dibandingkan orang lain kereta import. Aku bangga dengan usahanya sebab aku sendiri belum beli rumah tetapi dia dah beli.

Tetapi ibu bapa aku meletakkan expectation yang tinggi meskipun perkahwinan kami direstui tetapi aku dapat rasakan ibu bapa aku harapkan bakal suami aku ini kaya.

Sampai bakal suami aku diperli-perli apabila mereka berjumpa.

Tahun 2022 titik aku memutuskan untuk melepaskan expectation orang sebab mereka tak pernah puas dan aku pulak penat yang amat.

Tak cukup dengan perbandingan oleh ibu bapa aku, di pejabat juga aku selalu dibandingkan walaupun aku dah sehabis baik curahkan tenaga sampai korbankan hujung minggu aku. Tiada siapa yang pernah menghargai.

Betul kata orang, jika kita mencari redha manusia, kita tak akan pernah capai. Maka kejarlah redha Tuhan, InshaAllah mendapat ketenangan.

Yang penting kita dan Tuhan tahu yang kita telah jalankan sehabis baik dalam menjalankan tugas.

Lama aku menggalas harapan manusia, aku putuskan untuk lepaskan. Penyakit depression dan anxiety aku pun dah menunjukkan improvement. Aku masih lagi untuk tetapkan mindset untuk tidak “please others”.

Doakan aku sahabat-sahabat dalam journey untuk mencari keredhaan Tuhan.

– Mekna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *