Assalamualaikum, selamat sejahtera.
Tujuan aku cerita ni sekadar nak lepaskan apa yang ada dalam hati. Tak tahu nak cerita dan luahkan pada siapa. Harap takda orang kecam aku dan harap takdak orang kenal siapa aku.
Aku dan family aku kami kematian ayah 20+ tahun yang lalu. Aku anak bongsu, aku ada kakak2 dan abang2. Abang aku seorang tu, bercita cita besar nak kerja hebat. Gigih belajar, pergi library dan sebagainya.
Seronok tengok dia rajin belajar tapi dia garang dan sombong. Selalu marah marah kan aku atau orang lain. Aku tak suka bercakap dengan dia sangat. Mungkin nasib anak bongsu selalu kena marah.
Kakak aku seorang ni pulak kerja kerajaan, bagus dia ni suka tolong mak aku, adik beradik yang lain. Dan aku lah yang paling dia banyak bantu. Tapi aku takut dengan dia.
Aku takut sebab risau sakitkan hati dia tanpa sedar. Dia baik cuma setiap perkataan yang aku nak cakap tu aku susun dulu.
Dalam family aku rasa dia dan kakak aku lagi seorang (takkan diceritakan tapi pun baik juga selalu menolong orang) yang nampak berjaya, bergaji, berkereta, cantik, ada boyfriend & suami. Aku kagum, nak jadi macam diorang.
Abang aku lagi seorang tu berapa kali dengan ketum, dadah. Sedap ka tu dadah ha?
Aku tak tahan tengok asyik minta duit mak aku. Kalau tak bagi nanti dia marah marah, mengamuk. Macam takda agama saja bila bercakap. Ikut sedap mulut dia. Tapi sejak mak aku sakit ini, dia kurang dah semua tu.
Dia tak kerja, aku taktau kenapa dia tak cari kerja, orang takmau ambik dia kerja atau apa.
Tapi aku harap sangat dia boleh ada kerja untuk tampung keperluan diri dia sendiri. Sekurangnya orang tak pandang rendah dekat dia. Kesian mak..
(Adik beradik lain tak diceritakan kerna terlalu menonjol dan teda masalah sangat itu orang.)
Rumah kami ni macam tunggu masa saja sebenarnya tapi dari luar nampak biasa, elok sahaja. Tapi di bahagian dalam macam macam dah rosak.
Bumbung macam dah nak roboh, bocor sana sini, electric problem juga. Kadang kadang ada tikus masuk dalam rumah dan mati dibawah almari.
Lipas pun banyak. Kotor jak bawah2 sinki dan tempat lain. Aku cuba bersihkan tapi aku geli sebab lipas dan tikus tu. Aku selalu mop2, bersih2, sapu2 habuk sebab aku suka bila bersih2 lipas dan semut tak banyak sangat.
Aku nak tolong baiki rumah tapi aku takda duit. Aku cuma ada business aku yang biasa sahaja. Cukup untuk makan aku sikit2. Aku kumpul dah dekat 100 lepas itu habis sebab aku bayar apa apa.
Cari kerja banyak yang jauh aku tak de transport. Yang dekat sampai lewat malam, mak aku tak bagi sebab risau. Sebabtu aku meniaga sahaja. Tapi tu tak cukup untuk kumpul baiki rumah.
Aku selalu berangan rumah aku dibaiki, barang yang tak perlu disimpan tu dibuang. Sekurangnya hati mak aku rasa lapang dan tenang.
Aku harap family aku dilimpahkan rezeki supaya boleh baiki rumah ini sekurangnya lebih elok bumbung, electric dan lebih kemas teratur saja…
Dan aku harap adik beradik aku tak marah marah kan aku lagi, aku anak bongsu tapi aku juga ada perasaan dan hati.
Mungkin aku cepat terasa. Aku tak tahu. Dan minta doa semua semoga mak aku sihat sihat sahaja, panjang umurnya. Aku takut dia sakit.
Aku teda kawan kalau dia sakit. Sayang mak sangat sangat dan aku rindu ayah aku sangat sangat. Wish you were here.
Terima kasih sudi baca luahan hati ini. Terasa lega. Bye semua.
– JuriaMotellaMoana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Allah sayang org yg di uji ☺️ awak kuat 💪🏻 !!!