Malang Yang Bertimpa-timpa

Aku baru balik dari dilepaskan dari penjara di Kajang kes 15(1)(a), kes positive urine. Tapi yang pelik nya masa aku kena tangkap tu aku bukan kena tangkap sebab tengah hisap dadah. Tapi ni kes 3 tahun lepas, tahun 2019 masa aku tak bayar denda selepas diikat jamin.

Aku rasa nasib aku malang sangat masa tangan aku kena gari dekat Balai Polis Setapak. Dah la la sebab aku kena gari tu aku datang balai polis sebab nak buat report IC aku hilang. Aku kena buat report kalau aku nak buat Debit Card baru. Eh kena tangkap pula

Nak tau cerita lagi best? Balik dari aku dilepaskan dari penjara card bank aku ada orang guna top up Touch & Go E-Wallet dia. Aku tak boleh detect sebab touch n go e wallet tak didaftarkan di atas nama pengguna.

Dah la baru balik penjara. Handphone, IC, Debit Card pulak takde hilang. Check bank account duit semua habis lesap hilang. Apa lah nasib aku.

Masa aku dalam penjara, berbagai perkara bermain dalam fikiran aku. Aku tengok tahanan lain semua kakak, suami, family datang ambil.

Aku? Baru aku sedar aku tak ada siapa yang betul betul sayang aku. Aku bernasib baik sebab boss aku yang sebelum ini seorang peguam dan boleh jamin aku keluar. Kalau tak, aku tak tau nak minta tolong siapa.

Bila dalam penjara tu aku terfikir, umur aku dah 26. Bila tahanan lain tanya, mesti diorang akan tanya sama ada aku dah berkahwin atau belum, dan ada anak berapa orang.

Aku mungkin tak sedar yang umur aku sudah mulai lanjut dan muka aku mugkin jika aku tengok dekat cermin biasa tapi orang lain tengok mungkin berlainan dan mungkin kelihatan sedikit berusia.

Memikirkan calon yang sesuai untuk aku dijadikan suami. Ada 3 orang yang meminatiku dan aku tahu jika aku bersetuju untuk jadi teman wanita diorang mesti diorang bersetuju. Ada Ary, Awi dan Aiman. Tetapi, yang peliknya ketiga tiga lelaki ni seroang pun aku tidak cinta.

Ketiga tiga lelaki ini aku tahu mereka adalah berkarakter pemalas. Badan mereka besar besar dan kelihatan seperti pemalas. Orang kata orang yang tertarik dekat diri kita menunjukkan diri kita yang sebenar. “What you attract is what you are”.

Oh, lagi best awal bulan january ini aku baru dibuang kerja atas sebab prestasi kerja yang langsung tidak memuaskan. Sakit hati bukan mengetahui realiti yang bahwa kita tidak lah sebijak sepandai atau setangkas yang kita sangka. Kita fikirkan kita boleh melakukan sesuatu rupanya tidak.

Sepanjang 6 bulan aku bekerja di firma guaman ini kata caci maki dan hinaan setiap minggu pasti menjadi makanan ku. Aku diherdik dimaki dicaci seperti banduan, macam aku duduk di dalam Maktap Penjara di Kajang.

Dimarahi warden penjara. Bahkan lebih teruk kerana warden penjara maki dan mengherdik kepada semua banduan bezanya aku di pejabat aku dimaki hanya seorang sahaja.

Semasa aku didalam penjara, kebanyakan mereka adalah PATI Imigresen dari Indonesia, Thailand dan Vietnam. Kalau bukan PATI pasti wanita berusia yang ditangkap kerana berkali kali menagih dadah. Di dalam sel penjara itu, semua banduan diperlakukan sama rata.

Jadi, tidak kisahlah kesalahan aku apa tetapi tetap akan dilayan sepeti PATI immigrant indonesia yang lain. Tidurku beralaskan lantai, dan banduan hanya dibekalkan satu selimut, sehelai tuala, dan satu kole.

Setiap pagi dan sebelum tidur kami akan diarahkan ‘Master’ duduk bercangkung selama beberapa minit. Makanan kami setiap hari adalan nasi kosong dan lauk berkuah yang tawar. Air minuman kami adalah air yang rasa macam air paip di dalam plastik.

Semasa aku berada dalam penjara ada satu ‘thought’ yang berada dalam fikiran ku. Begini kah anggapan boss perempuan dan rakan sekerja terhadap aku macam warden penjara yang mengherdik melayan banduan di penjara ini?

Aku penat. Nak tanggung diri aku. Esok keluar kena cari kerja lagi. Nak pergi kerja bangun pagi kerja penat. Kerja pun tak tau bila dapat.

Dalam bank aku ada kosong satu sen pun takda. Hutang rumah aku nak kena bayar 2 bulan. January dan February. Sebulan aku kena cover Rm1200 sebab duit dalam account bank aku habis hilang.

Hutang ikat jamin aku pun kena fikir juga 24 Feb ni RM2500 aku kena pergi court sebab nak bayar denda. Handphone aku pun nak kena beli baru. Dah RM500. IC aku nak kena pergi JPN buat baru nak kena pakai waze lagi. Berat ujianmu kali ini ya Allah.

Tapi aku bersyukur kerana dapat kembali ke rumah dan aku bersyukur aku mengenali boss aku yang sebelum ini baik hati untuk menjamin aku keluar.

Aku juga bersyukur kerana tuhan beri aku kesempatan untuk berbaik semula dengan orang yang sebelum ini aku pernah sombong dengan mereka.

Sebelum kejadian ini berlaku, aku complaint aku masih pakai iphone 7 plus di tahun 2022 dan keesokan harinya handphone aku hilang,

Dan aku hilang kebebasan buat sementara waktu yang buatkan aku terfikir terlalu banyak nikmat yang yang tuhan beri padaku tetapi aku tetap complaint serba serbi tidak mencukupi. Mungkin ada hikmah semua ini terjadi.

– Mar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *