Patutkah Pertahankan Perkahwinan

Salam Semua. Aku harap admin siarkan luahan aku ni sebab aku sangat harapkan nasihat daripada anda semua.

Banyak luahan-luahan aku sebelum ni yang aku tulis masa aku down sangat tapi tak disiarkan walhal masa tu aku rasa sangat perlukan support dari orang lain memandangkan orang terdekat takkan faham masalah aku, malah akan lebih menambahkan kekusutan aku.

Jadi, aku harap sangat luahan kali ni mendapat kelulusan admin page ini.

Sebelum aku teruskan, aku perkenalkan diri dulu. Nama aku J, seorang suami kepada isteriku dan bapa kepada seorang cahaya mata yang comel. Kami telah berkahwin selama 3 tahun.

Isteriku bekerja sebagai surirumah dan menjaga anak kami yang lasak itu sepanjang masa aku pergi bekerja.

Sekali lagi, sebelum aku teruskan, aku nak perjelaskan yang aku tahu keserabutan ini memang asalnya berpunca daripada aku sendiri.

Antara puncanya adalah aku yang tidak kompeten sebagai suami dan bapa.

Contohnya, aku sering terleka melakukan satu-satu kerja rumah seperti mengemas sehingga tanpa sengaja mengabaikan anak dan isteri – makan lambat, mandi lambat, bersihkan berak anak lambat.

Sekadar contoh, banyak lagi isu lain yang menunjukkan aku ni tidak kompeten.

Berpunca dari situ lah isteriku akan menjadi geram, kusut dan marah, dan tidak lama selepas itu aku menjadi serabut dan aku terfikir,

Adakah ini yang perlu aku hadapi selama-lamanya? Patutkan aku pertahankan perkahwinan ini dan hadap sahaja apa yang terjadi?

Aku tahu, semua salah aku, dan aku dah cuba untuk perbetulkan namun aku masih gagal. Aku kasihan dengan isteri dan anakku, kerana disebabkan aku mereka menderita.

Aku tahu, aku lemah. Tak seperti lelaki lain.

Aku tahu, isteri yang membebel kepada suami itu normal dalam perkahwinan lain juga. Seperti dalam kes aku, tiada langsung kebaikan aku yang boleh ditimbang seimbang dengan kekurangan aku itu.

Aku tahu semua suami merasakan yang sama. Tapi aku tetap rasa sakit, serabut apabila semua perkara dipersalahkan padaku.

Betul, aku akui memang fakta sesebuah perkahwinan, WOMEN ALWAYS RIGHT. Setiap arguement suami isteri tu takkan berakhir tanpa suami meminta maaf walaupun bukan salahnya.

Aku jadi terfikir, sanggupkah aku hadapi semua ni selamanya? Sanggupkah aku terima bila sentiasa dipersalahkan? Sanggupkan aku teruskan meminta maaf dengan sepenuh hati walaupun jelas itu bukan salahku?

Memang semua suami harus telan je semua ni ke?

Kalau ini hakikat perkahwinan, aku rela tak berkahwin. Biar lah aku hidup sendiri dan menjaga hati aku. Sekurangnya, aku masih boleh kekal menjadi diri aku.

Jujur aku katakan, selepas berkahwin, aku rasa seperti bukan diri aku sendiri. Semua yang aku lakukan mesti mengikut acuan isteri. Kadang-kadang aku rasa yang isteri aku derita jika kekal dengan aku.

Apa yang harus aku lakukan? Patutkah aku kekal pertahankan perkahwinan ni, atau leraikan sahaja supaya semua orang bahagia? Tolong bantu aku!

– Jamadil Awwal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *