Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Aku tak tahu nak mulakan kisah hidup aku ni macam mana tapi aku tak tahu nak luahkan dekat siapa. Saat aku menaip sekarang pun dada aku terasa sangat sempit dengan semua yang aku simpan dan pendam selama ni.
Sedikit latar belakang aku, aku seorang pekerja kilang berumur pertengahan 20an. Aku anak yang kehilangan ibu tersayang 4 tahun yang lepas. Sekarang tinggal bersama seorang ayah yang semakin dimamah usia tuanya.
Mempunyai abang dan kakak yang masing2 sudah mempunyai keluarga kecil masing2 dan jarang balik, kalau balik pun cuma sehari atau balik hari. Okay cukup tu serba sedikit tentang aku.
Sejak kehilangan ibu tersayang 4 tahun lepas. Hidup aku dah tak seceria dulu. Aku seorang yang happy go lucky, suka buat orang sekeliling aku gelak tapi deep inside hati aku mati, terluka.
Masa aku form 5, aku ada berkawan serius dengan seseorang. Aku namakan dia A. A pada pandangan aku seorang yang baik, good looking, dari keluarga yang berada dan semuanya sempurna.
Aku pun tak tahu apa yang dia suka pasal aku sebab aku seorang perempuan yang serba kekurangan.
7 tahun hubungan aku dan dia, dan sepanjang tempoh hubungan kami lillahitaala dia tak pernah sentuh aku walaupun kuku aku. Sebab tu aku sayang dia sepenuh hati aku.
Selama 7 tahun kami kawan boleh bilang dengan jari berapa kali saja aku jumpa dengan dia. Sebab lepas spm dia sambung belajar di timur dan aku sambung di utara.
Apa yang buatkan aku yakin kami akan berkahwin sebab aku dan pernah jumpa family dia dan dia pun pernah jumpa family aku. Dan arwah mak aku sangat sayangkan dia. Sampai saat2 akhir mak aku, dia ada datang melawat mak aku.
Allahu akhbar, Allah maha berkuasa, Allah boleh membolak balikan hati manusia sekelip mata sahaja. Itulah yang aku alami sekarang.
Disebalik semua kesempurnaan A, dia seorang yang baran dan suka overthinking benda yang aku tak buat. Benda ni start bila aku dah tamat pengajian.
Aku belajar sampai diploma sahaja sedangkan dia sambung lagi sampai degree. 2 bulan selepas tamat pengajian, aku diterima bekerja kat salah satu kilang tapi bukan jawatan operator.
Sebenarnya cita-cita aku nak bekerja dalam bidang construction disebabkan aku memang ambil course tu masa belajar.
Tapi disebabkan dia tak suka kalau aku bekerja yang majority ada ramai lelaki, jadi aku lupakan hasrat dan impian aku.
Kemuncak kami bergaduh besar disebabkan dia selalu tuduh benda yang aku tak buat. Aku mandi lama sangat pun dia pelik, aku isi minyak kat tempat lain pun dia heran, dan sampai satu tahap dia nak whatsapp web aku.
Aku pun taktahu macam mana benda tu berfungsi, tapi kiranya macam dia boleh access masuk dalam whatsapp aku dan boleh tengok aku chat dengan siapa. Even aku baru online dan tengah chat dengan kawan perempuan aku pun, terus dia chat aku tanya chat dengan siapa.
Lillahitaala aku tak ada lelaki lain sepanjang aku dengan dia dan aku sangat takut kalau ada lelaki lain cuba dekat dengan aku sebab aku tak nak dia fikir bukan2.
Masa dia minta whatsapp web aku tu, aku memang dah nekad tak nak bagi, bukan sebab aku curang tapi sebab aku nak dia percayakan aku dengan semulajadi.
Jadi dalam keadaan aku terlalu sayang, aku terpaksa untuk minta putus sebab dia betul2 tak percayakan aku lagi. Hanya Allah sahaja yang tahu macam mana aku sayang dia sebab lepas mak aku meninggal, dia pengganti tempat aku share semua benda.
Benda last yang dia cakap kat aku, aku perempuan murahan. Start dari words dia cakap macam tu kat aku, aku dah stop merayu untuk dia kembali.
2 bulan selepas dia putus dengan aku, dia dah jumpa pengganti aku. Tapi aku masih berharap untuk dia datang balik dan betulkan keadaan. Lama mana pun aku akan tunggu, tu janji aku dengan diri aku.
Days by day, aku sibukkan diri aku dengan kerja. Tapi dalam masa yang sama aku masih harapkan dia untuk kembali. Sebab aku tak reti nak suka dan sayang lelaki lain. Sebab sepanjang aku kawan dengan dia, dia tak bagi aku friends kat fb dengan mana2 lelaki.
Even dengan kawan lelaki sekelas pun aku akan cuba elak. Sekarang dah 2 tahun lebih aku putus dan masih berharap. Dan hari ini aku dapat tahu yang dia dah berkahwin. Sakit yang tak tahu nak luah macam mana. Semua impian aku dah musnah.
Cita-cita aku dah musnah, dunia aku dah gelap. Sekarang aku rasa aku loser. Mungkin sebab aku budak kilang yang tak sekufu dengan dia.
Untuk A, sepanjang tempoh kita putus, aku masih dan akan terus doakan kebahagiaan kau. Sebab aku tahu kau lelaki yang baik dan sangat disanjung oleh keluarga aku. Mak kau pun sangat sangat baik. Semoga jadi suami yang terbaik dan bahagia dunia akhirat.
– Unknown (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit